Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Asia Tour 2011 round-up.

Geng, dgn berakhirnya game Malaysia XI vs Chelsea tadi, maka berakhirlah siri jelajah Asia Tour 2011 oleh pasukan2 Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea, menjelajah Asia dan Malaysia. Err. Men'jelajah' ke men'jajah' entah. Gua pun tak tau. Tapi Arsenal dan Liverpool mungkin kire menjajah kot. Chelsea? TAK!

Jadi geng jom tgk gua round-up sikit game2 Arsenal, Liverpool dan Chelsea menentang Malaysia XI pada 13, 16 dan 21 Julai. Kita tgk siapa yg boleh kitai Malaysia, siapa yg fight2 dgn Malaysia, dan siapa yg mengharapkan hanya sebijik own goal kontroversi untuk hampir2 kitai Malaysia. :HAHAHA.

Enjoy!

Malaysia XI [0-4] Arsenal
Scoresheet:
0-1 Ramsey (pen) 5′
0-2 Walcott 37
0-3 Vela 58
0-4 Rosicky 90

KITAI ke TAK KITAI? = KITAI!!

Alex Song (Arsenal) vs Asraruddin (Malaysia XI)


Carlos Vela (Arsenal) vs Khairul Fahmi (Malaysia XI)


Malaysia XI [3-6] Liverpool
Scoresheet:
0-1 Adam 26′
1-1 Safiq 42
1-2 Ngog 58
1-3 Ngog 69
1-4 Maxi 74
2-4 Safee 79
3-4 Safee 81
3-5 Maxi (90+1)
3-6 Kuyt (90+3)

KITAI ke TAK KITAI? = FIGHT2!!

Charlie Adam (Liverpool) vs Safiq Rahim (Malaysia XI)


Safee Sali (Malaysia XI) vs Liverpool


Malaysia XI [0-1] Chelsea
Scoresheet:
0-1 Tarmizi (o.g) 80′

KITAI ke TAK KITAI? = TAK KITAI!!

Fernando Torres (Chelsea) vs Daudsu (Malaysia XI)


BUT ON THE BRIGHT SIDE, Tahniah kepada semua pemain2 Malaysia, skuad pilihan Malaysia yg sekurang2nya berjaya memberikan tentangan sengit kepada setiap pihak lawan yg datang memberi cabaran terhadap bola sepak negara, walaupun mereka ternyata jauh lebih hebat drpd kita.

Dan semoga berjaya juga gua ucapkan untuk perlawanan seterusnya yg melibatkan skuad bola sepak negara menentang pasukan Singapura sebagai perlawanan Pra Piala Dunia 2014, back to back, pada 23 dan 28 Julai ini.

Diharapkan semoga skuad bola sepak negara mampu menghadiahkan kemenangan bermakna menentang musuh tradisi negara kita sejak dari dahulu lagi, InsyaAllah.

Akhirkata drpd gua, majulah bola sepak untuk negara. Syabas dan trimas semua! OUT dulu geng, jumpa lagi di lain post!

p/s: Goal line technology, wajar ke tak wajar? Selamat berfikir dgn maju jaya. :))

Saturday, July 9, 2011

Another signing. YNWA.

Geng2 kipas-susah-mati Liverpool FC sekalian, tahukah geng2 sume bahawa Liverpool telah berjaya melengkapkan perpindahan Charlie Adam drpd Blackpool, selepas pemain tengah drpd Scotland itu lulus ujian kesihatan.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Liverpool berikutan bekas kelabnya Blackpool yg tersingkir drpd Liga Perdana Inggeris dan beliau juga ingin memenangi kejuaraan bersama Liverpool di Anfield.

"I am absolutely delighted to be here."
- Charlie Adam

Charlie Adam, Liverpool.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, Liverpool bakal menakut2kan pihak lawan dgn barisan pemain2 tengah yg cukup mantap seperti Steven Gerrard, Raul Meireles, Lucas Leiva, Alberto Aquilani, Jordan Henderson, dan Charlie Adam! Gempak geng, gempak!

Liverpool juga sudah hampir pasti mengikat penjaga gol kelahiran Brazil, Alexander Doni drpd AS Roma sebagai back-up kepada Pepe Reina. Seterusnya, Stuart Downing, dan Jose Enrique turut dikaitkan dgn perpindahan ke Liverpool dalam jangkamasa terdekat.

Jadi geng, buat Man Utd, Man City, dan Chelsea, jaga2! Hahah. Arsenal gua tak sebut kerana pada gua Arsenal sudah tidak berdaya saing. Clichy, Nasri, Fabregas out, siapa yg Arsene Wenger nak gantikan? HAHAHA.

