Showing posts with label Silly. Show all posts
Showing posts with label Silly. Show all posts

Monday, September 12, 2011

September!

Geng, berjumpa lagi dalam blog gua ni. Perghh terasa lame gule gua tak menulis kat sini. Huuu. Sebelum ni duk copy paste entry dalam internet ja. Tak berape nak ade masa lah. Hahah! Hm hm. Dah nak masuk pertengahan bulan September dah pun. Sekejap je masa berlalu kan? Kan, kan? :P

Haaaa tahukah geng2 sume bahawa bulan September juga merupakan antara bulan favourite gua selain drpd bulan Februari dan Disember? Haaaa. Tahu tak kenapa?

Pertama, sebab bulan September lebih banyak memberikan gua kenangan yg manis berbanding kenangan yg buruk. Hahaha, bukan tak ada kenangan buruk, memang ada, tapi tenggelam dgn kemanisan bulan September. Gua ingat gua pernah ada 'crush' yg lahir pada bulan September. :)

Kedua, bermula bulan September, musim perpindahan pemain2 bola sepak di Eropah berakhir, dan gua dapat menyaksikan berbagai2 pasukan beraksi dgn pemain2 baru masing2. Real Madrid, Manchester City dan Chelsea paling gua nak tgk sebab dorg boros membeli pemain. Tak lupa juga Liverpool FC kesayangan gua, YNWA! ^^

Ketiga, bulan September laa peluang gua nak amik cuti secuti-cutinya. Bulan September banyak cuti beb! Cuti hari Malaysia la cuti apela cuti tahunan gua la. Hahaha!

Keempat, ada banyak lagu yg best2 dicipta dgn nama September. Tapi lagu Inggeris la sebab gua suka lagu Inggeris. Lagu Melayu mungkin ada kot, entah gua lupa. Haaaa. Lagu drpd band2 seperti Daughtry dan Green Day ada yg bertajuk September!

Tak percaya? Cuba geng2 suma layan video clip di bawah. Lagu2 ni juga merupakan lagu2 favourite gua dan sgt3 sesuai untuk dinyanyi pada bulan September ni! Enjoy!

Daughtry - September


Green Day - Wake Me Up When September Ends


Lagu2 best ni suma brader! Hm hm. takde dah kot sebab2 mengapa gua sgt suka bulan September. Hehehe. Sebab2 kenapa gua tak suka bulan September plak nanti gua citer dalam post lain. Takda hal punya. Hahah.

Hm. Ape pula planning geng2 suma pada bulan September ni ea? Kawan2 sekerja gua ramai yg nak berkahwin pada bulan ni. Tahniah diucapkan kepada yg berkahwin. Gua?? LAMBAT LAGI!! Kat bawah ni gua sertakan kalendar untuk bulan September 2011.

Gua nak OUT dulu geng, semoga berjumpa lagi di lain post. Sekian, wassalam. :)

p/s: Sori geng kerana agak lama gua abaikan blog gua nih. Tapi tape, gua dah catch up balik! Trimas kepada yg setia membaca! Lekkkk luuuuuuuu!

Wednesday, July 20, 2011

English.

Geng! Sedar tak sedar, bulan ni post gua dalam blog ni sume title dalam bahasa Inggeris lah. Hahaha. Title jelah pun. Isi2 dalam tak semua berbahasa org putih pun. Heheh. :P

Hm hm ape kata bulan ni blog gua jadi blog org putih. Ada class. Ada gaya. Hahah. Boleh jadi commercial tak agak2? Dgn total hit yg dah 7k lebih, bukan nak cakap besar, tapi rase2nye dah commercial kot.

"HAHAHAHAHA."

Nerdy! Booo~


BUT ON THE BRIGHT SIDE, apehal gua jadi nerdy plak bulan nih? Sebab busy terlebih ke ini bulan? Hahah busy, busy jugak kan. Org lain pun busy gek. Takdelah berubah sampai jadi pelik. Heee.

Aaaah buat ape gua pening2 fikir. Janji org layan je blog nih. Hahah okay geng, gua nak OUT! Jumpa lagi di lain post!

p/s: Selamat malam! XD

Monday, July 11, 2011

Reflux.

Geng, masuk kali ni dah berapa kali dah gua merana disebabkan reflux. Okay meh gua explain sikit ape itu 'reflux'. Reflux terjadi apabila makanan yg dimakan yg sepatutnya diterima perut utk dihadam tidak dapat diterima sepenuhnya sebaliknya berkecenderungan untuk diluahkan semula. Dalam istilah lain, MUNTAH.

Reflux memang sgt sinonim dgn muntah. Selalunya berlaku apabila individu itu makan terlalu laju dan gelojoh, seperti naga. Tabiat makan gua yg gelojoh dan tak diterima mak mentua ini juga sering membuatkan gua loya tekak selepas makan dan terasa nak muntah.

Malam ni gua menghadapi serangan reflux lagi disebabkan oleh promosi McD yg menawarkan gua free cheeseburger apabila gua membeli sebiji cheeseburger. Tuuu dia 2 bijik burger sekali hidang, mane tak termuntah. HAHAHA. Nafsu makan mcm naga.

Mula2 gua lemas dgn kentang. Aaahh layan je fries ni dulu.


