Tuesday, May 31, 2011

Apabila jurutera bersukan.

Apabila jurutera bersukan, semuanya mesti nak dikaitkan dgn rumus. Main bola kalau nak menang pun kene ade momentum. Kalau pasukan tu main lembab atau xde momentum dan tujahan masing2, alamatnya memang sayur la pasukan tu. Tak pun hambar, seri tanpa jaringan.

Apabila jurutera bersukan, semuanya nak kena teliti dan detailed. Main tarik tali pun kene timbang berat dan buat percaturan supaya berat keseluruhan penarik2 setiap pasukan tidak melebihi 500kg. Buah pisang juga disuruh makan supaya tidak mengalami sebarang masalah sampingan ketika dalam toilet akibat sukan tarik tali.

Apabila jurutera bersukan, setiap struktur venue sesuatu acara turut dikaji, seperti struktur padang apabila cuaca panas ataupun selepas hujan. Padang mana yg elok untuk cuaca lembap, dan padang mana yg elok untuk cuaca yg panas terik juga turut diambil kira.

Apabila jurutera bersukan, semua jurutera yg kononnya tekun dan serius bekerja akan berkecenderungan menunjukkan sikap 'sebenar' masing. Barulah tau yg mana yg kelakar, yg mana yg kuat terjerit2. Pecah lubang. Hahah.

Apabila jurutera bersukan.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, apabila jurutera bersukan, semangat kesukanan tu tetap ada, malah semangat  untuk menang yg cukup tinggi sehinggakan tidak nampak erti penat dan putus asa. Selagi ada acara yg boleh join, selagi itu jurutera2 ini selamba join.

Begitu jugak dgn gua, gua jugak terikut2 dgn mereka2 yg cukup fanatik bila tiba kejohanan sukan, tak kira sama ada gua join acara tu ataupun sekadar menonton. Ada juga yg x main apa2 langsung, tapi utk setiap acara, gua tgk mesti ada muka mereka2 tu datang menonton. Steady lah!

Penonton2 di kalangan jurutera di tempat gua bekerja juga turut meriah dan hiruk pikuk memberikan sokongan, cukup dgn bendera dan vuvuzela untuk menyorak pasukan masing2. Ada juga yg siap mem'bahan' pasukan lawan lagi. HAHAHA!

Haaa geng, ape macam? Siapa kata jurutera hanya tau nak bekerja je. Sekali sekala mestilah nak fun dan happy2 jugak, kan?

Okaylah geng gua gerak dulu. Jumpa lagi untuk post2 seterusnya. Wassalam.

p/s: Majulah sukan, untuk jurutera. :))

Monday, May 30, 2011

Nantikan kemunculannya.

Geng, gua nak update sikit pasal pickup truck gua sebab sebelum ni gua x letak pun gambar sebenar. Hahah kali ni gua letak sikit sneak-peek Nissan Frontier gua yg berwarna hitam. Nantikan kemunculannya! HAHAHA!

Harga? Tak mahal, tak murah. RM 5x, xxx.xx je. Haa. Gua baru 23 tahun. Nanti gua umur 30 gua rembatla kete lain pulak! Huahuahua!

"WAH, TAK SABAR AH GENG!"

Hm hm, kalau loan gua lulus la nanti. Mungkin gua dpt bwk keluar kete ni hari Sabtu! Hahaha x sabar geng. Weh loan, tolonglah lulus! Jangan mengada xnak lulus plak dah la. Hahaha. :P

Nampak tough geng dari belakang!


Registration number, WQP 7719 :)


Haih bilelah bleh keluar ni. ^^


BUT ON THE BRIGHT SIDE, ada beberapa documents jek lagi yg gua nak kene fax dan setelkan sebelum bermulanye proses bank loan. Lepasni start biznez lah gua. Hahah. Berangan2.

Huh gua gerak dulu geng, jumpe kat esok-esok punye post plak!

p/s: Malas nak main dah K-car. Pickup truck pulak! Hahaha.

Sunday, May 29, 2011

Malas.

Geng, camne ni geng? Gua malas gile nak balik Rawang balik. Skang gua masih lagi di Seremban. Esok keje balik. Gua tinggalkan workload yg menggunung Jumaat lepas. Gile malas gua nak sambung. Ape yg gua paling x suke nak ingat, esok boss gua nak tgk segala mak nenek pnye progress pada project baru gua! Waaaaa!

Tapi kan, nama pun nak tgk progress, x semestinye la kene siap kan? Hahaha entah! Gua takut! Mestilah gua nak tunjuk yg gua ni berguna jugak. Huuu. Hm hm makan pun belum lagi nih. Musim bola pun dah habis dgn berakhirnya Liga Juara-juara Eropah awal pagi tadi. Dah xde sebab lain lah gua nak gerak lambat kecuali, MALAS!

"GUA XNAK JUMPE LUE ESOK BOLEH X BOSS?"

Adeh geng, job lame gua pun belum siap2 lagi, datang plak job baru minggu lepas. Ini macam tak kawin lah gua geng. Hahah. Ade kene mengene? Ke alasan je? :P

Arghhh stress betul dgn keje!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua budak baru, dan gua masih lagi merasakan yg gua budak baru. Oleh itu sila beri tunjuk ajar dan kasihan la sikit kat mana yg patut. Okay boss? HAHAHA.

Hm xde ape dahla kot. Gua nak siap2 dulu geng. Kene balik gak! Okay, jumpe lagi di lain post. Haih. T T

p/s: Tahniah kepada FC Barcelona yg berjaya memenangi kejuaraan Eropah pagi tadi setelah menewaskan Man Utd 3-1. Cukup manis buat penyokong Liverpool yg dapat menyaksikan kekalahan musuh ketat! YNWA!

Saturday, May 28, 2011

Side income.

Geng, ini hari gua 'bz' mencari kenderaan serbaguna utk gua buat sedikit side income. Jadi geng, nantikan kemunculan biznez baek punya drpd gua. :DD

(Bukan gambar sebenar)

BUT ON THE BRIGHT SIDE, x sabar gile geng gua ninak tunggu segala proses pemilikan pickup truck gua setel! Hahahaha!