Okay geng gua gerak dulu, jumpa lagi di lain post! Liverpool, Liverpool, Liverpool!

p/s: .....and you'll never walk alone.....

Monday, July 4, 2011

Missed chances.

Liverpool FC! Aiyaya ape sudah jadi, dah banyak benar dah kelab kesayangan gua nih terlepas peluang membeli beberapa player yg telah di-shortlist-kan dari awal2 lagi. Sama ada tiada tindakan susulan, ataupun boss besar Liverpool FC, John W Henry agak kemut sikit bab2 beli player mahal2 ni.

Mereka2 yg telahpun di-shortlist-kan tetapi telah disambar terlebih dahulu oleh kelab2 lain di sekitar England adalah:

Phil Jones (Blackburn Rovers), ke Man Utd.


Sylvain Marveux (Rennes), ke Newcastle Utd.


Ashley Young (Aston Villa), ke Man Utd.


Connor Wickham (Ipswich Town), ke Sunderland.


Gael Clichy (Arsenal), ke Man City.


Gempak kan mereka2 yg terlepas? D*mn you Damien Comolli lambat bertindak. BUT ON THE BRIGHT SIDE, beberapa org pemain masih lagi menjadi buruan Liverpool.

Mereka2 yg masih berpeluang berhijrah ke Liverpool FC musim hadapan adalah:

Jose Enrique, Newcastle Utd.


Charlie Adam, Blackpool.


Stewart Downing, Aston Villa.


Scott Dann, Birmingham City.


Juan Mata, Valencia.


p/s: Siapakah di antara kelima2 mereka di atas ini yg bakal membuatkan Liverpool melepas lagi? Liverpool FC, lebih baik bertindak dari sekarang. YNWA!

Saturday, July 2, 2011

Inspiring football.

Geng. Gua ada satu kisah bola sepak yg sungguh menyentuh hati dan perasaan, mengisahkan tentang sebuah pasukan bola sepak kanak2 di Sepanyol yg bermain di dalam satu liga junior dalam sebuah bandar di negara tersebut.

Gua terjumpa video clip mengisahkan pasukan cilik yg dinamakan Margatania FC ni, yang tak pernah menang, malah gagal menjaringkan sebijik gol pun, dan sebaliknya bolos terlalu banyak dgn kekalahan besar 0-9, 0-12, dan 0-27, tanpa berbalas.

Video ni buat gua ketawa, senyum, tersentuh sikit2 pun ada. Paling penting sekali, video ni membuatkan gua terfikir balik tujuan asal kita ber-bola sepak ni. Sungguh memberikan inspirasi bermakna. :)

"HAIH. TERINGAT ZAMAN MULA2 MENCEBURI BOLA SEPAK."

BUT ON THE BRIGHT SIDE, budak2 ni walaupun kalah besar sentiasa, gagal mengasilkan sebarang gol plak tu, namun tetap bersemangat menhadapi perlawanan2 seterusnya. Budak2 ni mampu mengajar kita yg dah besar2 ni erti tidak berputus asa dan tidak berpatah semangat. Nice one kids!

Tanpa banyak cerita lagi geng, saksikan video penuh inspirasi selama 9 minit lebih ni! Rugi baq ang kalau tak tengok, rugi! HAHAHA!



L'equip Petit: The Little Team, Margatania FC :)


p/s: Tengok sampai habis geng, jangan tak tengok! Hahah. XD

Tuesday, June 14, 2011

Berbatov, De Rossi, Nasri dan lain2.

Helo geng, lagi tentang bola sepak. Dengan musim perpindahan berada dalam keadaan full swing sekarang, beberapa kelab perlu membuat keputusan sama ada ingin menjual pemain2 bintang mereka dengan tempoh kontrak hanya sehingga 2012 ataupun menawarkan kontrak baru kepada pemain2 berkenaan.

Menurut Bosman ruling, jika pemain2 dalam tahun terakhir kontrak enggan menandatangani penyambungan kontrak, setiap pasukan mestilah membuat keputusan sama ada ingin menjual atau bertahan dgn pemain berkenaan selama setahun lagi sebelum menyaksikan mereka berpindah dgn yuran perpindahan percuma.

Salah satu drpd saga perpindahan yg paling mencuri tumpuan peminat2 bola sepak adalah potensi perpindahan pemain tengah Arsenal iaitu Samir Nasri ke musuh ketat Liga Perdana Inggeris, Man Utd. Pemain antarabangsa Perancis itu masih lagi enggan memperbaharui kontrak perjanjian dgn Arsenal, dan Man Utd dilihat memerhati penuh akan situasi ini.