Gua proceed pula dgn burger. Tak cukup satu, dua gua balun.


Agaknya inilah die rupa burger dalam perut gua skang ni.


Hasilnya, di keheningan malam, terdampar gua berseorg,


BUT ON THE BRIGHT SIDE, takdelah esok gua rase macam nak redeem kupon2 McD tu lagi. Hahaha. Insaf jap. Tak tertahan gua malam ni. Loya anak tekak. Erkk, gua gerak dulu, tak tahan nak pegi muntah. Haha muntah sampai lembik.

Haaaa, tulaaa. Sang Kancil penah cakap, "Jaaangan monyet." Tapi monyet ni degil pulak kan. Selera makan macam naga. Tak bleh belah. HAHAHA.

Skang ni macamane geng, TOLONG GUA! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!!

p/s: Lain kali makan berpada2, jgn ikut nafsu!

Friday, July 8, 2011

Busy man.

Geng. Malang betul bile dah dekat2 5.45pm, time nak balik, boss gua bagi keje dan nak petang tu jugak. Haih boss, tau lah lue selalu balik lambat dan lue tak kisah pun balik lambat. Tapi kenape dah dekat nak balik sgt, barula nak bagi gua keje itu ini, urgent, nak cepat bagai. Masa gua free, rilek2, takde pun keje datang cari gua. Dem lah boss.

Tapi takpe boss. Gua layankan aje. Lagi pun hari ni Jumaat kan, esok pun cuti weekend, n gua plak tak balik kampung pun minggu ni. Nasib baik boss, nasib baik. Hahah. Pergh tu dia gua balik dekat pukul 7 hari ni. Dah maghrib barula nak sampai rumah. Hish.

"MENGELUH JE TAU."

Buat keje, buat keje. Huh.


Aiyaya workstation hanged plak, org nak cepat ni!


Okay dah nak siap.


Siap pun. Balik! Eh, dah pkul 7?


BUT ON THE BRIGHT SIDE, bleh la gua enjoy je weekend nih tak payah nak fikirkan keje yg belum setel ke ape ke. Nice one, really. Hahah. Jadi geng, ape plan geng2 sume untuk weekend kali ni? Gua dah ada plan gua. Hahah.

Esok ade sukan sikit. Gua main golf putting. Simple je. Boleh menang ke tak gua tak peduli. Hm, Ahad plak, gua tido je kot. Cover balik hari2 yg gua tak cukup tido tuh. Hahah. Can't wait!

Gua gerak dulu geng, Jumpa lagi di lain post. Enjoy your weekend!

p/s: Buat kerja tu ikhlas la, jangan merungut. HAHAHA. :DD

Sunday, July 3, 2011

Every player has a nickname.

Pada suatu malam, gua dan sorg kawan keluar memburu burger. Akan tetapi, burger yg diburu di tempat biasa tiba2 not available lah pulak ini malam. Jadi gua mengambil keputusan untuk meneruskan misi memburu lebih jauh ke hadapan. Berjayakah gua dan kawan gua?

Setelah jauh memburu burger dalam kegelapan malam, berjumpalah gua dgn satu kedai burger yg tak berapa terpencil pun sebenarnye, gua je yg terlepas pandang. Sepatutnye gua buat u-turn awal2 tadi. Hahah. Ahhh tapi tu tak penting, ape yg penting, org yg buat burger tu 'awek' daaaa.

Hahah gua memang xleh belah bile tgk awek putih elok je, chinese look, dahi licin, tinggi lebih kurang gua, memang gua cair lah citenye kan. Gua pun layan lah awek ni sambil die buat burger gua. Selang berapa minit gua psiko die, "Boleh ke ko ni buat burger ni?". Beberapa minit kemudian, gua psiko lagi, "Berape lame da ko buat burger?"

Hahah. Saje je gua psiko. Niat di hati saje nak mengusik. Sebab gua syok plak tgk awek ni jd blurry bila kene psiko dgn gua. Dua perkataan terbayang2 di minda gua ketika tu.....

"GUA IMPRESSED."

Awek ni tgh blur ni. Lu tak tgk lagi time die senyum2. Hahah.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, sebelum gua belah, gua ade tinggalkan phone num gua di atas sehelai resit ape lanc*u entah yg gua jumpa dalam wallet gua, beserta dgn nickname gua. Tak pernah lagi gua mengorat awek dlm kategori stranger dgn mendedahkan nama dan phone num sebenar gua. After all.....

"EVERY PLAYER HAS A NICKNAME."

Pasal awek tadi, gua memang impressed. Jarang ade awek2 dalam kategori macamni, yg rock sket tau memecahkan telur dgn cantik, apetah lagi membuat burger dgn sedapnya.

Hasilnya tadi, memang sedaplah burger ko wahai awek jual burger! Esok gua datang beli lagi. Hahaha! Okay2 gerak dulu geng!

p/s: Cara hidup seperti playboy tak elok, selalunya hanya akan terjadi apabila org yg kita betul2 nak, taknak kat kita balik. :)

Tuesday, June 28, 2011

Geng!

