Monday, September 12, 2011

September!

Geng, berjumpa lagi dalam blog gua ni. Perghh terasa lame gule gua tak menulis kat sini. Huuu. Sebelum ni duk copy paste entry dalam internet ja. Tak berape nak ade masa lah. Hahah! Hm hm. Dah nak masuk pertengahan bulan September dah pun. Sekejap je masa berlalu kan? Kan, kan? :P

Haaaa tahukah geng2 sume bahawa bulan September juga merupakan antara bulan favourite gua selain drpd bulan Februari dan Disember? Haaaa. Tahu tak kenapa?

Pertama, sebab bulan September lebih banyak memberikan gua kenangan yg manis berbanding kenangan yg buruk. Hahaha, bukan tak ada kenangan buruk, memang ada, tapi tenggelam dgn kemanisan bulan September. Gua ingat gua pernah ada 'crush' yg lahir pada bulan September. :)

Kedua, bermula bulan September, musim perpindahan pemain2 bola sepak di Eropah berakhir, dan gua dapat menyaksikan berbagai2 pasukan beraksi dgn pemain2 baru masing2. Real Madrid, Manchester City dan Chelsea paling gua nak tgk sebab dorg boros membeli pemain. Tak lupa juga Liverpool FC kesayangan gua, YNWA! ^^

Ketiga, bulan September laa peluang gua nak amik cuti secuti-cutinya. Bulan September banyak cuti beb! Cuti hari Malaysia la cuti apela cuti tahunan gua la. Hahaha!

Keempat, ada banyak lagu yg best2 dicipta dgn nama September. Tapi lagu Inggeris la sebab gua suka lagu Inggeris. Lagu Melayu mungkin ada kot, entah gua lupa. Haaaa. Lagu drpd band2 seperti Daughtry dan Green Day ada yg bertajuk September!

Tak percaya? Cuba geng2 suma layan video clip di bawah. Lagu2 ni juga merupakan lagu2 favourite gua dan sgt3 sesuai untuk dinyanyi pada bulan September ni! Enjoy!

Daughtry - September


Green Day - Wake Me Up When September Ends


Lagu2 best ni suma brader! Hm hm. takde dah kot sebab2 mengapa gua sgt suka bulan September. Hehehe. Sebab2 kenapa gua tak suka bulan September plak nanti gua citer dalam post lain. Takda hal punya. Hahah.

Hm. Ape pula planning geng2 suma pada bulan September ni ea? Kawan2 sekerja gua ramai yg nak berkahwin pada bulan ni. Tahniah diucapkan kepada yg berkahwin. Gua?? LAMBAT LAGI!! Kat bawah ni gua sertakan kalendar untuk bulan September 2011.

Gua nak OUT dulu geng, semoga berjumpa lagi di lain post. Sekian, wassalam. :)

p/s: Sori geng kerana agak lama gua abaikan blog gua nih. Tapi tape, gua dah catch up balik! Trimas kepada yg setia membaca! Lekkkk luuuuuuuu!

No comments:

Post a Comment