Duit advance gua dah bagi. Kasi setel jela. Haha kan, kan? :P Gerak dulu geng, jumpe lagi di lain post! ^^ Hee!

p/s: Walaupun bergelar jurutera, gua tetap merasakan gaji gua x cukup. Hehehe biasela. :P

Friday, May 27, 2011

Jom pindah!

Geng, apartment yg gua dan budak2 rumah gua menetap skang sudah pun menunjukkan tanda2 nak suruh gua dan yg lain2 belah cepat2. Hahaha. Macam2 problem, terutama elektrik. Menyirap je gua current kat rumah ni kejap2 ade, kejap2 putus. Baru nak online jap tibe2 blackout. Pastu okay, pastu blackout lagi. Haih. T T

"POTONG STIM LAH!"

Hm hm BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua dan yg lain2 dah lame memulakan usaha mencari rumah lain sepanjang 2 bulan yg lepas. Nak dapat persetujuan bersama punyelah susah. Hasilnya......

"TENG-TEDENGGGGG!!"

Jarak yg hanya 1 km lebih dri tempat keje, line telefon sume ok. Harga lagi murah drpd apartment gua yg tah pape nih. Dahtu siap ade garage dan halaman yg besar! Gua dah nampak pickup truck dan moto gua nanti nak duk mane hahaha! Kete dan moto budak2 rumah gua pun muat baq ang! :DD

Banglo single-storey dgn 4 bilik tidur, 2 bilik air.


Lepas renovate and touch up sikit lawalah jadinye nanti. ^^


Hahaha macamane geng, gua happy gile geng dapat rumah ni. Tak sabar nak pindah. Tapi due to renovation, gua dan budak2 rumah gua boleh msuk starting bulan 7 nanti. Hee. Ape ade hal, renovate lah puas2 sampai lawa. Lepas ni gua pegi keje lewat2 pun xpe! Dekat! Hahaha!

Okay2 geng gua nak gelak dulu ke Seremban. Balik kampung di hujung minggu lah ape lagi geng! Hahah! Jumpe lagi di lain post!

p/s: Workload semakin bertambah di tempat keje, dapat project baru. Memang kene balik nak release stress sepam dua! :P

Thursday, May 26, 2011

Seorang perempuan dan skuternya.

Haha ini ade lagi citer drpd gua utk lue sume geng. Hm hm. Pada suatu malam, gua berjalan2 menuju ke kedai makan. Perut gua yg lapar menambahkan kelajuan setiap langkah gua. Hahaha. Kata org, jgn cari pasal kalau kawan tu tgh lapar. Japgi tak pasal2 je. Haaa.

Gua masih lagi berjalan, tapi tibe2 dari blakang gua ade sebijik skuter punye lah laju macam nak langgar gua sblum masuk kat kedai mkn tu. Gua x ingat plak nak jerit 'woi', tapi gua toleh belakang, sekali awek daa. Hm nasib baik awek, dahla cun pulak tu. Heheh. :P

"OKAY, TAK JADI NAK MARAH."

Gua duduk sambil tunggu order, gua perhati je awek tadi, dari bawah sampai atas boleh tahan. Sekali gua terdengar makcik kedai tu jerit, "Cikgu nak makan ape cikgu?". Wah, cikgu rupenye! Okay gua bertambah2 impressed. Memang taste gua la cikgu2 nih. Hahah. Tapi cikgu, lue memang rock lah. Hahah.

Ngorat la gua, cikgu. :))


BUT ON THE BRIGHT SIDE, cikgu tu bawak sorg budak kecik dgn die. Jadi gua xtau nak interpretkan mcmane status die. Nak bertanya gua segan. Gua tunggu die belah, gua tanye makcik kedai makan tu. Sekali makcik tu selamba ckp, "Dah kawin la, tu anak die la tue!"

Okay, MELEPAS. Gua pun balik naik blok gua dengan perasaan penuh melepas. Macam lah dramatik sangat. Hahaha. Eh, langgar lah gua lagi cikgu lepas ni. Boleh gua buat2 jatuh. Hahahah. :DDD

Hahahah. Begitulah cerita gua yg selalu melepas, terlepas. Haa gua nak OUT dulu. Jumpe lagi di lain post!

p/s: Kalau x malu, selamba je! Kalau x selamba, malu la!

Wednesday, May 25, 2011

Identiti bertukar, tertukar.

Okay geng, gua ade satu cite, cite ni berlaku dgn pantasnye petang tadi, tapi gua saje nak cite balik dgn slow-mo sikit, satu persatu ape tentang ape yg terjadi. Selamat membace! :))

Sepetang yg mendung, pulangnya gua dari tempat kerja, gua keluar dari kereta dan berjalan2 menuju ke kedai. Sebuah van sekolah yg bergerak dgn slownye lalu sebelah gua, sambil seorg budak mengeluarkan kepalanya dan menjerit, "Assalamualaikum pakcik!". Okay, gua senyum sambil jawab dalam hati dan terus sambung perjalananan gua ke kedai.

Dilihatnye budak itu seperti bingung kenapa gua mcm xmau jwb je salam die tu, sekali budak tu jerit lagi, "Pakcik penat ek pakcik?!" Lalu gua pandang budak kecik tu sambil senyum2 je, gua tetap tidak mengeluarkan sebarang suara. Malas. Hahah.

Lalu budak tu jerit lagi, "PAKCIK!", tapi dgn pantas gua jawab (dengan keras), "Woi budak yg kau panggil aku pakcik tu apa hal haa!" Okay, van sekolah tadi belah meninggalkan gua. Hahaha takdelah yg ni gua TIPU jelah! Van tu belah je sebelum sempat pun gua jerit balik kat budak tu. :P

Macam x percaya geng. Gua dah masuk kategori 'pakcik'! Hahaha. Bertuah punye budak. Buat gua tersenyum di petang yg mendung se-mendung2nya tadi. Heh. :PP

Hoi budak!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, trime kasih budak, buat gua terfikir sambil tersenyum2. Hahah. Gua dulu memang x suke budak. Tapi skang gua okay je. Takkan la selama2nya gua x suka budak2. Gua pun nak jugak rase ade anak sendiri. Jadi pakcik pun gua dah cukup bangge. :P

Sorryla budak gua penat balik keje tadi, dalam kepala gua nak ke kedai je beli surat khabar (walaupun dah nak malam), hahah adeh sekali tadi nampak macam tak friendly lah pulak. Hish. T T

Petang ni memang petang yg mengelirukan. Identiti gua berterabur hari ni. Senior gua pun sampai tertukar gua dgn org lain petang tadi. Haziq jugak namenye. Susah betul kalau satu tempat kerja ade dua org yg rupa hampir sama, nama pun nak sama. Hahaha. Tadi pun tibe2 gua bergelar pakcik. Terbaik!