Geng! Dah lame gile, gile, gile rasenye gua tinggalkan blog gua neh. Sorilah geng, gua busy dgn kerja2 pindah rumah. Hahaha. Satu lagi geng. dalam kepenatan gua 2-3 hari ni, gua langsung tak teringat pun nak amik gambar gua pindah ngan pickup truck gua tu! Aiyaya, gua janji sblum ni nak update sikit2 pics semasa gua menjalankan kerja2 pemindahan. Hahaha. Sori lagi!

Jumlah trip? Mula2 ingat lepasla satu trip je. Ni tak, sampai 3 kali trip geng. Trip pertam, angkat barang dan hantar ke rumah baru. Trip kedua, angkat barang lagi, hantar ke rumah baru, Trip ketiga, amik moto gua kat apartment tu. Haiyoh. Ini baru trip pemindahan. Belum kira trip membeli barang2 rumah lagi. Hahah.

Bab2 beli barang nak penuhkan rumah baru gua malas nak cite kat sini, sebab penuh nafsu memborong segala mak nenek punye barang2 dan perkakas rumah. Selagi tak penuh rumah ni selagi tu gua terasa nak membeli. Nafsu sume nih. Hahah.

Silap2, gua pulak yg kene jual. Pokai. HAHAHA.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, lepas2 ni dapat la gua saving sikit, alahai rumah ngan tmpat keje sejengkal beb. Buleh pegi, buleh balik sesuka hati gua. Buleh bangun lambat, pegi lambat sesuka hati gua. Part paling best, balik cepat! Owh2 satu lagi, pegi dengan moto je! Saving gile2 syiot!

Haha nanti gua tgk mcmame life gua ni punye pegi nanti dgn environment dan cara hidup baru neh. Rase2 boleh belah jugak kot. Hehehe.

Hm hm, esok gua nak habiskan sisa2 bulan Jun kat blog gua ni untuk update sikit2 psl music, dah lame gua tak sharing and caring pasal music atau video clip kat sini. Hahah. Tunggu je esok okeh!

Okaylah geng, gua nak kene tido ni, esok macam biasala, banyak keje yg dah sedia nak menanti gua. Bertabah je menempuh hari esok! Gerak dulu, selamat malam geng!

p/s: Berhati2 di jalan raya, walaupun rumah hanya sejengkat ke tempat kerja!

Wengggggggg!

Wednesday, June 22, 2011

Transition.

Geng, gua rase kan, dulu mase kecik2 gua seorg yg genius. Segala benda gua genius. Tapi skang apesal gua macam lembab je. Hahaha. Lue rase gua lembab ape geng? Lembab otak? Mungkin gak sikit. Hehehe. Takdelah. Hm hm, panjang sbnrnye cite die.

"GUA PENDEKKAN."

Tadi.....

Gua keluar kejap nak turun beli barang kat kedai bawah ni. Gua bukak je pintu, nampak 2 org awek berbaju kurung keluar dari rumah sorg makcik tingkat bawah gua. Sedang awek2 tu menuju ke lif yg sememangnye dari bawah menuju terus ke tingkat 7, gua yg sedang berjalan2 di tingkat 8 ni tibe2 menukar langkah seribu, pecut mengejar lif di tingkat 7. Err. Sebelum tu, mestila kene turun tangga beb satu tingkat. Ape la.

Macam biasela, lif2 kat apartment gua ni memang dengkinye ngan gua kalau bab2 gua mengejar pompuan2 cun neh, Pantang tgk gua terkejar2. Terus pintu lif tutup. Haha gua x hampa pun kejap2 tu. Tak fikir panjang, gua pecut trun tangga ke tingkat paling bawah.

Gua usha la jugak lif tu turun. Eh, laju pulak lif mangkuk ayun neh. Time gua yg duk dlm lif tu x reti2 nak laju plak. 

"BEDEBAH PUNYE LIF."

Sesampainye gua di bawah. Gua hanya melihat awek2 2 org tadi yg berjalan semakin jauh menuju ke kereta. Nak terus mengejar, nampak macam org gile pulak nanti. Tak kejar, tak melepas pun. Hahaha gua saje je nak usha2. Tapi pelik, selalu dapat jje gua kejar, gua memang laju mental dan fizikal. Ni tak dapat Hahah. :P

Haha. LEMBAB!


Jadi geng, adakah gua mengalami transition drpd talented mental dan fizikal kepada lembab, se-lembab-lembab-nye? Hahaha gua pun xtau. Nak jawab IQ test pun dah tak bermaya dah. Pada gua dulu IQ test tu sebelah mata je pun gua boleh setelkan. Skang dah tak boleh. Hahaha. Padan muka.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, bukannye berakhir pun dunia gua. Biaselah tu, bakat tak mustahil akan hilang kalau tak diguna selalu. Contoh bakat2 gua yg dah hilang adalah melukis komik, tak tau hilang pergi mane bakat gua yg tu. Dem.

Nasib baik laa, bakat2 gua yg lain macam driving with style, berlari (walaupun semakin kurang), dan lain2 masih ada sampai skang. Haha tgk, bukannye berakhir pun dunia gua. Haaa.

Okaylah geng setakat ni je cerita merapu drpd gua yg hari2 desperado. Hahahah xdela, saje gua nak bagi ending dramatik sikit. OUT dulu geng!

p/s: Kalau dah rasa semakin lembab tu, sila kurangkan menonton pornografi. HAHAHA! Kantol gua. :P

Tuesday, June 21, 2011

Tertinggal kunci dol!

