Thursday, March 31, 2011

Di hujung bulan Mac.

Helo geng. Bersama gua sepetang di hujung bulan Mac. Rase macam nak review balik ape je yg gua dah buat sepanjang bulan Mac ni. Tapi gua cume ingat bulan Mac ade hari lahir adik gua, dan jgak hari lahir favourite cousin gua, dan paling latest, hari ni, gua print dan melipat2 kertas plan yg paling besar dalam sejarah hidup gua buat drawing nih. Gua punye tu pun kire x cukup besar, kwn2 gua punye drawing siap sampai bermeter2 lagi. Macam karpet plak gua tgk. Lagi besar ke ape. Entah. Hahahah! :D

Hm hm hari ni last keje. Gua dapat cuti untuk hari jumaat dan isnin. Sume kakitangan x mengira pangkat dan harta dapat cuti. Compulsory annual leave geng! Japgi kalau x cuti kang susah pulak gua datang kilang sorg2. Dahtu sume cuti kan. Hahahah.

Seronot-nye cuti 4 hari! Yuuuhoooo!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua nak luangkan masa lebih sikit dgn family gua cuti 4 hari ni, drpd gua membazir hari2 cuti gua dgn tido je. Rugi syial jadi manusia asik tido jek. Baik jadi beruang. Huhuhu. Di samping tu, ade la plan2 lain yg bakal menyusul, on the way gua nak balik ni pun ade plan yg menunggu!

Okaylah geng, tu je gua nak update. Japgi lepas maghrib gua bergerak tggalkan rumah ni untuk 4 hari. Semoga selamatla semuanya. Insya-Allah. Jumpe lagi di lain post!

p/s: Selamat bercuti kepada rakan2 seperjuangan gua, dan kpada yg tgh exam tu, best of luck! XD

Wednesday, March 30, 2011

Chelsea nak beli Neymar?

Hohoho. Kaya sungguh Chelsea nak beli bintang muda dari Brazil, Neymar sampai sanggup membuat tawaran sehingga 30juta pound kepada kelab Neymar di Brazil, Santos. Neymar yg berusia 19 tahun ni mampu beraksi di kedua2 belah bahagian sayap, serta penyerang. :)

Neymar ni jugak sedang mengekalkan rekod 3 gol dalam 3 perlawanan antarabangsa beliau. Aritu mase international friendly Scotland vs Brazil, 0-2, budak Neymar ni sumbat dua2 gol Brazil. Hebat2 memang hebat, kalau Liverpool dapat memang sweet. Tapi xleh lari drpd kontroversi, baru2 ni pasal racism. Beliau dibaling dgn pisang oleh penyokong2 Scotland. Hahaha. :D

Nak tgk aksi2 budak Neymar ni? Jom ushar video kat bawah. Samba beb, samba. Agak cool lah. Gua minat giler gaya sambaEnjoy! Hahah.



Neymar, Santos.


Neymar, gaya macam kerek. Tapi star.


Anyway, tak cukup2 lagi ke penyerang tu wahai Chelsea? Anelka, Drogba, Torres? Aritu kan dah sentap Torres drpd Liverpool. Tapi takpe, BUT ON THE BRIGHT SIDE, penjualan Fernando Torres ke Chelsea adalah seperti menyelesaikan masalah serangan Liverpool sementara menambahkan lagi masalah serangan di pihak Chelsea. Hahaha.

Baru2 ni seperti kata kapten Liverpool, Steven Gerrard, beliau lebih prefer adenye Andy Carroll dan Luis Suarez di Liverpool berbanding Fernando Torres. Hahah. Gua jugak berpendapat begitu, jual satu dapat dua. Memang best lah geng. Hahaha.

Okay gua nak gerak dulu, japgi ade game futsal lak ngan budak2 kilang vendor. Buat penyokong2 Chelsea, gua xdela x suke langsung team lue, saje nak highlight sikit pasal Neymar. Hehehe. Jumpe lagi di lain post okeh! :DD

p/s: Esok last keje oih, pastu cuti 4 hari! Malam ni futsal! HAHAHAHAHAHAHA!

Tuesday, March 29, 2011

BigMac + BigMac = MegaMac = Burpppp..erkkkk!