Hm okaylah geng gua gerak dulu, jumpe lagi di lain post!

p/s: Selamat hari lahir ke-23 untuk kwn baik gua, Nur Hikmah Md Khalid. :))

Tuesday, May 24, 2011

Insurans datang menyerang!

Sejak kebelakangan ni, geng2 insurans asyik nak attack gua je, nak mintak gua join and commit insurans dorg. Hahaha gua belum tau banyak sgt pasal insurans apa lanc*u sume ni, yg gua tau skim takaful dan insurans kete camtu2 je.

Haha bukan xnak beli insurans, dan bukan nak bercakap besar kononnye gua xkan kene sebarang kemalangan di masa depan (tambah2 plak gua seorg engineer), tapi slow2 lah. Gua baru nak mula hidup ni. Haiya, insurans datang attack macam gua dah stabil bekerja je. Puii.

Hm hm gua baru je beli satu skim takaful utk gua commit tiap2 bulan. Tapi lepas2 tu bersepah pihak insurans call gua dan offer itu ini kononnye gua ni pelanggan tetap P1W1MAX la apa lanc*u lah. Lanc*u gua nak percaye senang2 kalau xde sebarang hitam putih. Hm yg peliknya mcmanane lah diorg bleh tau bermacam2 maklumat peribadi gua drpd nama, alamat, IC, dan jgak initial numbers kat debit card gua!

Haha yg tau maklumat2 peribadi gua tu mungkin jugak tak ada sebarang unsur2 penipuan. Tapi mana gua nak tau geng dah dorg main call je. Cube la dtg jumpe gua ni haa. Bagi hitam putih. Kan lebih direct. Xdela gua confuse lebih2.

Insurans sedang mencari anda? Bhaha! Bhaha!


Insurans menganggu waktu kerja? Tension! Tension!


Insurans datang mengejar di pusat beli-belah? Lari! Lari!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, cukupla satu dulu insurans gua beli, basic salary gua bukan banyak mana pun lepas potong itu dan ini. Lagipun gua pun xtau berapa banyak insurans nyawa dah yg mak ayah gua dah bubuh kat gua dan adik beradik drpd kitorg kecik. Hahaha untung jugak ade mak ayah yg berfikir panjang dulu2. Trimas, nanti insurans dah matang gua amik bwk kuar gua belanja la. Hahaha. :DD

Jadi geng, kalau ade yg arif pasal insurans tu, kasi tolong lah sama gua nih. Gua xtau mane nak percaya mane yg xbleh percaya langsung. Hahah. Adoi, apasal la ramai sgt wakil insurans atas planet ni, letih gua nak mengelak! Haha jgn terasa geng, kalau ada yg jadi wakil insurans tu, gua mintak maaf! Hahaha pegi cari org lain dulu, gua kemudian2 pun takpe! 

Haha cakap besar ke tu xnak insurans? Okay! OUT dulu! Jumpe lagi di lain post! :PP

p/s: Gua x boleh cakap besar, nanti mesti patah balik punye kat gua. Curse ke ape ni? Haha gua pun x tau :DD

Monday, May 23, 2011

Liverpool & Juventus: Nasib yang sama.

Helo geng, sedikit pasal bola. Kancah bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris dan Serie A Itali bagi musim 2010/2011 telah pun berakhir dgn Man Utd dan AC Milan memenangi kejuaraan liga utama buat negara masing2.

Pelbagai rekod telah berjaya dipecahkan. Antaranya, Man Utd berjaya memintas Liverpool dgn memenangi kejuaraan liga yg ke-19 setelah kedua2 pasukan terikat dgn 18 kejuaraan sejak 2 musim lepas. Manakala di Itali, Zlatan Ibrahimovic yg bermain utk AC Milan berjaya memecahkan rekod selaku pemain pertama yg berjaya memenangi kejuaraan liga utk 8 musim berturut2 di mana2 sahaja kelab yg disertainya.

Namun, perhatian lebih ditumpukan kepada Liverpool dan Juventus. Dua buah kelab gergasi Eropah, masing2 mewakili Liga Perdana Inggeris dan Seria A Italy, gagal melayakkan diri ke sebarang kejuaraan Eropah pada musim hadapan. Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris dgn 58 mata drpd 38 perlawanan. Juventus pula menduduki tangga ke-7 Seria A juga dgn 58 mata drpd 38 perlawanan liga.

Persoalannya? Apa sudah jadi, dan kenapa jadi macamtu? Hahahah. Selaku peminat fanatik Liverpool, gua sudah semestinya akan menyalahkan Roy Hodgson, jurulatih Liverpool pada awal musim kerana kegagalan beliau memacu Liverpool ke kedudukan liga yg lebih bermaruah. Gua dah tentu2 tidak akan menyalahkan Kenny Dalglish, lagenda Liverpool suatu ketika dahulu yg telah bersusah-payah menaikkan kembali prestasi Liverpool bermula dari Januari hingga ke akhir musim.

Bagi Juventus pula, permulaan yg lembap di awal musim, dan pembelian musim panas yg tidak menyerlah menjadi punca utama kejatuhan kelab dari Turin itu. Kebangkitan semula melalui pembelian pemain baru pada Januari lalu tetap seakan sudah terlambat.

Kesimpulannya...................

"LIVERPOOL DAN JUVENTUS TIDAK AKAN KE EROPAH MUSIM DEPAN."

Joe Cole, seperti tidak berminat utk bermain utk Liverpool. GAGAL.