Geng, keluar rumah dgn selamba tanpa membawa kunci memang nampak macam happy, also probably go lucky, sebab confident kwn kat rumah tu x kua rumah agaknye, agaknye la kan. Tapi tgk, tadi sejam gua terkunci xdapat masuk rumah! Dem! Dem! Dem!

Sekali kwn gua yg sorg tu pun kua dgn selambanya mengunci pintu tanpa memberitahu pun kwn2 yg masih di luar ni bertanyekan sama ada kite2 ni ada bawa kunci ke tidak. Nice bro, nice.

So gua dan kawan gua sorg lagi pun tunggu jela, lepak2, borak2, kutuk2, sampailah gua dgn die terasa memang dah panas dah sebab lame sangat menunggu kwn yg x reti2 nak balik walaupun sudah diber notis mesej pesanan ringkas bahawa rakan2 anda telahpun terkunci dari luari. Hahah. Jalan paling simple, turun bawah, rembat aiskrim 2-3batang. Sejuk lah jugak lepas bantai aiskrim. Huuuuh.

Kemudian, tak lama lepas tu. budak rumah gua yg ditunggu2 sorg ni pun muncul juga. Dah dapat masuk rumah dah geng. Akhirnya setelah sejam duk kat tangga. Bole la nak marah ke sound ke bertempik ke apa lanc*u ke kat kawan tadi. Huargh.

RAAAAARRRRRRRR~!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, kitorg yg dah lame menunggu ni yg dari tadi lagi nak marah, tak jadi plak nak marah. Sebab memikirkan yg kwn sorg tu budak rumah kitorg jugak. Tak best lah bertekak2. Lagipun dah memang salah diri sendiri tak bawak kunci nak keluar rumah. Buat ape nak salahkan org lain lagi. Kwn tu pun mungkin x perasan yg kitorg keluar. Hahaha.

Jadi geng, hidup ni jangan lah kite nampak salah org lain je jikia kita ditimpa kesusahan. Kalau disiasat betul2 balik, mungkin segala apa yg terjadi berpunca drpd diri sendiri. Betul ke tidak? Haaa.

Okaylah, itu je gua nak share. Jumpa lagi di lain post okeh. Gua nak OUT dulu. Letih geng. T T

p/s: Tak bawa kunci? Jangan sesekali cuba untuk lompat ke balkoni rumah jikalau rumah korg jenis apartment. Jatuh dari tingkat 8 kes naya whooooa.

Sunday, June 19, 2011

Transportation service!

Hahaha geng, ini lah keje gua bile tibe weekend. Taknak update banyak sangat. Letih geng. Gua hantar ini moto petang tadi dari Bukit Beruntung ke Seri Kembangan haa. Ni baru sampai Rawang balik. Memang letih esok nak keje, tapi xpela gua puas. Duit minyak dapat, steamboat pun dapat!

"HAHAHA KENYANG!"

Hm hm mamat ni dapat tau keje gua bende2 dalam ni pun melalui blog gua nih. Rase2 gua xde pun gua promote2 sangat pun. Tau2 je dah ade org roger gua. Gempak tak?Haha nanti nak promote kaw2 lagi! Yeah! XD

Hm hm nilah die scrambler duk atas pickup truck gua.


Hahaha macho x, macho x? :DD


BUT ON THE BRIGHT SIDE, lepasni nak bergiat aktif lagi mempromosikan keje gua dalam blog neh. Barulah masyuk geng, betul x, betul x? Tak sia2 gua beli bende alah ni. Selain drpd utk tujuan bergaya maskulin, haha inilah die tujuan sampingan die, side income!

Lepas ni geng, kalau ade yg nak pindah rumah ke, nak suruh gua angkat kelapa sawit ke pasu bunga ke apa lanc*u ke, gua x kesah. Gua rase berpatutan gua on je. HAHAHA!

Haaa gerak dulu geng, esok banyak plak keje lain yg menunggu gua. Nak kawin kene rajin cari duit geng. Hehehe takdelah, gua laaaaaaambat lagi. Heee.. :P

OUT dulu, jumpe lagi di lain post! Burrppp, ERKKK!! Aahhhhhhh~

p/s: Kepada yg memerlukan transportation service drpd gua & co., sila roger gua di Facebook. :)

Saturday, June 18, 2011

Re-post: Kisah Domo-kun si Raksasa.

Pada suatu hari, Domo-kun yg sungguh pemalas sedang berseronok dengan me-lanyak kepala kucing kesayangannya. Mereka saling bercakaran dan usik-mengusik.

Si Kucing: "MIAOOOW!!!"
Domo-kun: "RARR!! RARR!! RARR!!"

Kacau die!


Kemudian Domo-kun si Raksasa bermain permainan video kegemarannya, 'Mario' menggunakan ultimate power-nya! Hah-hahah!

Domo-kun sungguh asyik bermain sampailah.....

"GAME OVER"

Super Mario!


Domo-kun pergi pula men-dating-kan dirinya dgn teman wanitanya yg berwarna merah jambu, mereka jatuh cinta sesama sendiri pada Valentine's Day.  :))

"SWEET!"


XOXO: Kisses, hugs, kisses, hugs.