Helo geng. Gua ade buat research sikit pasal BigMac dan gua nak share kat sini berapa kandungan calories dalam BigMac ni dan macamane nak buat burger yg cukup, cukup penuh dgn kenikmatan ni. BigMac nih geng merupakan menu kegemaran gua dan yg paling kerap gua bantai setiap kali gua berkunjung ke McD. Heheh. :P

BigMac ni dah cukup popular selama beberapa dekad. Disediakan dgn dua beef patties, sos special, salad, keju, pickles, bawang dan dua roti bijan. Xnak bijan? Mane boleh. Hahaha.

Jadi geng kat bawah ni ade gua bubuh info sikit2 pasal kandungan nutrition dalam BigMac per serving. Check it out!

BigMac calories per serving.


Banyak tu geng calories yg biase gua sentap. Hahahah. Bile nak insaf ni woi. Nasib baik laa gua x gemuk2. Kalau x, susah hati jugak stiap kali pergi ke McD. Hehehe. Xkan gua nak makan bubur je kot? Hahaha! :D

Okay geng, jom kite ushar jap macamane BigMac ni dibuat!


Ingredients

Sandwich:
  • 1 regular sized sesame seed bun
  • 1 regular sized plain bun
  • 2 beef patties (2 ounces each flattened to bun size)
  • 2 tablespoons Big Mac sauce (recipe follows)
  • 2 teaspoons reconstituted onions
  • 1 slice real American cheese
  • 2 hamburger pickle slices
  • 1/4 cup shredded lettuce

Sauce:
  • 1/4 cup mayonnaise
  • 2 tablespoons french salad dressing
  • 1/2 tablespoon sweet relish
  • 2 teaspooons dill pickle relish
  • 1 teaspoon sugar
  • 1 tablespoon very finely chopped onions
  • 1 teaspoon white vinegar
  • 1 teaspoon ketchup
  • 1/8 teaspoon salt

Steps
  • Campurkan kesemua bahan2 untuk sos bersama, pastikan tiada 'streaks', dan simpan dalam fridge selama sejam sebelum digunakan.
  • Buangkan bahagian atas regular sized plain bun. Bahagian bawah sahaja diperlukan.
  • Bakarkan 3 baki roti yg tinggal.
  • Masakkan beef patties.
  • Ambil bahagian bawah regular bun dan bahagian bawah sesame bun dan letakkan 1 sudu besar sos di kedua2 roti.
  • Letakkan 1/8 cawan salad ke atas setiap bun yg telah diletakkan sos. Letakkan juga keju di atas salad pada sesame bun yg paling bawah, dan letakkan pickles di atas salad pada regular bun.
  • Letakkan kedua2 daging burger secara berasingan pada setiap bahagian.
  • Angkat bahagian tengah burger dan letakkannya di atas bahagian burger paling bawah. Kemudian letakkan bahagian atas sesame bun.

Tips

Double-kan daging burger dalam setiap lapisan burger untuk menghasilkan MegaMac.


BUT ON THE BRIGH SIDE, hasilnya yg gua dapat petang tadi, err note that petang tadi gua dan kawan2 pergi ke McD bagi memenuhi hajat di hati nak makan burger dgn penuh kenikmatan sambil hati girang2 dan enjoy bersama kawan2 selepas waktu kerja.

Okay2, hasilnya yg gua dapat petang tadi..........

MegaMac! Burpppp..erkkkk!


p/s: Perut kenyang, hati girang, badan pun ingin bermalas-malasan. Jumpe lagi di lain post! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! XD

Monday, March 28, 2011

Female best friend.

Helo geng, semalam gua ade post pasal can you marry your best friend. Hari ni gua nak memperkenalkan female best friend gua kpada geng2 bloggers sekalian. Hahah. :D

Gua dan die kenal sejak tahun 1995, mase kitorg nak amik hadiah utk best student peperiksaan akhir tahun bagi kelas masing2. Kelas gua dgn die sebelah2 jer, so mase rehearsal nak amik hadiah, gua yg dah tentu2nye duk sebelah die tadi tu memulakan sebuah perkenalan. Eh ke die yg mulakan entah. Hahah mane2 jela.