Walaubagaimanapun, Nasri bukan sahaja pemain yg dijangka bakal membuat keputusan penting dalam jangka masa terdekat ni. Kelab2 besar di Eropah masih mempunyai 2 bulan setengah untuk menyempurnakan barisan2 pemain masing2, tetapi kebanyakan kelab ingin melengkapkan perpindahan pemain untuk musim hadapan secepat yg mungkin.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, berikut adalah senarai pemain2 ternama di Eropah yg mempunyai baki kontrak hanya 12 bulan sahaja lagi di kelab masing2, bermula sekarang:

p/s: Pemain2 berpengalaman seperti Gennaro Gattuso, Didier Drogba dan Ricardo Carvalho kesemuanya tidak difokuskan kerana gua hanya memfokuskan hanya kepada pemain2 yg masih lagi mempunyai masa hadapan yg cerah sebelum mencapai kemuncak karier bola sepak masing2.

ERIC ABIDAL | Barcelona, Left-back, 31
SEASON STATS
Appearances26
Goals0
Assists0
TRANSFER FILE
Transfer value£9m
Interested clubs-
Chance of leaving this summer0%


GAEL CLICHY | Arsenal, Left-back, 25


SEASON STATS
Appearances33
Goals0
Assists1
TRANSFER FILE
Transfer value£5m
Interested clubsMan City, Liverpool, Bayern Munich, Inter
Chance of leaving this summer65%

DIMITAR BERBATOV | Manchester United, Striker, 30


SEASON STATS
Appearances32
Goals20
Assists4
TRANSFER FILE
Transfer value£11m
Interested clubsTottenham,
Bayern Munich 
Chance of leaving this summer50%


DANIELE DE ROSSI | Roma, Midfielder, 27


SEASON STATS
Appearances28
Goals2
Assists4
TRANSFER FILE
Transfer value£18m
Interested clubsReal Madrid,
Manchester United
Chance of leaving this summer10%


GERVINHO | Lille, Winger, 24


SEASON STATS
Appearances35
Goals15
Assists10
TRANSFER FILE
Transfer value£14m
Interested clubsArsenal, Liverpool, Bayern Munich
Chance of leaving this summer70%


MAICON | Inter, Right-back, 29


SEASON STATS
Appearances28
Goals1
Assists8
TRANSFER FILE
Transfer value£12.5m
Interested clubsReal Madrid
Chance of leaving this summer50%

FLORENT MALOUDA | Chelsea, Attacker, 31


SEASON STATS
Appearances38
Goals13
Assists5
TRANSFER FILE
Transfer value£9m
Interested clubsLiverpool,
Inter
Chance of leaving this summer5%

JEREMY MENEZ | Roma, Attacking midfielder, 24


SEASON STATS
Appearances32
Goals2
Assists3
TRANSFER FILE
Transfer value£10m
Interested clubsAC Milan, Juve,Liverpool, Arsenal, Man Utd
Chance of leaving this summer100%

SAMIR NASRI | Arsenal, Attacking midfielder, 23


SEASON STATS
Appearances30
Goals10
Assists1
TRANSFER FILE
Transfer value£18m
Interested clubsMan Utd,
Man City 
Chance of leaving this summer25%


MAARTEN STEKELENBURG | Ajax, Goalkeeper, 28


SEASON STATS
Appearances26
Clean sheets13
Goals-
TRANSFER FILE
Transfer value£9m
Interested clubsMan Utd, Arsenal, Roma, Atletico Madrid
Chance of leaving this summer40%


ARTURO VIDAL | Bayer Leverkusen, Midfielder, 24
SEASON STATS
Appearances33
Goals10
Assists11
TRANSFER FILE
Transfer value£12.5m
Interested clubsBayern Munich,
Napoli
Chance of leaving this summer65%


"BERAPA RAMAI PEMAIN2 TERNAMA EROPAH YG SEDANG BERADA DALAM PEMERHATIAN LIVERPOOL FC? RAMAI KAN? YNWA! HAHAHA!"

Jordan Henderson ke Liverpool.

Helo geng, sedikit tentang bola sepak. Buat geng2 kipas-susah-mati Liverpool FC sekalian, berita baik buat geng2 sume iaitu Liverpool telah berjaya memnyempurnakan perpindahan Jordan Henderson, pemain tengah dari Sunderland. Good job, Liverpool.