Alessandro Del Piero, kecewa dgn prestasi merudum Juventus.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, ini bukan penghujung dunia (kata peminat yg positif), kedua2 pasukan ni mungkin akan dapat memberikan lebih tumpuan terhadap setiap perlawanan liga kerana tidak terlibat dgn mana2 liga kejuaraan Eropah. Walk on!

Maka dengan berakhirnya satu lg musim yg gagal, sebagai peminat setia Liverpool, gua nak buat situasi ni tetap bersesuaian dgn lagu tema Liverpool FC. :))

p/s: Gerak dulu geng! YNWAEnjoy! :DDD

You'll Never Walk Alone

When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden sky
And the sweet silver song of the lark
Walk on, through the wind
Walk on, through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone :))

Sunday, May 22, 2011

How is life like a box of chocolate?

Helo geng, kalau geng sume pernah tgk citer Forrest Gump, lakonan Tom Hanks, mesti pernah dgr phrase ni, "Life is like a box of chocolate.". Org ckp hidup ibarat sekotak coklat, kita takkan dapat tau ape bentuk atau jenis coklat yg kita akn dapat.

Bile geng sume beli sekotak assorted chocolates, akan ade beberapa jenis coklat di dalamnye. Jadi, lets say, dalam kotak tu ade coklat caramel, nougat, dan chocolate fillings. Bile kita amik satu drpd kotak tu, kite xkan tau ape filling di dalamnye, sbb most companies x letak pun a piece of paper nak bagitau ape fillings coklat2 tu. Tapi ade jgak yg letak. Jadi, kita amik satu drpd kotak tu, kita xkan dapat tau ape di dalamnye tanpa merasa terlebih dahulu. :)

Geng, yg assorted colors and flavors coklat2 tu sume membawa expressions, dan juga emotions. Colors of the chocolates plak menerangkan bagaimana kita sume bayangkan ianya akan terjadi tetapi apa di dalamnya yg lebih menentukan ape yg sebenarnya terjadi. Betul tak?

Hm hm, cukup2 complicated, but not yet confusing. :)

Tom Hanks (kanan), Forrest Gump.


"Life is like a box of chocolate.".


Tapi pada gua, buat ape la susah2 beli sekotak penuh dgn coklat tapi kita sndiri x tau ape jenis coklat kat dalamnye. Memang x masuk akal. Baik gua beli sekotak coklat almond ataupun hazelnut yg dah sah2 gua tau kat dalamnye mengandungi bar coklat yg ade kacang almond atau hazelnut. ^^

"Life is like a box of chocolate, you never know what are you going to get.". Sebuah quote drpd Forrest Gump. Gua punye perspektif drpd quote ni, YES, ianya agak tidak berpatutan untuk membeli sekotak coklat yg kita sendiri xtau ape di dalamnya. Hidup hanya sekali, so go for it. Maksud gua, geng sume perlu mencuba sesuatu yg baru setiap hari. Kita x akan tau kalau kita akan suka atau tak, macam cuba makanan baru, cuba benda baru. One life only geng!

BUT ON THE BRIGHT SIDE, kalau geng2 sume nak tau lebih lagi meaning phrase yg cukup famous nih. Tanyalah Tom Hanks, dia lebih tau. :)

Gua nak out dulu. Jumpe lagi di lain post!

p/s: Gua nampak kehidupan itu adalah kehidupan, cuma gua yg berfikir terlalu banyak. :)

Saturday, May 21, 2011

Hujan!

"HUJAN!!"
"PETIR GARANG2!!"

"Duhhhhh~!"

"BUT ON THE BRIGHT SIDE??"

Okay, duk rumah je. T T

Friday, May 20, 2011

Sukenye hati gua.

Hahaha geng, sukenye hati gua bile mengenangkan cuti yg gua apply dgn berhempas pulas, gua sangkakan cukuplah susahnye nak dpt approval, tp last2 dapat jugak! Hahaha. Yeah!

Cayalah boss bagi gua cuti! Trimas banyak2. Gua takut mule2 nak jumpe boss kalau pasal nak mintak cuti nih. Sekali arini mood die baik plak, seperti mengunyah jemput pisang, punye senang kan, die approve terus haaa borang cuti gua tadi depan2 gua!

"HAHAHAHAHA!"

Cuti! Cuti! Cuti! Best! Best! Best!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, 4-6 Jun ni jadi jugak la gua shoot ke wedding kwn gua kat Kelantan nuh, dan tanpa perlu rushing2 lagi la! Kirenye Isnin bersamaan 6hb gua dapat cuti extra untuk rest lepas wedding lah! Hahaha! Suke, suke suke! :P

Pergh layan highway nanti!


Hehe okay2 gua gerak dulu, mau tido lah geng, gua lemau. Hee. Sori la malam ni post gua pendek dan simple macam ape je! Tapi xpe, yg penting hati ikhlas dan happy!

Thank u boss! Thank u! Boss dah buat malam gua ni sungguh menenangkan! OUT dulu geng! Jumpe lagi di lain post!

p/s: ..........zzzzzZZZZZ

Bzzt.....Erk.....zzzzzZZZZZ

Thursday, May 19, 2011

Muhammad Ali's famous quotes.

Geng, ni ade beberapa quotes yg famous drpd peninju kegemaran gua yg jgak famous, Muhammad Ali. Muhammad Ali ni byk bagi quotes, berdasarkan pengalaman hidup beliau. Pengalaman hidup beliau plak terlampau la banyaknye, drpd seorg askar ke seorg peninju, hingga drpd seorg christian ke muslim. :)

Haaa, tanpa melengah2kan masa, kalau geng sume nak tau ape die quotes yg paling sempoi drpd abg Muhammad Ali ni, jum usha kat bawah!


"A man who views the world the same at fifty as he did at twenty has wasted thirty years of his life."
Muhammad Ali


"A rooster crows only when it sees the light. Put him in the dark and he'll never crow. I have seen the light and I'm crowing."
Muhammad Ali


"Age is whatever you think it is. You are as old as you think you are."
Muhammad Ali


"At home I am a nice guy: but I don't want the world to know. Humble people, I've found, don't get very far."
Muhammad Ali


"Boxing is a lot of white men watching two black men beat each other up."
Muhammad Ali


"Float like a butterfly, sting like a bee."
Muhammad Ali


"Frazier is so ugly that he should donate his face to the US Bureau of Wild Life."
Muhammad Ali


"Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."
Muhammad Ali


"Hating people because of their color is wrong. And it doesn't matter which color does the hating. It's just plain wrong."
Muhammad Ali


"He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life."
Muhammad Ali


"I am the astronaut of boxing. Joe Louis and Dempsey were just jet pilots. I'm in a world of my own."
Muhammad Ali


"I am the greatest, I said that even before I knew I was."
Muhammad Ali


"I believe in the religion of Islam. I believe in Allah and peace."
Muhammad Ali


"I figure I'll be champ for about ten years and then I'll let my brother take over - like the Kennedys down in Washington."
Muhammad Ali


"I figured that if I said it enough, I would convince the world that I really was the greatest."
Muhammad Ali


"I hated every minute of training, but I said, "Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion."
Muhammad Ali


"I know I got it made while the masses of black people are catchin' hell, but as long as they ain't free, I ain't free."
Muhammad Ali


"I know where I'm going and I know the truth, and I don't have to be what you want me to be. I'm free to be what I want."
Muhammad Ali


"I never thought of losing, but now that it' s happened, the only thing is to do it right. That's my obligation to all the people who believe in me. We all have to take defeats in life."
Muhammad Ali


"I wish people would love everybody else the way they love me. It would be a better world."
Muhammad Ali



Muhammad Ali, peninju termahsyur. :)


BUT ON THE BRIGHT SIDE,  untuk menunjukkan kekaguman terhadap Muhammad Ali, gua ade satu ayat, 5 perkataan untuk Muhammad Ali. :)

5 words:

"THE BEST IN THE WORLD."

Hehe itu je gua nak update malam ni geng. Harap2 post ni dapat memberikan sedikit inspirasi kepada geng2 sume. Anggaplah diri kita semua sebagai fighter kerana seorg fighter tidak akan lari drpd mempunyai keazaman dan daya usaha yg tinggi, kata Muhammad Ali laa, gua cume tambah2 sikit je. Hahah.

Ternyata Muhammad Ali bukan sekadar atlit yg hebat dan mahsyur, malah beliau juga seorg insan yg mempunyai pemikiran yg jauh dan berkualiti. Tak sia2 gua minat gaya lue Muhammad Ali. :)

Okay gua nak gerak dulu. Hujan ni, layan jek kalau tido. Asal malam je mesti nak hujan. Jumpe lagi di lain post! OUT dulu geng! .....zzzzzZZZZZ

p/s: Ade banyak lagi quotes drpd Muhammad Ali, nanti2 la gua masukkan lagi. Okay? :))

Wednesday, May 18, 2011

Best inspirational video ever.

Helo geng, gua ade video clip baek punye utk gua share kat sini. :) Sebuah footage drpd filem 'Snatch', lakonan Jason Statham, Brad Pitt, Vinnie Jones dan Benicio del Toro serta lain2 superstars, dengan audio clip drpd ucapan Muhammad Ali, Rocky dan Coach Carter. 

Pada gua video clip ni sangat, sangat, memberikan gua inspirasi begitu juga dgn geng2 sume. Kadang2 kita perlu menonton benda2 yg sungguh inspiring macamni. Jadi geng, enjoy the video!

"BE GREAT, POWERFUL BEYOND MEASURE."

2 thumbs up!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, video clip ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, x kira muda atau tua. Tak ganas pun. Sikit pun tak. Hehehe. Owh yer gua jugak dah remove sekejap background music gua Butterfingers - Viopipe semata2 untuk memberi laluan kepada video ni, dan juga video2 seterusnya.

Harap2 lepasni gua jumpa lah lagi video clip yg inspirational macam ni. Gua nak tukar approach gua dalam blog ni drpd post2 merapu dan crappy kepada video2 yg gempak. Hahah. Slow2 lah. Hopefully. ^^

Sesiapa yg merasakan diri mereka kekurangan motivasi dan inspirasi, boleh la layan video2 sebegini. Hahah. Okay geng, gua nak gerak dulu. Jumpe lagi di lain post!

Owh ni plak gambar gua yg kononnye berinspirasi. Hahah. :D


"IMMA SHOW YOU, HOW GREAT I AM!"

p/s: Gua paling suka quotes drpd Rocky. Sungguh bersemangat, energetic dan berkarisma, walaupun sekadar watak fictional. :))

Tuesday, May 17, 2011

Final: Red Army vs The Crocs

Akhirnya, setelah hampir seminggu gua nervous menunggu tertunggu-tunggu, barulah tiba detik perlawanan akhir bola sepak kat kilang gua. Sebelum perlawanan bermula, gua macam dah nampak ada sinar medal yg bakal diperolehi, (cuma xtau medal kaler ape lah). Hahaha.

Hm thm ak banyak yg gua nak update, sebab gua betul2 dah lemau ni. Tersalah makan. Nak muntah, nak tido. Jadi geng, perlawanan akhir bola sepak 11-sebelah petang  tadi dimenangi oleh....................

"RED ARMY!!"

Haha pasukan gua, Red Army berjaya menewaskan musuh tradisi, The Crocs dgn keputusan 3-2. Hehe gua memang geram dgn The Crocs ni. Dulu dah jumpe dah sekali. Perlawanan pertama peringkat kumpulan. Haha sebab lawan dgn pasukan ni la lutut gua problem smpai skang.

Berbagai jenis aksi dan drama dapat dipertontonkan kepada para penyokong kedua2 pasukan tadi, antaranya sepakan penalti yg x masuk, sliding tackle yg kdg2 terlebih slide (yelah, padang basah) sampai mencetuskan kad, kerja2 mem-psiko team lawan, dan juga aksi buang padang yg dibalas dgn gol sepakan penalti drpd team lawan.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, team gua champion geng! Waa-HAHAHAHAHAHA!!

Juara, juara! XD


"DAN...................."

Malas nak geng dgn yg kalah. Hahahaha!


Okay geng, gua gerak dulu, tilam dan bantal memanggil2. Semoga tahun depan team gua tetap maintain kuat macam skang ni. :)

Sebenarnye gua pun x bajet team gua hebat, dahla hebat, juara terussssss. Hahahah. Turun sebagai pasukan bukan pilihan pada mulanya, namun selepas beberapa siri persembahan mantap drpd pemain2, akhinya kitorg berjaya bergelar JUARA!!!

