Tuesday, May 10, 2011

Red Army vs Sonic Blue

Helo geng, sedikit update pasal bola lagi, hari ni team gua Red Army turun menentang juara tahun lepas, Sonic Blue dgn penuh keazaman untuk meneruskan momentum kemenangan. Sonic Blue yg kononnya juara tahun lepas masih lagi gagal meraih sebarang mata drpd 2 perlawanan liga sebelum ini.

Red Army yg ketinggalan 1-0 pada mulanya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hanya beberapa minit sebelum wisel penamat separuh masa pertama. Seperti biasa, team gua Red Army mengekalkan strategi permainan 'open-game' dan dilihat berjaya memanfaatkan kelemahan sayap kanan dan kiri pasukan Sonic Blue.

Turun sebagai super-sub di awal separuh masa kedua, gua yg baru pulih drpd kecederaan lutut kanan bermain sebagai left winger. Padang yg kering dan tanah yg keras menyukarkan gua pada awalnya. Beberapa minit kemudian barulah gua dapat menyesuaikan diri dgn padang sekali gus berjaya membuat comeback drpd kecederaan.

Persoalan yg timbul dalam diri gua sebelum ni adalah; adakah perlawanan menentang juara tahun lepas ni merupakan comeback game terhadap diri gua, ataupun sekadar kemunculan cameo? Haha gua sendiri pun x terjawab. Dengan kemenangan 2-1 yg berpihak kepada team gua dgn gol kedua yg terkena bon*t*t gua hasil sepakan penjuru, gua terus lupe kesakitan yg membebani gua selama 3 minggu ni. HAHAHA!

BUT ON THE BRIGHT SIDE, dah namanya pasukan gua berbaju merah, tak 'merah' la kalau x menang macam Liverpool kan? Hahaha. Liverpool yg bermain menentang Fulham awal pagi tadi turut mencatatkan kemenangan, 2-5 di Craven Cottage, Fulham.

Maxi Rodriguez vs John Paintsil.


Maxi Rodriguez, hat-trick hero Liverpool. :))


Skarang siapa perlukan Fernando Torres? Heheh. :P


HAHAHA geng ini die scoresheet utk awal pagi tadi. Memang gempak habis geng, sayur gile Fulham kena belasah. Kalau mcmni dah tentu2nye Europa League spot dalam jangkauan Liverpool. YNWA! :P

Scoresheet:
0-1 Maxi 1′
0-2 Maxi 7
0-3 Kuyt 16
1-3 Dembele 57
1-4 Maxi 70
1-5 Suarez 75
2-5 Sidwell 86

Gempak kan? Hahaha. And the REDS go marching on? NOOO. You'll never walk alone. Baru betul, gile ape Man Utd, serabut ayam je. Booooo. Hm hm okaylah geng itu saja update drpd gua sebagai pengulas sukan untuk game2 Liverpool. Hahah. Semoga berjumpa lagi di lain post! :DDD

p/s: Malamni game antara Man City vs Tottenham Hotspur plak. Perebutan tempat ke-4 dan ke-5! Haha tapi xnak layan lah. Gua lemau, mau tido! ........zzzzzZZZZ

Monday, May 9, 2011

Arsenal, Chelsea sama bingai. Liverpool TIDAK.

Helo geng. Malam semalam, Arsenal dan Chelsea, dua team bola sepak Liga Perdana Inggeris yg gua harap2kan dapat menyekat kemaraan Man Utd untuk merangkul kejuaraan liga buat kali ke-19, gagal melakukan seperti yg diharapkan.

Arsenal yg bermain lebih awal semalam, turun ke Stoke City dgn penuh keazaman (kononnye), tewas 3-1 di tangan Stoke yg terkenal dgn kejayaan mereka sebelum ini menyekat beberapa team2 besar EPL. Chelsea pula yg turun ke Old Trafford, Manchester, tewas 2-1 sekali gus membuka jurang perbezaan mata kepada 6 mata dgn berbaki hanya 2 perlawanan.