Suatu hari, mereka bertengkar dan bergaduh besar kerana Domo-kun telah terlupa akan janji2nya semasa mereka sedang hangat bercinta. Mereka pun berpisah.

"SEDIHNYA." T T

Bodoh punya Domo!


Domo-kun berasa kecewa dan sgt marah. Ia sgt bengang dan akhirnya hilang kawalan lalu bertukar menjadi ahli gusti bertopeng yg ganas!

"HUHU-HAHAHA!"

Siapa nak kena Stone Cold Stunner mari lah!


Domo-kun juga menyeksa dirinya dengan memakan banyak cookies. Ia juga kadang2 berasa tenang dgn memakan sesuatu yg digemarinya sehingga terlupa perutnya semakin boyot!

"MAKAN!"

Nyum, nyumm, nyum, nyumm!


Domo-kun berasa benci akan dirinya sendiri kerana menjadi seorg yg tidak bertanggungjawab. Ia pun menukar imejnya menjadi Domo-kun Squarepants.

"WHO LIVED IN A PINEAPPLE UNDER THE SEA?!"

Domo-kun Squarepants!


Akan tetapi, Domo merasakan dirinya tidak sesuai memakai outfit yg kelihatan seperti Spongebob Squarepants. Ia bertukar imej lagi. Kali ini kelihatan seperti Master Yoda.

"MAY THE FORCE BE WITH YOU!"

Ngengggg!


Akhirnya, Domo-kun bertukar menjadi topi Domo dan dijual di pasaraya dan gedung membeli-belah yg berhampiran dgn Anda!

"TOPI PUN TOPI LAH!"

Mari beli topi gua!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, nasib baik lah cerita ini hanya dongengan semata2! Maaflah gua bosan jadi gua pun tulis lah sebegini rupa. HAHAHA!

p/s: OUT dulu geng! Jumpa lagi di lain post!

Friday, June 17, 2011

Blurpppp.

Geng, anda lapar? Bosan dgn fast food? Tapi teringin nak makan sesuatu yg berdaging berlapis2 serta cheese? BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua ada penyelesaiannya. Jeng jeng jeng!

Hahah. Inilah die, burger yg entah datang dari mana entah gua pun tak tau. Serius geng, semua org pun boleh terliur dengan burger yg gedabak ni! Gua ingat, sekali gigit bende makan ni pasti rase nak gigit lagi. Ke tak betul macamtu?

"WADAFISHH?!"

Ini baru betul BURGER!


p/s: Blurppp. Gua lapar! Siot la sape yg post gambar burger 'menggiurkan' kat Facebook gua! OUT dulu, pegi cari burger!

Tuesday, June 14, 2011

Takde kena mengena.

Helo geng, kembali dalam post seterusnya. Gua nak share sikit2 kat sini. Takde kena mengena dgn gua pun sebenarnya, saje gua nak citer. Citer ini mengenai langkah berjaga yg perlu diambil peduli ketika menjalankan proses jual minyak kat perempuan. Huuu. :P

Hm hm member gua ada berkata, lelaki, jangan buat macam desperate sgt utk tackle atau memiliki hati seseorg perempuan yg mereka suka. Tetapi, melainkan kalau geng2 sekalian betul2 sure bahawa perempuan tu ade menunjukkan sebarang respon yg agak positive kepada lue org sume, barulah buleh nak tunjuk desperate mcm 'gaban' mane ntah baru nak pegi operation. Hahah.

Kalau xde sebarang respon positive, berkemungkinan besar yg perempuan tu xde hati langsung pun kat lue org. Hahah. Ini situasi betul beb. Tapi kalau lue org nak try jugak takde hal pun. Cuma kecewa tak kecewa jelah nanti. Haaaa aiyooo.

Alah kalau dah perempuan tu mmg xde hati dan perasaan langsung kat lelaki tu, xkan lah die nak layan lelaki tu kan? Paling busuk pun msg2 drpd lelaki tu die reply tak reply mcmtu jelah kan. HAHAHA!

BUT ON THE BRIGHT SIDE, kalau kita lelaki2 sekalian dah dapat merasakan aura2 kene reject tuh, benda paling best dan layan untuk dilakukan adalah:

Berangan! XD


Berangan memang BEST. Kalau gua tak busy, nak suruh gua berangan macam2 tanpa henti dari pagi sampai petang, petang sampai malam, celik atau tido, gua x kisah. Gua layan, kerana angan2 itu dapat buat gua lupakan masalah2 gua yg gua xnak fikir kejap. Heee. :P

"ANGAN2 ITU BAIK? MUNGKIN....."

Okay2 geng, gua nak TIDO dulu. Jumpa lagi di lain post! Gua tersangat lah lemaunye ni setelah meng-update EMPAT post sekali gus. Lain kali gua buat lg macamni. Hahah.

Tido dulu! Selamat malam geng!

p/s: Diulang, cerita2 di atas TAK ADA kena mengena dgn gua pun okay. Gua cool je. HAHAHA!

6000 and counting. Thank you all.

Geng, lupe nak buat gempak pasal ni, total views blog gua ni dah lebih 6200++! Hahaha! Dulu sebelum gua bergiat aktif dalam dunia blogging ni gua hanya meletakkan target jumlah click pada blog gua sehingga 6000  clicks sahaja. Sekarang dah lebih, ape cerita?

"BUAT GEMPAK SIKIT. HAHAHA!"

Dah 6216 viewlah geng! Hahaha!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua rasa gua tetap akan menyambung kerja2 meng-update blog gua ni setiap hari sampailah gua buat keputusan untuk bersara. :))

Kepada yg setia membaca blog gua, gua ingin mengucapkan terima kasih, atau yg gua lebih selesa dgn perkataan se-simple 'trimas', kerana sudi membaca blog gua yg gua rasakan entah hape2 lah yg gua tulis ni hentah. Hahaha.

Geng, walaupun jumlah click adalah termasuk click yg gua sendiri tekan untuk tujuan meng-update blog capok gua nih, err, ade lah lebih kurang dalam 200 clicks camtu je kot, hm hm,

"TRIMAS BANYAK2 TAK TERKATA!"

Lepas ni gua nak letakkan target pada angka 10000 pulak! Okay geng, jom MOVE ON ke next post!

p/s: Terus meng-update blog ni setelah 4 hari tak update! Hampir2 bersara! :DDD

Sunday, June 5, 2011

Kejadian terbodoh.

Geng, apesal la gua ni degil? Haa tgk kat bawah tu. Kan dah kene clamp! RM200 bro. Cool ke tidak? Hahahah cube lue org gelak sikit. :P

"HAHAHAHAHA!"

Hoi! Dia bantai gelak betul2 pulak dah. Gua dah la tgh kusut neh duit melayang macamtu je! F! F! F! Err. Bukan melayang lagi dah. Hangus terus ni haaa. Tu dia kan dah banyak perkataan yg ada huruf 'F' keluar. Hahaha!

Hahaha. Silly. :P


BUT ON THE BRIGHT SIDE, lepas ni gua rase takde dah la gua pergi KLCC lagi dah. Hambik nak! Hee ecece xdelah. Hm hm maksud gua lepas ni takde dah la gua letak kete bersepah tepi jalan macamtu je dah. Sebab sampai begini gaya org lain mau amik kesempatan buat duit.

"STUPID SHIYT"

p/s: Gua OUT dulu. Sambung balik, F! F! F! >:D

Saturday, June 4, 2011

Aura kejelesan.

Geng, ini malam gua kepenatan. Esok2 jelah gua update ini blog boleh tak? Hahah gua sibuk dgn kenduri, macamlah gua yg kahwin. Apesal sume mau kawin hujung minggu ni haa? Boleh rilek tak?

"ADE AURA2 KE-JEALOUS-AN."

Mane tak jeles, gua asyik melayan kenduri kawan2 je, kenduri gua takde org nak layan pun, haha yg sebenarnye kenduri gua entah bilenye entah, gua pun xtau. Haaa. Agak2, gua kawin nanti, dorg2 ni pegi ke tak eh kenduri gua? Hahaha. Pegi jgn tak pegi!

Hm hm, gua pun turut rase bersalah pada kawan gua yg kawin hari ni tapi gua tak dapat nak pegi kenduri die. Bersalah sgt rasenye dol. Nak angkat lue punye call pun gua segan. Sori bro! Gua tebus balik nanti!

Kepenatan dol. Terbaring2.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, esok ade lagi cuti sehari. Err, ape nak buat entah kat rumah ni sorg2. Hahah. Oh gua lupe bagitau kan. Gua sorg2. Ini malam gua SORANG2! Hahah budak2 rumah gua takde, sume pegi kenduri kawan2 masing2 kat serata Semenanjung Malaysia ni. :))

Okaylah geng, itu je gua nak update di malam yg sunyi ni. Nanti gua jumpe lue org sume lagi di laen post. OUT dulu!

p/s: Ade tak awek2 yg nak kawin ngan gua kat luar sana? Diulang, gua seorg engineer. :))

Thursday, June 2, 2011

Apabila boss lebih low profile drpd anak buah.

Apabila boss lebih low profile drpd anak buah; anak2 buah pakai IPhone, BlackBerry apa jadah sume, boss bawak kuar handphone biase2 je. Tak mahal.pun, janji boleh call-in, call-out. Lagipun beliau sibuk, mane ade mase nak main Angry Birds ke ape ke. Tak gitu ke? Hahah.

Apabila boss lebih low profile drpd anak buah; anak2 buah pakai kereta gile besar, mahal, baru pulak tu, boss cuma pakai kereta biasa2 sahaja. Used car, tapi takpe, performance keta beliau tetap antara yg paling tip-top. Tak gitu ke? Hahah.

Apabila boss lebih low profile drpd anak buah; anak2 buah sembang nak kemas je, tak tau buat2 tau, plak tu kalau dah x serius, memanjang je tetap x serius, tapi boss sembang berdasarkan fakta, kalau gelak pun kejap2, ada masa2 tertentu je. Nama pun boss. Tak gitu ke? Hahah.

Sikap seorg boss seperti di atas ni memang best. Cukup sempoi. Haha takkan plak geng2 sume nak boss yg macam kat bawah ni kan, kan?

Kuat maki dan tengking budak.


Anak buah pun jadi takut dgn boss.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, boss tetap boss, anak buah tetap anak buah. Jadi kalau dapat boss yg baik dan low profile, bersyukur dan duduk diam2 je suda. Tak payah nak buat perangai bagai. Kalau dapat yg hangin satu badan baru tau. Dah kene baru nak bergerak. Hahah.

Boss gua? Boss gua okay2 sahaja. Standard boss lah. Hahaha pandai lah geng sume bayangkan. Tapi boss gua sempoi je. Rokok x penah nak lepas dari mulut. Bila bawak kereta pun same, ade je rokok kat mulut, tapi siap bleh angkat tangan lagi kat anak2 buah. Hahah sempoi lah.

Kesimpulannya, hormatilah boss anda. Jangan naik kepala, buat je apa yg disuruh. Jangan melawan. Boss bukan cerewet, cuma perlu lebih teliti. Fikir positif! Hahaha.

Okaylah gua OUT dulu, jumpe lagi di lain post!

p/s: Kadang2 takut gak kene psycho dgn boss. Memang habit die dah boss gua tu suke psycho budak. Hahahah. :P

Wednesday, June 1, 2011

Bola sepak, American Football, dan ragbi.

Alamak, lemau lagi malam ni. Hm takpe2. Geng, meh gua nak cite perbezaan antara 3 jenis sukan ni, bola sepak, 'American Football', dan ragbi. Agak2, ape yg sama, ape yg berlainan? Sukan mane sume yg menjadi pilihan? Hahaha. Meh kite usha2. :DDD

Cuba geng sume check out ayat nih, dipetik drpd filem Forever Strong, lakonan Sean Faris, yg berunsurkan sukan ragbi. Off course cite ni lebih menonjolkan bahawa sukan ragbi itu lebih baik, kan? Okay geng, ni ayat die:

"Soccer are for KIDS,
football are for COWARDS,
rugby are MAN!"

Haha macamane? Sekali bace macam betul jugak kan? Sekali bace mcm, "Eh, mane ade! Hotak kau!" Haa lebih kurang la camtu. Jadi meh kite usha line ape die pendapat gua kat bawah.

Gua yg banyak bermain bola sepak kdg2 pun rasa sukan ni mcm utk budak2, sebab org bile kene tackle sikit je terus nak buat2 sakit, berlakon la apa lanc*u sume semata2 nak dpt sepakan percuma ataupun penalti. Kalau x dapat, mula nak bergaduh team ni dgn team yg lg satu. Sebab org2 yg kebudakan macamni la, gua selalu dilayangkan kad kuning, atau merah free2 camtu je.

Football, atau American Football di Amerika tu memang nampak macam penakut sorg2 sebab masing2 siap pakai armor, helmet apa lanc*u sume. Lengkap protection, siap terlebih2 lagi.

Ragbi pulak kata org sukan org2 gentleman, penuh dgn disiplin bagai, tanpa perlu nak berlakon ke ape ke. Semuanya lurus dan jujur je. Memang la ganas permainannya. Tapi atas padang jela. Bile keluar padang, abis je game, yg dekat padang tu sume akan dilupakan, berkawan macam biasa. :)

Kate org lagi,

 "Soccer/Football are GENTLEMEN's game, played by HOOLIGANS. Rugby are HOOLIGANS' game, played by GENTLEMEN."

Bola sepak.


American Football.


Ragbi. :))


BUT ON THE BRIGHT SIDE, apa sahaja sukan yg gua minat, mestilah sukan yg memerlukan gua menggunakan kelajuan berlari, dan juga tidak memerlukan sebarang raket, kayu pemukul apa lanc*u tu sume. Maklumlah gua tangan x bedung. Hahaha.

Okay geng tu je nak share kat sini malamni, sebab gua join rugby training petang tadi setelah perlawanan bola sepak persahabatan pasukan gua dgn pasukan jemputan dibatalkan. Nasib baik gua layan je jugak ragbi. kasut bola dah bawak, so gua join jela main ragbi. Hahahah.

Gua gerak dulu geng, jumpa lagi di lain post! Sekian, wassalam. :))

p/s: Bola sepak is still my pride. ^^

Tuesday, May 31, 2011

Apabila jurutera bersukan.

Apabila jurutera bersukan, semuanya mesti nak dikaitkan dgn rumus. Main bola kalau nak menang pun kene ade momentum. Kalau pasukan tu main lembab atau xde momentum dan tujahan masing2, alamatnya memang sayur la pasukan tu. Tak pun hambar, seri tanpa jaringan.

Apabila jurutera bersukan, semuanya nak kena teliti dan detailed. Main tarik tali pun kene timbang berat dan buat percaturan supaya berat keseluruhan penarik2 setiap pasukan tidak melebihi 500kg. Buah pisang juga disuruh makan supaya tidak mengalami sebarang masalah sampingan ketika dalam toilet akibat sukan tarik tali.

Apabila jurutera bersukan, setiap struktur venue sesuatu acara turut dikaji, seperti struktur padang apabila cuaca panas ataupun selepas hujan. Padang mana yg elok untuk cuaca lembap, dan padang mana yg elok untuk cuaca yg panas terik juga turut diambil kira.

Apabila jurutera bersukan, semua jurutera yg kononnya tekun dan serius bekerja akan berkecenderungan menunjukkan sikap 'sebenar' masing. Barulah tau yg mana yg kelakar, yg mana yg kuat terjerit2. Pecah lubang. Hahah.

Apabila jurutera bersukan.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, apabila jurutera bersukan, semangat kesukanan tu tetap ada, malah semangat  untuk menang yg cukup tinggi sehinggakan tidak nampak erti penat dan putus asa. Selagi ada acara yg boleh join, selagi itu jurutera2 ini selamba join.

Begitu jugak dgn gua, gua jugak terikut2 dgn mereka2 yg cukup fanatik bila tiba kejohanan sukan, tak kira sama ada gua join acara tu ataupun sekadar menonton. Ada juga yg x main apa2 langsung, tapi utk setiap acara, gua tgk mesti ada muka mereka2 tu datang menonton. Steady lah!

Penonton2 di kalangan jurutera di tempat gua bekerja juga turut meriah dan hiruk pikuk memberikan sokongan, cukup dgn bendera dan vuvuzela untuk menyorak pasukan masing2. Ada juga yg siap mem'bahan' pasukan lawan lagi. HAHAHA!

Haaa geng, ape macam? Siapa kata jurutera hanya tau nak bekerja je. Sekali sekala mestilah nak fun dan happy2 jugak, kan?

Okaylah geng gua gerak dulu. Jumpa lagi untuk post2 seterusnya. Wassalam.

p/s: Majulah sukan, untuk jurutera. :))

Sunday, May 29, 2011

Malas.

Geng, camne ni geng? Gua malas gile nak balik Rawang balik. Skang gua masih lagi di Seremban. Esok keje balik. Gua tinggalkan workload yg menggunung Jumaat lepas. Gile malas gua nak sambung. Ape yg gua paling x suke nak ingat, esok boss gua nak tgk segala mak nenek pnye progress pada project baru gua! Waaaaa!

Tapi kan, nama pun nak tgk progress, x semestinye la kene siap kan? Hahaha entah! Gua takut! Mestilah gua nak tunjuk yg gua ni berguna jugak. Huuu. Hm hm makan pun belum lagi nih. Musim bola pun dah habis dgn berakhirnya Liga Juara-juara Eropah awal pagi tadi. Dah xde sebab lain lah gua nak gerak lambat kecuali, MALAS!

"GUA XNAK JUMPE LUE ESOK BOLEH X BOSS?"

Adeh geng, job lame gua pun belum siap2 lagi, datang plak job baru minggu lepas. Ini macam tak kawin lah gua geng. Hahah. Ade kene mengene? Ke alasan je? :P

Arghhh stress betul dgn keje!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua budak baru, dan gua masih lagi merasakan yg gua budak baru. Oleh itu sila beri tunjuk ajar dan kasihan la sikit kat mana yg patut. Okay boss? HAHAHA.

Hm xde ape dahla kot. Gua nak siap2 dulu geng. Kene balik gak! Okay, jumpe lagi di lain post. Haih. T T

p/s: Tahniah kepada FC Barcelona yg berjaya memenangi kejuaraan Eropah pagi tadi setelah menewaskan Man Utd 3-1. Cukup manis buat penyokong Liverpool yg dapat menyaksikan kekalahan musuh ketat! YNWA!

Thursday, May 26, 2011

Seorang perempuan dan skuternya.

Haha ini ade lagi citer drpd gua utk lue sume geng. Hm hm. Pada suatu malam, gua berjalan2 menuju ke kedai makan. Perut gua yg lapar menambahkan kelajuan setiap langkah gua. Hahaha. Kata org, jgn cari pasal kalau kawan tu tgh lapar. Japgi tak pasal2 je. Haaa.

Gua masih lagi berjalan, tapi tibe2 dari blakang gua ade sebijik skuter punye lah laju macam nak langgar gua sblum masuk kat kedai mkn tu. Gua x ingat plak nak jerit 'woi', tapi gua toleh belakang, sekali awek daa. Hm nasib baik awek, dahla cun pulak tu. Heheh. :P

"OKAY, TAK JADI NAK MARAH."

Gua duduk sambil tunggu order, gua perhati je awek tadi, dari bawah sampai atas boleh tahan. Sekali gua terdengar makcik kedai tu jerit, "Cikgu nak makan ape cikgu?". Wah, cikgu rupenye! Okay gua bertambah2 impressed. Memang taste gua la cikgu2 nih. Hahah. Tapi cikgu, lue memang rock lah. Hahah.

Ngorat la gua, cikgu. :))


BUT ON THE BRIGHT SIDE, cikgu tu bawak sorg budak kecik dgn die. Jadi gua xtau nak interpretkan mcmane status die. Nak bertanya gua segan. Gua tunggu die belah, gua tanye makcik kedai makan tu. Sekali makcik tu selamba ckp, "Dah kawin la, tu anak die la tue!"

Okay, MELEPAS. Gua pun balik naik blok gua dengan perasaan penuh melepas. Macam lah dramatik sangat. Hahaha. Eh, langgar lah gua lagi cikgu lepas ni. Boleh gua buat2 jatuh. Hahahah. :DDD

Hahahah. Begitulah cerita gua yg selalu melepas, terlepas. Haa gua nak OUT dulu. Jumpe lagi di lain post!

p/s: Kalau x malu, selamba je! Kalau x selamba, malu la!