Jordan Henderson yg bakal meraikan ulangtahun hari lahirnya yg ke-21 17 Jun ini telah menandatangani kontrak perjanjian jangka panjang dgn Liverpool FC setelah bersetuju dgn personal terms yg ditawarkan oleh Liverpool. Beliau juga melawati pusat latihan Liverpool FC di Melwood sebelum menjalani medical check-up.

Pemain tengah yg highly-rated ini telah berhijrah ke Liverpool dengan yuran perpindahan yg bernilai 13juta pound, dengan David Ngog digunakan sebagai pertukaran pemain ke Sunderland. Jumlah yuran perpindahan keseluruhan Henderson ke Liverpool dikatakan mencecah 20juta pound.

Laman web rasmi Liverpool FC memetik bahawa,

"Liverpool Football Club have completed the signing of Jordan Henderson after the 20-year-old passed a medical and agreed personal terms."
- liverpoolfc.tv

Damien Comolli, bersama Jordan Henderson.


Jordan Henderson, Liverpool FC


Jordan Henderson bersama koleksi kasut bolanya. :))


Pada awalnya, gua turut meragui apa betulkah Jordan Henderson ni layak dgn yuran perpindahan hampir 20juta pound. Adakah beliau akan menjadi seorg lagi pembelian yg gagal buat Liverpool FC seperti Alberto Aquilani?

BUT ON THE BRIGHT SIDE, bile gua fikir2 balik, Jordan Henderson ni berpotensi untuk menjadi pengganti Steven Gerrard sebagai talisman pasukan Liverpool di masa akan datang, selain dapat bergandingan antara satu sama lain pada musim depan.

Haha gua harap jersi no.10 Liverpool FC akan diberikan kepada Jordan Henderson yg memakai jersi no.10 ketika di Sunderland. Oh yer, Joe Cole silelah belah ye kalau dah macam x berminat nak main bola sepak. Hehehe.

Okay gua OUT dulu Liverpudlians sekalian!

p/s: .....and you'll never walk alone!

Tuesday, June 7, 2011

Wayne Rooney = Si Botak

Hahaha geng, ini ada cerita klaka gile tentang seorg pemain bola sepak terkemuka di England. Khabarnya, penyokong2 Man Utd akan melihat Wayne Rooney dgn penampilan baru musim depan kerana pemain  penyerang itu telahpun menjalani hair transplant. :DDD

Rooney mendedahkan dalam account Twitter beliau bahawa beliau sudah bosan menjadi botak, takde rambut pada seawal usia 25 tahun. Oleh sebab itu beliau membuat keputusan utk pergi ke klinik rambut Harley Street di London utk menyuburkan sedikit akar rambut beliau. Hahaha lawak2.

Isteri Wayne Rooney, Colleen, dan rakan sepasukan, Rio Ferdinand  turut menambah dan siap melawak2 lagi rentetan drpd kata2 Wayne Rooney dalam account Twitter beliau:

"I was going bald at 25, why not? I'm delighted with the resultWhen it dies down you will be the first to see it. Anyone recommend any good hair gel?"
- Wayne Rooney

"Wayne's had his hair done! His own decision, not me asking him like a lot of people are saying! Pleased for him and it will look great."
- Colleen Rooney

"Just don't go down the wearing an alice band route! You'll be doing Head & Shoulders adverts."
- Rio Ferdinand

Jadi geng, macamana kah rupa kepala Wayne Rooney musim depan? Adakah kekal kelihatan seperti Shrek, walau macamana pun rambut beliau digayakan? Hahahah.

Wayne Rooney, berangan nak tumbuh rambut. :DDD


Hahaha jadi ke? Macam alien dah gua tgk. :DDD


Style rambut yg mungkin masuk dgn kepala budak Shrek ni? :DDD


BUT ON THE BRIGHT SIDE, cuba lue org usha2 balik. Ade ke player Man Utd yg hensem2? Mane ade kan? Semuanya tak ada rupa belaka. Tak macam player2 Liverpool. Kelab bola sepak yg best dan ramai peminat lahir drpd pemain2 yg berpenampilan menarik dan tak seperti raksasa belakanya.

Amacam, tercabar tak geng2 'Setan Merah' sekalian? Ni gua nak kutuk lagi. Kalau dah ada rambut tu, jgn sampai x reti buat gol pulak lepas ni. Hahah.

Okay geng, nak OUT dulu. Jumpa lagi di lain post! Huahuahua pada Wayne Rooney!

p/s: .....and you'll never walk alone.....

Monday, June 6, 2011

Happy birthday, Liverpool FC!