Berikutan kegagalan kedua2 team ini, peluang Man Utd merangkul kejuaraan liga serta mencipta rekod memenangi kejuaraan ke-19 lebih cerah skali gus mengatasi rekod yg sebelum ini dimiliki oleh Liverpool dgn jumlah 18 kejuaraan liga.

Jadi geng ni die scoresheet utk malam semalam. Memang mengecewakan gua, tak boleh harap langsung dua2 team nih. Huh.

Stoke City [3-1] Arsenal
Scoresheet:
1-0 Jones 28′
2-0 Pennant 40
2-1 v. Persie 81
3-1 Walters 82

Andrei Arshavin, prestasi merudum untuk Arsenal. Huh.


Man Utd [2-1] Chelsea
Scoresheet:
1-0 Hernandez 1′
2-0 Vidic 23
2-1 Lampard 68

David Luiz hebat, tp masih byk kene blajar. T T


BUT ON THE BRIGHT SIDE, Liverpool tetap no.1. Kenapa? Tengok video clip YouTube kat bawah ni baru lue tau. Entah kenapalah org suke buat filem pasal Liverpool. Kenapa? Sebab Liverpool adalah inspirasi sejati. Bukan inspirasi palsu ala Man Utd.

Arsenal? Chelsea? Heh. Lagilah palsu. Hahah jom geng enjoy video clip di bawah. Betul2 inspiring. Hee. :))

YNWA!


Okaylah geng, cukup setakat ini. Gua cukup2 kecewa dan kesal mengharapkan team2 lain yg bingai mengekang kemaraan team yg paling gua benci Man Utd. Lepas ni gua nak focus pasal Liverpool je, kerana gua tau Liverpool lebih hebat. :)

Malamni ade lg match EPL, Fulham vs Liverpool, hahaha. Apesal la Liverpool selalu main lewat2. Kan ke susah nak tgk nanti. Hish. Prediction drpd gua? Tak banyak, 3-0 je, xpun 3-1. Hahaha. Alaa Fulham je pun. Ape lah sgt. Tak luak pun geng. :P

Tapi xpe, semangat The Kop yg lebih penting, mengatasi segala semangat bola sepak yg lain, selain semangat bola sepak tanah air, (tetap no.1) Hehehe. 

Gerak dulu geng! Jumpe lg di lain post!

p/s: .....and you'll never walk alone.... :))

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day.

Helo geng. entry gua kali ni gua tujukan specially untuk ibu gua, yg berada di Seremban, dgn ucapan "Selamat Hari Ibu,". Gua minta maaf sebab minggu ni gua x balik, rindu rasanya. Maafkan anakmu ibu yg banyak berdosa padamu, sekarang akan gua berterima kasih atas segala jasamu yg x akan dapat gua balas sepenuhnya, sampai bila2.

Di bawah ni ade some quotes untuk ibu gua, dan juga semua wanita, yg selalu memiliki cinta kasih, yg x akan pernah habis untuk diberikan. Selamat menyambut Hari Ibu. :)

"MOM,
You did so much for me.
You always working so hard.
So I've been thinking
and I've been decided,
that I'm not going to ask,
for any more FAVOURS."

"I LOVE YOU MOM." - haziq.nafis


Warna ungu dan bunga orkid, kegemaran ibu gua. :))


BUT ON THE BRIGHT SIDE, next Friday gua balik, gua bawakla ape2 buah tangan. Lagipun sebab nak amik adik kat UTP kan. Gua kena jugak balik. Tak sabar nak berjumpa semua family members gua, walaupun baru minggu lepas kita bersama. :)

Bersempena Hari Ibu ni, gua nak dedicate sebuah video clip, "A song for Mama" drpd Boyz II Men, kepada ibu gua, dan semua ibu2 yg tidak jemu mengasuh selama ini dan juga tidak pernah lupa membelai dan membimbing gua dan geng2 sepanjang masa.

Maafkan gua yg selama ini masih belum mengucapkan terima kasih atas jasamu ibu, maka bersama entry blog ini gua mengucapkan terima kasih atas jasamu ibu selama ini. Mungkin hanya ini yg mampu gua berikan untuk saat ini kerana kesemua jasamu ibu tidak akan termampu gua balas sampai bercerai gua daripada jasad dan nyawa pun.

Hm hm, dengan penuh rasa sayang dan berterima kasih lagi gua ucapkan, "Selamat Hari Ibu,". ;)

Okay, gua gerak dulu geng, ingin menelefon rumah bertanyakan khabar. Geng sume dah wish ke belum silalah wish. Sementara org tua masih ada, hargailah sebaik-baiknya. Enjoy the video clip!



p/s: Semoga berjumpa lagi di lain entry. Happy Mother's Day. :)

Saturday, May 7, 2011

Pengapit, atau pengepit?

Geng, lue sume tau kan, ramai gile yg nak kawin awal bulan Jun nih. Semak plak gua tgk ramai org2 yg terdekat dgn gua nak kawin. Hahah xleh belah, gile jeles gua rase. Dahtu sume nak kawin, gua jgak x kawin2 lg, xkan xde setitik pun rase jeles geng? Hahaha. Entahla.

Okay, cakap psl kawin, ade member baik gua, same2 blaja kat universiti dulu nak kawin 4-6hb Jun nih. Plak tu bakal isteri die mencari pengapit pengantin lelaki yg free xde commitment. Gua ade offer diri gua itu hari jadi pengapit dkat majlis pihak perempuan. Satu penghormatan geng jadi pengapit ni. Mane la tau dpt amik berkat ke ape ke, yela payah sgt gua nak dpt calon isteri. Hahaha.

Sekali gua x dapat cuti 4hb hari Jumaat tu. Hahaha, kan ke melepas tu. Heh 'nganga' jelah tgk org kawin. Gua pun xtau gua bleh dtg ke x untuk 2 hari tu. T T

Tapi member gua yg laki ni tadi ade call, die ckp sume die dah sediakan utk gua jadi pengapit, pakaian, rumah, etc. Pergh x macam terharu dan bersemangat la plak jadinye kan? Yelah x dpt jadi pengapit dua2 majlis, dpt majlis yg belah lelaki pun jadila. Hahaha!

Jadi geng, gua sedang mencari kawan2 same blajar kat universiti dulu utk join gua pegi kenduri member gua EZROL HIZAM ROSNATA. Gua segan nak pergi Kelantan sorg2, pegi ramai2 baru best geng! Hahah.

Gua nak kawin? Lambat lagi lah kot. Heh.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, x kirelah gua datang sebagai tetamu biasa atau pengapit sekalipun, gua bangga dgn lue bro bercinta 11-12 tahun lepas tu kawin jugak. Betul kan 11-12? Bangga bro, bangga. Lame tue. Gua yg dulunye 'womanizer' (kate ex-gf gua yg ke-6) nih terima la 'karma' nye skang. Susah nak cari partner geng! Hahahah.

Hm hm, ingin gua ucapkan kat sini, 'Selamat Pengantin Baru' bro, semoga berkekalan ke anak cucu. owh yer, doakan gua jumpe jodoh juga! Hahaha. Nak promote ni, gua seorg engineer, ade sape2 nak kawin dgn gua x? Hahahah tade ah gurau je geng. :P

"JADI SKANG, GUA NI PENGAPIT KE PENGEPIT?"

Okay geng gua nak out, ade bola malam ni. Gua mungkin ke mapley lah sorg2 lepak tgk bola. Hahah. Jumpe lagi di lain post!

p/s: Eyy ape nak jadi, selalu promote diri gua single dan gersang. Hahahah! :DDD

Friday, May 6, 2011

Desperado.

Arghhhh. Geng, gua rase gua ni dah macam seorg 'desperado' plak skang, hidup serba-serbi desperate, sungguh desperate. Antonio Banderas si Desperado sebenar itu sendiri pun x desperate macam gua nih. Haa geng, tolong gua!

Pertama, dalam jangka masa terdekat ni, gua sungguh2 desperate untuk lutut kanan gua ni recover drpd injury nih. Gua sendiri x tau mcmane tahap injury gua ni tp gua confident dan positif bahawa lutut gua akan pulih, cuma x tau bile. Selasa ni gua ade game, dan gua sangat desperate untuk turun bermain!

Kedua, dalam jangka masa pertengahan, gua sungguh2 desperate untuk kumpul down-payment untuk bayar pickup truck gua pada hujung tahun ni. Tak dpt kumpul 20k, belas2 pun jadila. Eh, ke banyak sangat? Jadi kepada sesiapa yg masih belum bayar duit yg gua pinjamkan tu, sila lah bayar. Desperate!

Ketiga, dalam jangka masa panjang, gua sungguh desperate untuk bertemu pasangan hidup gua. Belum ade lg stakat ni. Takde pmpuan yg suke kat gua balik bile gua suke die. Huhuhu. Susah geng. Dahla skang ni memanjang ade je org2 yg terdekat ngan gua nak kawin. Terutama 4-6hb Jun nih. Ramai baq ang yg nak kawin!

"ERR. BOLEH RILEK TAK?"

Gua Desperado ingin merasa nikmat dunia!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, sume ni akan gua lalui jugak x lama lagi, cuma persoalannye, laratkah gua tunggu? Berbaloikah erti sebuah penantian? Dan yg gua tau dari dulu lagi, penantian itu mmg satu penyeksaan. Makan dalam geng. Pedih ulu hati!

Esok cuti weekend. Ape plan geng? Gua belum plan pape lagi, Gua nak go with the flow je untuk hari Sabtu  esok. Kan best kalau jadikan hari Sabtu dan Ahad se-chill-dan-relax yg mungkin. Mase ni la nak rehat dan tido sepuas-puasnye kan. Takde sape nak kacau gua hahaha!

Okay geng saje je nak bagitau gua desperate kat sini. Betul2 desperate ke atau buat2 desperate? Entahla geng, kalau lue x tau, gua ni LAGI laaa x tau. Hahahaha! :DDDD

Jumpe lagi di lain post, geng! XD

p/s: Sedang merancang sebuah percutian di masa akan datang. Heee. (^^,)

Thursday, May 5, 2011

Domo-kun vs Katak-kembung

Geng, ape akan jadi kalau kita kerap kali rase sakit hati dan meluat dgn rakan sekerja? Gua ada sorg kawan, sama2 junior, sama2 intake, tua sikit drpd gua, tapi perangai mcm lahanat. Terlalu berkira dan sentiasa nak menang, xbleh beralah. Haaa, pengotor pun. Hahaha kan blog gua dah jd tmpat kutuk org. Padan muka. :DDD

Brader ni angin penuh satu badan, kejap2 sendawa, kejap2 burrpppp erkkk ahhhh. Memang kena lah dgn gua yg suke sound direct kat lue, baru betul Domo-kun vs katak kembung! Hahah! Naik letih geng gua dengar tiap2 kali gua brcakap ngan org lain ade bunyi2 asing yg gua x suke datang menyampuk.

Haaaa, menyampuk pun satu hal, kuat lah brader ni menyampuk. Dah la xtau nak masuk campur bergaul, pun nak menyampuk. Dahla menyampuk, nak menang je keje die. Lue jelah yg betul.

"SHUT THE F*CK UP, NOOB!"

Okay mat, bukan gua nak kate lue x betul ke ape ke, mmg kdg2 lue ade jgak betulnye, cume jgn la jadi annoying sgt sampai semua pendapat org laju je lue nak cantas. Gua libas lue dgn kipas berdiri nnti baru lue tau kipas tu dgn kepala lue sekali berpusing mcmane. Hah!

Hari2 bertegang urat, ber-sound-direct.


Solutionnye, gua tutup telinga gua dgn headphone.


Bile penat dgn org mcmni, gua balik gua lemau, terus tido.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, nama pun kerja, kena professional jugaklah mcmane pun geng. Walaupun gua betul2 dah meluat nak tgk lue hari2, duduk satu line dgn gua plak tu, dgn perangai lue plak yg mcm lahanat x reti nak masuk dgn org lain, gua tahan lah jgak. Terpaksa.

Kalau ikutkan mmg dah lame gua bubuh je org mcm lue ni. Geram syial gua. Hish. Bro kalau lue bace ni lue tlg la fhm sikit member2 same2 nak cari rezeki. Jgn la menyakitkan hati org lain dgn muka 'toye' lue yg mcm nak mintak pelempang tu.

Huh, penat dah nak kutuk lue. Gua tau bukan lue nak mengaku pun lue mcm ni sume kan? Lupe, lue mane penah salah, asik nak betul je. Dahla gua nak out.

Eh, tapi kan, sejak lue dpt desk sebelah senior engineer pandai plak lue jaga manners ape lanc*u sume. Ooo dgn kawan2 sama satu intake bleh plak lue nak buat xtau je selamba lue lepas gas sana sini. Piiiraaaahhhhhh mabokkkkk!

Hahah buang mase layan marah dgn lue, jumpe lagi geng di lain post!

p/s: Aaaaa tiap2 malam nak lemau mcmni, tido awal. T T

Wednesday, May 4, 2011

Ape pendapat anda?

Helo geng. Ini ade cerita, gua tgk meja gua kat tmpat keje gua tu kosong semacam jek. Hanya PC capok yg company gua bagi je yg duk terpacak atas meja gua tuh. Ape bende entah yg gua nak bubuh nak bagi penuh satu meja? Lapang sangat ah meja gua, sampai tgn2 gua ni pun bleh berenang2 atas meja. Hehehe. :P

Itu satu hal. Bile keje x berapa nak ade pun satu hal lain jugak. Celah mane gua nak cover geng. Keras gua kat meja sorg2. Nasib baik la member2 gua selalu dtg kat meja gua, lepak2. Walaupun mule2 gua rase macam semak, tapi lame2 ade untungnya jgak sebab xdela gua mati keras sorg2 kat situ. Haih.

Hm hm meja gua tu kalau geng nak tau betul2 depan pintu tmpat org keluar masuk. Kalau yg xde access card plak, gua laa yg kene tekan switch pintu tu nak bagi pintu terbukak. Haa bleh kate gua skang dah jadi 'mat pintu' lah senang kire. Hahah. Shuttle-cock betul.

*shuttle-cock = (Istilah baru carutan gua)

Pintu suka hati gua.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, andai 'kekerasan' di tempat kerja melanda, gua lari ke CAD Room mengadap workstation gua, buat2 sibuk kononnye. Hahah. Bukan sebab xde keje langsung geng, ade je, cume kdg2 tu jela nmpak mcm xde keje sikit. Biasela. Terlebih2 time management. :)

So gua nak pergi cari action figures sikit2 nak letak atas meja gua esok. Kalau ade pendapat ape2 yg bleh diisi atas meja gua yg kosong mcm lahanat tu, bagitaula. Gua bersedia menerima sebarang pendapat. Hahaha. :DDD

Okay geng, gua gerak dulu nak meng-uruskan diri. Jumpe lagi di lain post!

p/s: Gua lebih suke kerja bertimbun2, asalkan x melangut sorg2 sebab xde keje langsung. Boss, kasi laa gua assignment! :))