Tahun2 berikutnye, 1996 dan 1997, gua dan die satu kelas. Pada mulanya gua dan die mcm rival, berlumba2 nak dpt no.1 dlm kelas. Die ni jugak salu cari pasal dgn gua. Mase darjah 3 kitorg deskmates, duduk sebelah2. Entah ape ntah dlm kepala ckgu kitorg. Ade ke suruh gua duduk sebelah die ni? Hm hm die ni dulu kalau x silap gua pengawas. Eh bukan darjah 2-3, tapi mase die darjah 6 kot. Eleh kalau pengawas pun, gua ketua kelas, dalam kelas gua yg superior, ape ade hal? Hahah. Tapi lame2 okay jugak dgn minah ni. :DD

Dulu zaman kitorg ade exam Penilaian Tahap Satu (PTS) yg membolehkan budak lompat kelas terus ke darjah 5. Kitorg batch kedua utk exam ni. Kebetulan, gua dan die jadi yg first dpt lompat kelas. Hahah. Okay ade sorg lg budak laki lompat kelas skali ngan kitorg. :) So tahun 1998, kitorg jd bdak darjah 5 la pulak. Darjah 6, UPSR 1999 kitorg lain2 kelas, tapi still gua dan die compete each other!

Hm hm apesal mcm panjang sgt citer gua ni. Pasal skolah rendah pun x abis2 lagi. Gua nak jump teruslah. Okay masuk skolah menengah kitorg lost contact kejap. Tahun 2000, gua kat SMART, dan die kat SABS kejap. Pastu die pindah ke Kelantan. Mase gua msuk MRSM Jeli baru gua dpt tau die ni ade kat Kelantan, MRSM PC. Die yg contact gua dulu. Kebetulan lepas tu, xsilap gua tahun 2004, budak2 MRSM gua dtg ke MRSM die ade program ape l*ncau ntah gua x ingt. Maka berjumpa lah balik setelah hampir 5 tahun. Heee.

Lepas SPM 2004, tahun 2005, gua dan die bertemu lagi, dalam Kolej Matrikulasi yg same, Changlun, Kedah. Hehehe. Tapi die jap je kat situ sebelum die keluar utk meneruskan progrem 'IB' dkat Kolej Mara errr kat mane ntah gua lupa, Banting kot. Okay lepastu die fly, amik dentistry kat University of Liverpool, United Kingdom.

Die gi overseas, gua jugak yg masih di sini. BUT ON THE BRIGHT SIDE, Gua dah abis blaja dah, die x jugak abis2 lagi. Yay gua menang! Hahahah. Okay2, memperkenalkan, best friend gua, dunia akhirat, Nur Hikmah Md Khalid.

Nur Hikmah Md Khalid, 23 tahun, dentist-to-be.


Buat bakal teman wanita gua, jgnlah sampai nak jeles pulak dgn minah kat atas ni. Bukan ade ape pun. Die mane nak pandang engineer tempatan mcm gua nih. Hahaha xdela. Dah ade relationship dah pun minah ni, dgn doctor-to-be dari Melbourne. Jgn marah atau tackle gua plak bro gua post psl awek lue nih.

Oh yer, minah nie agak kejam kerana die telah menetapkan tempoh selama 3 tahun setengah bermula drpd tahun lepas untuk gua cari steady partner for living. Yelah gua cukup banyak on and off dgn perempuan sebelum ni. Skang tempoh tu dah tinggal 2 tahun setengah untuk gua cari pasangan sebelum die ni yg kawin dulu. Fuh mane bleh die ni kawin dulu, lonely x sudah2 la gua nanti. Aaaaaaaaaaaaaa kejam kau Hikmah!

Okay2 geng gua nak gerak dulu, terlebih2 citer plak kat blog nih. Kalau nak citer pasal minah ni satu blog pun x cukup. Sumpah banyak. Hahahaha! XD

Semoga berjumpa lagi di lain post geng. Wassalam. :))

p/s: Gua banyak dpt barang2 drpd Liverpool dgn jasa baik minah ni. Thank you thank you thank you!

Sunday, March 27, 2011

Can you marry your best friend?

Helo geng. Ini malam gua ade isu untuk gua share kat sini. Can you marry your best friend? Nak tgk beberapa pendapat yg cambest? Hahah jom, check em out!

#1

"Lovingly speaking your best friend is a good person to marry. You know each other well and you know how to handle each other so you are already a great match. You can marry them if that is what you want. You would always have that friendship with them, you could sort out your arguements and you would have the knew experience of getting to know them sexually. That way you will know that person completely."

#2

"I know #1 probably disagrees with me here, but I don’t think your spouse or life-partner should be your best friend.  If they are, I feel like maybe you’re not getting out enough (and I say this as one of nature’s most introverted people, ever).  The cultural myth that you must marry your best friend both devalues friendships with anyone else, and also puts way too much pressure on your romantic relationship. People who believe in perfect soulmates tend to get divorced more often than those of us who know that real relationships take work."