Geng, hari ni kelab bola sepak Liverpool meraikan hari ulangtahun ke-119 sejak ianya diasaskan. The Reds diasaskan apabila John Houlding menerima sebuah certificate untuk menukar nama kelab di Anfield itu drpd Everton Football Club & Athletic Grounds Co. Ltd. kepada Liverpool Football Club & Athletic Grounds Co. Ltd.

Liverpool FC ditubuhkan pada 15 Mac 1892 di kediaman Houlding di Anfield Road setelah beliau dan rakan2 meninggalkan Everton FC untuk menubuhkan kelab baru.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, ianya tidak rasmi sehinggalah 3 Jun nama Liverpool Football Club & Athletic Grounds Co. Ltd. telah secara rasminya dikenali oleh Board of Trade, dan dengan itu Liverpool FC telah mula melakarkan sejarah demi sejarah. :))

"YOU'LL NEVER WALK ALONE."

Liverpool FC, est. 1892.


Geng, di mana pun tahap Liverpool FC sekarang ni, hati gua tetap bersama Liverpool FC, di mana pun pemain2 Liverpool FC meninggalkan kelab Liverpool FC, hati gua tetap juga bersama Liverpool FC, sampai bila2. :)

Gua nak OUT dulu geng. Jumpa lagi di lain postYNWA!

p/s: Liverpool FC telah mengumumkan bahawa mereka akan bermain menentang Malaysia XI pada 16 Julai semasa tempoh Jelajah Asia Liverpool Fc, ditaja oleh Standard Chartered. :))

Monday, May 23, 2011

Liverpool & Juventus: Nasib yang sama.

Helo geng, sedikit pasal bola. Kancah bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris dan Serie A Itali bagi musim 2010/2011 telah pun berakhir dgn Man Utd dan AC Milan memenangi kejuaraan liga utama buat negara masing2.

Pelbagai rekod telah berjaya dipecahkan. Antaranya, Man Utd berjaya memintas Liverpool dgn memenangi kejuaraan liga yg ke-19 setelah kedua2 pasukan terikat dgn 18 kejuaraan sejak 2 musim lepas. Manakala di Itali, Zlatan Ibrahimovic yg bermain utk AC Milan berjaya memecahkan rekod selaku pemain pertama yg berjaya memenangi kejuaraan liga utk 8 musim berturut2 di mana2 sahaja kelab yg disertainya.

Namun, perhatian lebih ditumpukan kepada Liverpool dan Juventus. Dua buah kelab gergasi Eropah, masing2 mewakili Liga Perdana Inggeris dan Seria A Italy, gagal melayakkan diri ke sebarang kejuaraan Eropah pada musim hadapan. Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris dgn 58 mata drpd 38 perlawanan. Juventus pula menduduki tangga ke-7 Seria A juga dgn 58 mata drpd 38 perlawanan liga.

Persoalannya? Apa sudah jadi, dan kenapa jadi macamtu? Hahahah. Selaku peminat fanatik Liverpool, gua sudah semestinya akan menyalahkan Roy Hodgson, jurulatih Liverpool pada awal musim kerana kegagalan beliau memacu Liverpool ke kedudukan liga yg lebih bermaruah. Gua dah tentu2 tidak akan menyalahkan Kenny Dalglish, lagenda Liverpool suatu ketika dahulu yg telah bersusah-payah menaikkan kembali prestasi Liverpool bermula dari Januari hingga ke akhir musim.

Bagi Juventus pula, permulaan yg lembap di awal musim, dan pembelian musim panas yg tidak menyerlah menjadi punca utama kejatuhan kelab dari Turin itu. Kebangkitan semula melalui pembelian pemain baru pada Januari lalu tetap seakan sudah terlambat.

Kesimpulannya...................

"LIVERPOOL DAN JUVENTUS TIDAK AKAN KE EROPAH MUSIM DEPAN."

Joe Cole, seperti tidak berminat utk bermain utk Liverpool. GAGAL.


Alessandro Del Piero, kecewa dgn prestasi merudum Juventus.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, ini bukan penghujung dunia (kata peminat yg positif), kedua2 pasukan ni mungkin akan dapat memberikan lebih tumpuan terhadap setiap perlawanan liga kerana tidak terlibat dgn mana2 liga kejuaraan Eropah. Walk on!

Maka dengan berakhirnya satu lg musim yg gagal, sebagai peminat setia Liverpool, gua nak buat situasi ni tetap bersesuaian dgn lagu tema Liverpool FC. :))

p/s: Gerak dulu geng! YNWAEnjoy! :DDD

You'll Never Walk Alone

When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden sky
And the sweet silver song of the lark
Walk on, through the wind
Walk on, through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone :))