Monday, March 7, 2011

Liverpool menang baq ang!

Hahahaha. Kemenangan bergaya 3-1 di tempat sendiri, Anfield. Tu pun kalau x lalok sket tadi dah clean sheet agaknye Pepe Reina. Tapi xpela, menang tetap menang geng. Kasi gelak sikit kat geng Man Utd. HAHAHAHAHAHA!!

Hat-trick hero Liverpool, Dirk Kuyt kelihatan sungguh tajam kali ni, nampak aje lubang2 gol. Hahaha. Tapi ape pun, pujian harus diberikan pada Luis Suarez, yg telah menyumbangkan assist untuk 2/3 gol2 Kuyt. Oh yer, malam ni jgak kite dpt saksikan debut untuk Andy Carroll. Masuk2 je dah dpt header on goal. Cayalah!

So geng ni die scoresheet utk malam ni. Sayang lah jugak kan x dpt mantain clean sheet sampai habis perlawanan. Huuuu. :P

Scoresheet:
1-0 Kuyt 34′
2-0 Kuyt 39
3-0 Kuyt 65
3-1 Hernandez 90

Luis Suarez, Dirk Kuyt & Stevie-G


Ramai yg bertanya sebelum ni, kenape Liverpool sanggup jual bintang kesayangan mereka sebelum ni, Fernando Torres. Jwpn gua senang je, utk pass masalah Liverpool selama ni kpd team lain! Sayang skali Chelsea pulak yg menjadi mangsa lembu. Hahaha. Fernando Torres yg terlalu mengejar kejayaan sanggup meninggalkan kelab yg memuja diri beliau sendiri. T T

BUT ON THE BRIGHT SIDE, dgn pemergian Torres, Liverpool buat counter balik attacking probs dorg dgn membawa masuk Luis Suarez dan Andy Carrol. Setakat ni ternyata membuahkan hasil. Yeah!

Andy Carroll, Kenny Dalglish & Luis Suarez


Ape yg dapat gua rumuskan di sini, gandingan serangan terbaru Liverpool adalah drpd golongan kanibal, iaitu 'org makan org'. Tgk je Andy Carroll dah nmpak mcm org barbarian dah, Luis Suarez plak sebelum ni dah sah2 penah gigit telinga player lain. Hahahaha! Tapi xpe, korg berdua mmg unik. Harapan anak bangsa Liverpool!

Okaylah geng. Cukup lah pasal bola utk malam ni. Esok gua kerja la plak. Dah start weekdays balik dah. Hish. Malasnye. Huhuhu. Gua nak tido dulu geng. Jumpe lagi di laen post!

p/s: And you'll never walk alone. :))

Sunday, March 6, 2011

EPL Preview: Liverpool vs Man Utd.

Malam ni geng, 9.30pm, satu pertembungan yg sentiasa menjanjikan aksi luar biasa, penuh kontroversi dan hiburan tidak terkawal sebelum ini, Liverpool vs Man Utd, di Anfied, satu persaingan penuh bersejarah yg juga sering menimbulkan emosi berlarutan. 2 perkara yg bakal menjadi elemen yg paling menonjol malm ni adalah misi revenge dan winning mentality.

Selama lebih satu abad English Premier League dipertandingkan setiap musim, kedua2 pasukan masing2 telah pun memenangi 18 title kejuaraan setakat ini, ditambah plak dgn permusuhan antara kedua2 jurulatih Liverpool dan Man Utd sejak era lewat 80-an dan awl 90-an, sehingga kini.

Bebudak lama Old Firm, Kenny Dalglish (kiri), dan Sir Alex Ferguson.


Liverpool menunggu ketibaan match ni dgn beberapa prestasi hambar sebelum ni, terbaru dorg tewas 3-1 kpda West Ham, begitu jugak dgn Man Utd yg tewas 1-2 kpda Chelsea di Stamford Bridge beberapa hari lalu.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, demi menghadapi pertembungan yg penuh berprestij dan high-voltage nih, segala prestasi buruk kedua2 pasukan dalam perlawanan sebelum ni mungkin akan dilupakan dan sebaliknya masing2 mahu meningkatkan focus dan keazaman untuk mengatasi satu sama lain.

So geng ini die possible line-up kedua2 pasukan untuk match malam ni:


LIVERPOOL

Possible starting line-up: Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Aurelio, Kuyt, Lucas, Gerrard, Meireles, Maxi, Suarez.

Potential match winner: Steven Gerrard, kapten Liverpool yg mempunyai passion untuk Liverpool, dengan talent yg tidak dapat dibandingkan serta mampu mengulangi prestasi baik beliau ketika match di Old Trafford.

Steven Gerrard, midfield maestro Liverpool.


MAN UTD

Possible line-up: Van der Sar, O'Shea, Brown, Smalling, Evra, Nani, Scholes, Carrick, Fletcher, Giggs, Rooney.

Possible match winner: Wayne Rooney, penyerang Man Utd, 5 gol dalam 5 perlawanan terakhir beliau, juga big-game player, telah kembali kepada prestasi yg membanggakan penyokong2 Man Utd.

Wayne Rooney si muka Shrek, akhirnya menemui cara utk melakukan jaringan.


PREDICTION

Statistik menunjukkan hanya satu drpd 21 pertembungan Premier League antara kedua2 pasukan berakhir dengan keputusan seri. Walaupun keputusan seri yg dilihat agak mustahil malam ni, disebabkan pungutan mata drpd perlawanan ini amat penting bagi kedua2 pasukan, gua memilih utk kedua2 pasukan hanya mampu seri, 1-1. :))

So geng, jom kite gerak ke mane2 port yg ade skrin besar utk match malam ni, esok jela baru fikir balik pasal kerja. Betul x? Hahaha! :DD

p/s: Gua masih lagi mengharapkan kemenangan bagi Liverpool, dan kemunculan Andy Carroll utk match malam ni! :)

Saturday, March 5, 2011

Full-house Saturday!

Perghh hari ni gua bejalan, melepak dari pagi smpai ke senja. Ni balik rumah kejap sbb nak update blog. Lepasni nak kua balik, nak cari kot ade mane2 kedai western food n sentap mknan sambil tgk EPL match. Arsenal vs Sunderland ke. Layan gak. Hahaha. :D

Active semacam kan? Hahaha ini la diri gua. Memang x boleh kalau ber-weekend di rumah je. Mesti nak merewang2, merayau2. Kalau kat rumah mak ayah gua xpela gua nak lepak, tido je, tgk TV ke ape ke. Kalau kat rumah sewa ni, no way bro. Mati keras gua. Hahah.

So perjalanan hari ni bermula di kaki Bukit Fraser, gua dan member2 gua buat bbq skit kat air terjun bwh tu,  mandi2, terjun2, lipat2, tendang-menendang dalam air, bertapa atas batu, melompat2 atas angin, sume2 ade. Lepas tu baru la naek ke Bukit Fraser, merayau2, bergambar2, n berlumba2 turun balik. Hahaha. XD

Tapi bende paling x best sepanjang2 jalan tadi, gua semacam nak termuntah melayan corner turun dan naik Bukit Fraser tadi. Perghh, loya anak tekak gua. Padahal gua yg drive. Gua plak yg nak termuntah skali dgn member2 yg duk kat blkg tu. :))

Bluuuweekkkk! Muntah, muntah. X0


BUT ON THE BRIGHT SIDE, skali lagi, trip beramai2, 2-3 bijik keter macam ni mmg fun gile. Nak2 ade ketua xpdc kepala gila dan sentiasa huru-hara dibuatnye gua dan yg laen2. Lue mmg terbaek lah bro Mohammad Fairuz. Laen kali buat lagi. X cukup nafas gua dan yg laen2 gelak tadi. Hahah. :D

Okaylah geng, gua nak gerak gi cari makan n tgk bola. Semoga berjumpe lagi di laen post. Kalau ade mase nanti gua upload sikit2 gambar2nye. Okay? Gerak dulu!

p/s: Hari ni berjalan2 x ingat penat, esok tido2 x ingat nak bangun! XD

Friday, March 4, 2011

Bergelap lagi!

Haih......... BLACKOUT LAGI!!!! X0

Eee. Tensionnye gua bile balik keje je gelap, asal gelap je balik keje. Ni blackout pulak dah. Makan lah ape yg gua tapau td dalam gelap. Nasib baik x mandi skali. Kalau x mandi pun dalam gelap! X macam seram la pulak!

Ni yg problem ni duk kawasan peuh apartment. Memanjang nak datang masalah blackout je. Xde la mende haram jadah laen. Arghh. Tertekan!

Grrr...


Hm hm. BUT ON THE BRIGHT SIDE, esok cuti weekend oih! Lantak pi la nak gelap smpai esok ka lusa ka. Gua mau lepak n tido-setido2nye. Hahahaha weekend datang lagi! Sonot gila weh. Sekejap je rasenye hari2 bekerja! :DD

Okaylah geng gua nak take a nap kejap. Letih bai arini satu hari mengadap engineering drawing. X macam tenggelam pulak bijik mata gua dgn dimensions dlm drawing tu sume. Hahah.

p/s: Tido je kot malam ni. Xde ape nak buat. :))

Thursday, March 3, 2011

Junior vs Senior.

Slamat petang geng. Gua ade game futsal ngan senior2 engineer gua jap lg. Hahaha. Ini bende sudah lame plan tapi arini baru nak jadi. X sabar siot. Nak belasah dorg ataupun gua dan geng2 gua yg kene belasah nanti. Hahah.

Satu team gua lwn 2 team senior selama 2 jam tanpa henti. Hahaha. Berasap kasut gua kejap lg. Hm hm. Tapi team gua ade prob. X brape ade volunteer utk posisi keeper. Huuu xkan gua kot. Memang gua tangkap2 ayam je nanti. Hahahaha. :D

Xkan gua kot??


BUT ON THE BRIGHT SIDE, game malam ni dirancang utk tujuan merapatkan hubungan sesame sendiri. Dorg sbg senior mmg saje tmpah game sbb nak kenal2 skit sorg2 junior. Hahaha. Okay la tu kan. Xdela tension sgt maen nanti.

Okay2 gua dah lambat. Game pkul 8malam. Gua nak gerak dulu mandi, uruskan diri. Jumpe lagi di laen post! Kalau gua rajin gua sambung2 sikit2 blog ni. Update result ke ape ke. Kalau gua rajin la. Heheh.

p/s: Semestinya akan bergolek bola jika dikejar. Ironi utk xkan lari gunung dikejar. :))

Wednesday, March 2, 2011

Merungut sikit2.

Hari2 balik kerja lemau, penat, mengantuk, x larat buat ape, tido awal, bangun2 mengantuk lagi, tido x puas, siap2 gi kerja, breakfast kat tmpat kerja, lpas breakfast brtambah2 mengantuk, nak tido x boleh, mengadap laptop 24 jam, kat tmpat kerja, kat rumah. Huh, huh. Tarik nafas jap. :0

Hahaha geram gua nak merungut2 kat blog gua neh. Hari2 gua buat bende yg same pastu dapat penat yg same banyak. Kerja gua mengadap laptop, siapkan design, xleh buat kejap gua ajak member bersembang, pastu sambung buat balik, n merapu2 sampai abis waktu kerja. Balik kerja gua open laptop gua, online, sampai ke tghmalam. Geram sebab terputus hubungan dgn dunia luar di tempat kerja. Grrr.

Pergh gua ckp lue hidup gua dgn laptop je. Mane x pening jadinye gua neh. Mak gua pun buleh bising jadinye bile gua balik rumah. Hahahaha. :DD

Haih. Bile nak dpt project nih gua dah tggu lame dah ni. Gua penat hari2 buat bende same. Huhuhu. Siap ade yg kene buat balik lagi. Huhuuu.

Gua lemau. Biskut pun x lemau mcm gua. T T


BUT ON THE BRIGHT SIDE, okay, gua dah lega, saje je merungut, nak pergi menguruskan diri kejap. Pkul 10 sambung online. Hahaha!

Ehh. X abis lagi geram. Weyyy give me a break lah!! Xpe hujung bulan ni cuti 4 hari. Hahaha. Okay, semoga berjumpa lagi di laen post. Wassalam. :))

p/s: Hidup sungguh tension geng, ape mau buat? T T

Tuesday, March 1, 2011

Blog2 bola pilihan gua.

Okay, pendek je kot post gua yg neh. Hehe gua nak promote sikit blog2 bola sepak yg cambest utk geng sume bace, terutama bg peminat2 bola sepak seluruh Malaysia, x pun dunia. Hahaha. :D

Sejak 2 tahun lepas, blog bola yg paling best bagi gua, ialah Sokernet. Blog ni dah gua bace sejak gua belum pun menjadi seorg blogger-boy lagi, dari zaman gua belajar. Hahaha. Check it out, die punye link: http://sokernet.blogspot.com/.

Ni petikan drpd latest entry blog Sokernet:

Kegagalan Persatuan Bolasepak England untuk menghukum Wayne "Grandma Fucker" Rooney kerana menyiku pemain Wigan James Mccarthy sabtu lalu memaksa Chelsea untuk mendapat kebenaran khas FIFA untuk memakai helmet untuk perlawanan pagi esok. Menurut pengurus pasukan the Blues Carlo Ancelloti;

"Saya risau ada pemain bernilai jutaan pound sterling Chelsea yang bakal tercedera kerana Rooney ada license to elbow sejak kebelakangan ini. Pihak FIFA membenarkan Chelsea menggunakan helmet dalam perlawanan menentang United kerana sebelum ini mereka membenarkan Petr Cech memakai helmet ragbi. FIFA merasakan pemakaian helmet untuk semua pemain bola adalah wajib bila Ronney disahkan akan bermain."


Pastu blog yg ni plak, Sokerleaks. Ntah kenapa nama blog ni seakan2 sama dgn Sokernet. Mungkin pemilik yg sama entah gua pun xtau. Gua baru mggu lepas follow blog ni. Cool jugak. Ni haa link die: http://sokerleaks.blogspot.com/.

Ni plak latest entry drpd Sokerleaks:

Welcome To The Gunners Parade - Deus ft. Orih.

When I was, a young boy.
 my father took me into the mamak.
we watch a soccer match together.
my father said,
 if you choose the team that "sudah lama tak pegang cup",
you are loser.

then, i was realised,
that the team was :

Auksenal de Gannes. 

"once gooners, forever gooners." - Brader Leplep/areleaf-Sokerleaks


Okay yg ni plak blog bola yg mungkin tgh baru nak naik, Metro Bola Sep@k, tapi pangkat2 rebung lagi la kirenye sbb blog ni baru buat. Blog gua ni pun lg lame bai. Hahaha. Atas permintaan pemilik blog nih, ni die gua nak promote sikit. Harap2 lu update slalu lah bro. Gua dah siap promote nih. Hahah, ni link lu bro: http://metrobolasepak.blogspot.com/.

Latest entry blog Metro Bola Sep@k ni xnak lah gua ceritakan kat sini. Ade plak die gi cite kekalahan team gua Liverpool Ahad malam lepas. Hahah. Cukup, cukup, sedih bai!

Derrrr....


Okay, dah terlebih panjang lah plak entry gua kali ni. Kate pendek je tadi. Hahaha. Okaylah geng gua dah  lemau nih. Mengantuk gila2. Gua mau tido dulu lah geng. 

BUT ON THE BRIGHT SIDE, semoga berjumpa lagi dgn gua di laen post. Selamat malam! :))

p/s: .....?? .....zzzzzZZZZZ .....?? Tido jap! Chelsea vs Man Utd lepas ni!! XD