OUT dulu. Jumpe lagi di lain post! :DDD

p/s: We are the champions, and we keep on fighting til' the end!

Monday, May 16, 2011

Re-post: 5 reasons why religious-FAGS are childish.

Geng, ini ade post baek punye, dipetik dari entry blog kwn Facebook gua, Diena Wong. Sekali baca, menarik, sebab gua banyak je jumpe org2 seperti yg dikatakan dalam post neh. Memang ramai beb dalam kehidupan seharian. Tak percaye lue bace!

Hm hm. Mungkin tak ramai yg bersetuju, terutama golongan2 orthodox yg selalu menyalahkan atau memburuk2kan golongan urban. Tapi gua, antara golongan yg boleh dikategorikan sebagai urban kerana dari kecik lagi membesar dan dibesarkan di bandar, SANGAT, SANGAT menyokong pendapat yg dinyatakan oleh cik Diena Wong ini.

Okay geng, jom kite usha2 entry blog drpd cik Diena Wong ni! Wooosh~!

"I was about to post something about this one religious-fag who was so eager to prove his point right about some religious related issues. I was about to reveal this one sad add Facebook profile where despite being a RELIGIOUS EXTREMIST as his words deemed to be, still forgot to hide his favorite book which under the sexual related title of 'Female Orgasm Black Book'."

"What kind of preacher so keen to fix a stranger, yeah u hear me right, in this case I am a stranger to him but his words seem to know me better than myself, but he is no better himself." 

"So I've made a theory that, all religious-fag, especially MALE, who claimed to be a saint and in effort to stitch every girl's vagina and butthole so that us girl wont go spreading our legs around, is nothing but a child, and a disturbed one while at it."

"Why? U may ponder."

1. They always want to win, even at the brink of losing the would dig the internet for some snippets of ayat quran to justify their ill-proposed statement.

2. They never seem satisfy with other ppl's life. There always a hole that need to be patch. There always something wrong with the civilization.

3. They are always right, even when them wrong, they are right.

4. Picking fights with a girl is their hobby. For them, that is not 'dayus', that is 'mendidik'. F*ck you much?

5. And lastly, their ego is always gets in the way. 

"You see, this kind of people need to respect other people's space, privacy and beliefs. If you, yourself have so much to belief in, why dont educate those around u first. For all you know, your sister, aunts or maybe even mom are f*cking senselessly around behind ur back."

"Ok, enough ranting."

"I'll rant more on daily basis, but not necessarily on scheduled time."



Religious-fags, are you?


BUT ON THE BRIGHT SIDE, pada gua, memang apa2 pun kita kena melihat dari sudut agama, tapi itu x bermakna kita perlu sentiasa melihat atau mencari kesalahan org lain. Tak guna kuat agama begini gaya, sembahyang tunggang-terbalik, tapi hati busuk.

Okay, dah2. Tak nak cakap lebih2. Gua bukan niat nak mencari gaduh. Sekadar berkongsi pendapat org lain yg lebih kurang sama dgn pendapat gua.

"PEACE, BROTHER!" v(^.^)v

Andai ada yg terasa, gua mintak maaf la. Tapi ini tak bermakna lue yg kononnya religious, lue sentiasa betul. Hahah. Okay, mintak maaf sekali lagi. :DDD

Okaylah gua nak gerak dulu melabuhkan badan. Jumpe lagi di lain post!

p/s: *Religious-fags = Mamat2 yg 'poyo' konon alim dan arif ilmu agama. ^^

Peluang ke Europa League?

Geng, sedikit lagi update tentang bola sepak. Liverpool malam tadi masih belum dapat mengesahkan tempat automotik untuk layak ke Piala Europa musim depan apabila tewas mengejut 0-2 di Anfield. Kekalahan di tempat sendiri ini sekali gus membuka peluang Tottenham Hotspur untuk spot terakhir ke Europa League, yg kini menlonjak satu anak tangga ke tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris.

So geng ni die scoresheet utk malam tadi. Walaupun kalah, tak mengapalah, gua update jugak sebagai tanda cinta sejati gua terhadap Liverpool FC. :)

Scoresheet:
0-1 v. d. Vaart 9′
0-2 Modric (pen.) 56


Gol pertama Tottenham, hasil jaringan Rafael van der Vaart.


Gol kedua, sepakan penalti drpd Luka Modric.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua tetap positif Liverpool mampu ke Europa League musim depan. Huuuu. Perlawanan liga untuk Liverpool dan Tottenham Hotspur masing2 masih lagi mempunyai baki satu perlawanan.

Liverpool bakal berkunjung ke Villa Park untuk menentang Aston Villa manakala Tottenham Hotspur pula bakal menerima kunjungan drpd Birmingham City, salah satu pasukan yg masih bergelut sehingga ke perlawanan terakhir liga untuk menyelamatkan diri drpd penyingkiran.

Tottenham dan Liverpool masing2 mempunyai 59 dan 58 mata drpd 37 perlawanan liga, hanya 1 mata membezakan namun jumlah perbezaan gol akan lebih memihak kepada Liverpool sekiranya pungutan mata kedua2 pasukan sama selepas perlawanan liga ke-38. :))

"WAY TO GO REDS!"

Okay geng, itu saja update tentang bola untuk malam ni. Oh yer esok ada perlawanan akhir bola sepak 11's antara pasukan gua, RED ARMY menentang musuh tradisi, THE CROCS. Sooo looking forward!

Gua gerak dulu! Jumpe lagi di lain post! :DDD

p/s: YNWA!

19? Naaaah~!

Geng, pertamanya gua nak cakap, tahniah buat Man Utd yg baru2 ni telah sah bergelar juara Liga Perdana Inggeris buat ke-19 kalinye (harap2 buat terakhir kali). Sehubungan dgn itu, amikla seberapa banyak peluang untuk mencaci-maki-perli kelab2 seperti Liverpool, Chelsea, Arsenal dan lain kerana peluang sebegini jarang2 sekali muncul.

"DAN TAKKAN MUNCUL LAGI DAH LEPAS NI."

Memandangkan gua seorg peminat setia Liverpool dan jugak ahli sukan yg professional, gua punye comment untuk kejayaan Man Utd, kalah dan menang sememangnye adat perlawanan liga, dari sebelum Man Utd belajar tendang-menendang lagi. Ding ding ding. ^^

BUT ON THE BRIGHT SIDE, pemain2 Liverpool sume2 hensem2, jambu2 pulak tu. Bukannye hodoh lagi berlagak macho. Macam pemain2 Man Utd di bawah ni:

Wayne Rooney. Shaving bulu dada kah? No. 1 BODOH.


.....ataupun gaya bodoh Bekas pemain Man Utd, CR7?


"BERLAINAN PULA DENGAN.........."

Daniel Agger, pemain tampan Liverpool.


.....dan juga bekas pemain Liverpool ni, Fernando Torres. :))


Okaylah geng, setakat ini saja gurauan senda terhadap gerombolan2 Man Utd di segala pelosok dunia, ikhlas drpd gua, penyokong hebat Liverpool. :))

Jumpe lagi di lain post!

p/s: .....and you'll never walk alone. ^^

Gua kembali. Selamat Hari Guru.

Okay geng, ini post sikit2 saja. Gua ingin menyatakan rasa lapar dan mengantuk, eheh takdela, hm rase teruja, dan 'kepingin' (betulkah?) untuk kembali meng-update blog capok gua neh. Hahah.

Gua pun pelik apesal la 3, 4 hari lepas, blogger.com langsung x boleh access, sebagai pengguna blog yg belum pun sampai setahun, gua kali pertama menghadapi 'kesulitan' sebegini. Heee. Takpelah geng, sekali-sekala x dapat update blog, ape salahnye, x mati pun gua ni haa. Hahaha.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, hari ni Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada cikgu2 gua di zaman persekolahan gua dulu2, dan juga kawan2 gua yg menjadi perintis kepada guru2 mereka sebelum ni. Haha, apelah perasaannya turut bergelar seorg cikgu ek?

Gua pun teringin jugak nak jadi cikgu, tapi cikgu PJ jelah yg gua minat, bagi bola, lepaskan budak2 main. Kalau ade exam, gua bagi sume A. Hahaha terbaik x? Hm kalau subject lain, mungkin gua akan mengajar sambil tido kot. Takutla terbagi ajaran sesat kat budak2. Taknak ah gua.

"HEHEH. BERANGAN!" :P

Kepada semua guru di luar sana, jikalau ingin menjadi seorg guru, jadilah guru yg sentiasa ikhlas mendidik dan berdedikasi dalam memberi bimbingan dan dorongan kepada murid2, seperti ini:

Seorg guru yg mencintai pekerjaannya. ^^


Hm hm, jgn plak jadi cikgu yg bile masuk je ke kelas terus buat muka macam nak telan org. Okaylah kalo nak suruh budak2 respect, tapi boleh ke budak2 respect cikgu2 ni kalau dorg sume jadi yg macam yg kat bawah ni?

"TAK BOLEH KAN?"

Perghh garang siot cikgu!


Okay geng gua gerak dulu, nak beralih ke next post! Jom2!

p/s: Selamat hari guru buat semua guru2. :)

Sehari tanpa handphone.

Helo geng, masuk hari ni dah kali yg ke berapa ntah gua buat hal tertinggal handphone dan pergi ke tempat kerja dgn selambanya tanpa sedikit pun rasa bersalah nak patah balik. Hahaha. Gua mmg pemalas, gua tau tu geng, x payah cakap. Huhuhu.

Hm hm pagi tadi geng, sebaik saja gua turun apartment gua, gua masuk, gua duduk dlm kereta, belek2 poket seluar, barulah gua perasan, kedua2 poket kiri dan kanan seluar gua semacam kosong dan ringan pelik je. Rupa2nya.gua terlupa bawak handphone lah. Aduh spoil betul. Huh.

Hish nak naik atas balik jadi satu keje lain pulak. Dahla semata2 nak amik handphone2 gua yg tgh duk syok je bersarang kat atas rak. Selamba gua decide kejap2 tu jgak, gua jalan je terus x payah nak naik balik amik handphone. Handphone kwn2 kan ade, boleh pinjam, tapi kalau x malu lah. Hahaha.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, setelah lebih 9 jam gua berada di tempat kerja tadi, akhirnya tiba waktu pulang. Berjaya jugak gua menahan sehari bekerja tanpa handphone. Gua jgak sedar yg x matinye pun gua ni kalau xde handphone kat tempat kerja. Boleh je hidup haa. :P

Haha kot la nak message sape2 ke kan kalau bosan xde keje. Tapi x pun, gua buat2 bz mcm biasa, sedar2 dah lunch break. Gua layan balik gua punye 'bz' lepas lunch, then sedar2 dah boleh balik dah. Eheh, cepat sungguh mase berlalu. Tak seperti hari pertama gua bekerja dulu di mana sehari nak abis keje pun bagaikan terlalu-lah lamenye. Hahahah.

Okaylah geng, mungkin itu saja yg dapat gua update pada malam ni. Gua lemau pulak geng dah malam2 macamni. Menaip pun xbrape nak betul. Gerak dulu geng. Jumpe lagi di lain post! :DDD

p/s: Kalau rasa xnak tertinggal handphone kat rumah, Gantung je handphone tu kat leher. Senang. Tak payah susah2. Hahah.

.....TAK PUN.....


Buat macamni, tinggal je terus handphone kat office!

Wednesday, May 11, 2011

Ape yg diharapkan, tak seperti yg diharapkan.

Geng, petang tadi gua pulang dari tempat kerja dan terus pergi meninjau2 rumah sewa baru. Hajat di hati ingin bertukar selera drpd duduk hinggap kat apartment skang ni ke rumah yg lebih teguh berdiri di atas tanah. Heh. Tapi tulah die, bila rumah tu terlalu murah, xleh la nak expect lebih sgt sbb kita sndiri pun tahu mcmane. 

Tapi bile rumah tu biasa2 je, x best mane pun, pastu dpt tau harga rumah yg terlebih2 mahal dan mmg x sepadan lgsg dgn rumah tu sndiri, mmg kecik ati beb. Hahah. Maka dgn itu smpai ske kang lah gua dan budak2 rumah gua belum mendapat persetujuan bersama tentang rumah mana yg harus diduduki. Hish.

Sementara itu, ape ke halnye pule dgn jalan2 raya, tmpat2 parking, bawah blok apartment, basement dan bla bla bla skang semakin penuh dgn basikal2 'fixie' ni? Basikal 'fixie' kalau x silap gua dulu dah ade kejap, tp dlm bentuk 'body' yg agak lain la sikit, xdela bentuk mcm basikal 'racing'. Hm mungkin jgak sebab budak2 lebih minat BMX, sebab ade X-Games.

Tapi skang tibe2 dah jadi mcm trend budak2 yg x abis skolah lg. Semak pun ade kadang2 bile nmpak basikal ni terhoyong-hayang berkayuh di atas jalan mase gua pergi dan balik keje. Huhu yelah dekat rumah gua duduk skang ni je dah ade 4 buah sekolah. Mane x semak!

Haa gua ade mendengar khabar angin yg mengatakan basikal ni dipopularkan oleh Justin Bieber, x pasti la dalam salah satu drpd video clip die ke ape ke. Tapi x kisahla, sebab die Justin Bieber beb, semua budak mau tiru! Heh!

Putih + pink? Dalam hati kate basikal 'awek' kot ni. :P


Pink + kaler2 lain? Mungkin budak ni minat kaler lembut2 kot.


INI basikal jadah ape? Mencapap habis! Langgar je kalau jumpe!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, teringat gua ketika zaman gua bermain basikal BMX dulu. Puas mintak kat mak ayah gua, gua nak basikal BMX, tapi masuk sekolah menengah baru la gua dapat basikal BMX. Samela dgn moto. Puas mintak moto, last2 beli sendiri dgn duit elaun praktikal gua, dgn sedikit bantuan mak ayah gua lah. Hahah.

Tentang basikal BMX gua, xdela lame mane pun gua main. Lepas basikal gua hilang kene rembat, gua terus x main basikal dah. Berjalan kaki jelah gua ke sekolah, nasib baik lepas tu dapat masuk hostel. Kalau tak, sampai abis sekolah la gua jalan kaki pergi dan balik. Padan muka.

Hm hm gua pun pelik macamane org buleh curi gak basikal gua. Pagar rumah dah abis tinggi dah. Lahanat punye tukang rembat, tinggal la kat gua accessories tu sikit utk gua buat kenangan ke ape. Ni main sapu bersih. Damn you.

Tulah, lain kali kalau sayang xnak org rembat, letak je dalam rumah buat hiasan, xpayah pakai. Hahaha. Nice. :DDD

Okay cukup pasal basikal, gua dah letih nak update banyak2 dalam entry blog gua utk malam ni. Mau ke tilam lah pulak gua ni haa. Lemau abis dah. Hahaha gerak dulu geng! Jumpe lagi di lain post!

p/s: Lari topik dari tajuk? Selambe je layan. Heheh. :P

Tuesday, May 10, 2011

Red Army vs Sonic Blue

Helo geng, sedikit update pasal bola lagi, hari ni team gua Red Army turun menentang juara tahun lepas, Sonic Blue dgn penuh keazaman untuk meneruskan momentum kemenangan. Sonic Blue yg kononnya juara tahun lepas masih lagi gagal meraih sebarang mata drpd 2 perlawanan liga sebelum ini.

Red Army yg ketinggalan 1-0 pada mulanya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hanya beberapa minit sebelum wisel penamat separuh masa pertama. Seperti biasa, team gua Red Army mengekalkan strategi permainan 'open-game' dan dilihat berjaya memanfaatkan kelemahan sayap kanan dan kiri pasukan Sonic Blue.

Turun sebagai super-sub di awal separuh masa kedua, gua yg baru pulih drpd kecederaan lutut kanan bermain sebagai left winger. Padang yg kering dan tanah yg keras menyukarkan gua pada awalnya. Beberapa minit kemudian barulah gua dapat menyesuaikan diri dgn padang sekali gus berjaya membuat comeback drpd kecederaan.

Persoalan yg timbul dalam diri gua sebelum ni adalah; adakah perlawanan menentang juara tahun lepas ni merupakan comeback game terhadap diri gua, ataupun sekadar kemunculan cameo? Haha gua sendiri pun x terjawab. Dengan kemenangan 2-1 yg berpihak kepada team gua dgn gol kedua yg terkena bon*t*t gua hasil sepakan penjuru, gua terus lupe kesakitan yg membebani gua selama 3 minggu ni. HAHAHA!

BUT ON THE BRIGHT SIDE, dah namanya pasukan gua berbaju merah, tak 'merah' la kalau x menang macam Liverpool kan? Hahaha. Liverpool yg bermain menentang Fulham awal pagi tadi turut mencatatkan kemenangan, 2-5 di Craven Cottage, Fulham.

Maxi Rodriguez vs John Paintsil.


Maxi Rodriguez, hat-trick hero Liverpool. :))


Skarang siapa perlukan Fernando Torres? Heheh. :P


HAHAHA geng ini die scoresheet utk awal pagi tadi. Memang gempak habis geng, sayur gile Fulham kena belasah. Kalau mcmni dah tentu2nye Europa League spot dalam jangkauan Liverpool. YNWA! :P

Scoresheet:
0-1 Maxi 1′
0-2 Maxi 7
0-3 Kuyt 16
1-3 Dembele 57
1-4 Maxi 70
1-5 Suarez 75
2-5 Sidwell 86

Gempak kan? Hahaha. And the REDS go marching on? NOOO. You'll never walk alone. Baru betul, gile ape Man Utd, serabut ayam je. Booooo. Hm hm okaylah geng itu saja update drpd gua sebagai pengulas sukan untuk game2 Liverpool. Hahah. Semoga berjumpa lagi di lain post! :DDD

p/s: Malamni game antara Man City vs Tottenham Hotspur plak. Perebutan tempat ke-4 dan ke-5! Haha tapi xnak layan lah. Gua lemau, mau tido! ........zzzzzZZZZ