Best friends = Marry each other?


Hahah. Kedua2 pendapat di atas sgt3 berlainan. Sorg jwb 'yes', sorg jwb 'no' tentang boleh ke x best friends kahwin antara satu sama lain. Nak kahwin mmg bleh jer kan. Tapi persoalannye, bleh bertahan ke x satu perkahwinan tu. Gua bukan nak mengundang segala macam peperangan pendapat dekat sini. Kalau ade yg nak berperang sekali pun mesti la gua xkan kasi lue org menang sbb ini blog gua lah syial. Ade ke patut. :P

Hahah xdela, gurau jer pun. :P Sume org bebas je menyuarakan pendapat masing2 kat sini. Gua sgt2 open to all conclusions. :) Mane tau ade betulnye jugak kan? Hahah. Okay geng, jom dgr ape pendapat gua. Woosh!

Ramai yg fikir apabila kita kahwin dgn best friend, peluang untuk perkahwinan tu jd successful adalah tinggi, terutama bila memikirkan kwn rapat ibarat permata, kekal selamanya. Sementara ini nmpak mcm true, perkahwinan adalah satu benda lain yg sgt berbeza dgn persahabatan. Jadi geng, sebelum kita assume yg kita beruntung dpt kahwin dgn best friend masing2, gua cadangkan geng sume check out masalah2 yg mungkin akan muncul selepas berkahwin.

Wrong feelings. Nampak macam menarik bile kita dpt the best of both worlds, persahabatan dan percintaan. Tapi, geng sume mungkin akan confused dgn perasaan masing2. Loving each other boleh jadi sgt2 lain drpd being in love with each other. Kita sume kene discuss psl ni seriously untuk make sure kita akan dpt predict ape yg bakal berlaku. Kalau gagal, kita akan kehilangan kawan baik, sgt menyakitkan. Pedih geng.

Shorter period of adjustment. Mengenali antara satu sama lain dgn mendalam boleh menjamin sesuatu perkahwinan yg berjaya, tapi boleh jadi jugak sebaliknya. Take note bahawa geng sume bakal tggal di bawah satu bumbung, dan pastinya masih ada jgak detail yg kita masih belum tahu ketika kita masih bergelar kawan. Part plg x bestnye apabila mereka akan jadi yg betul2 opposite drpd ape yg kita dah sedia kenal tentang mereka.

Overconfident. Oleh sebab kita mempunyai shorter period of adjustment, dah semestinya la kita  akan jadi terlampau yakin dgn perasaan kita, betul x? :)

Lack of romance. Best friends selalunya nak berbual antara satu sama lain, dan berkongsi pendapat. Romance pulak x slalunya muncul, dan ini mungkin akan mengurangkan perasaan antara satu sama lain. Romance adds life untuk perkahwinan yg successful, tapi macam pelik la pulak nak jadi romantic dgn best friend kita, kan?

No one to run to. Geng, xde tempat nak lari! Bila bergaduh dgn pasangan masing2, dah tentu2nye best friend yg akan kita cari, tempat untuk mengadu. Tapi bila best friend dah menjadi pasangan hidup, bergaduh berselisih faham pulak tu, mane nak lari geng? Siapa kita nak cari?

Best friends no more. Okay yg ni yg paling sedih, bila dah berkahwin, commitment mestilah pada rumahtangga yg kita dah bina, betul x? Even before geng sume perasan, friendship yg lepas dah jadi macam satu memori. Jangan biarkan benda ni terjadi, at the first place, sebab friendship lah yg membawakan kita kepada deeper relationship.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, ini sume hanya pendapat gua lah geng. So antara opinion #1 dan #2, mengenai can we marry our best friends, gua dah tentunya2 akan vote #2, HELL NO! Manelah tau ade betulnye jgak pada opinion #1. Hehe okaylah geng gua mau gerak dulu. Semoga jumpa lagi di lain post. :))

p/s: Gua sendiri ada female best friend, Tapi die dgn somebody else. Hahaha. :)

Saturday, March 26, 2011

Gua keturunan tukang masak?

Hahah. Geng, ini ade ceritera drpd ayah gua. Baru hari ni gua tau, gua dan adik-beradik  gua berasal drpd keturunan tukang masak diraja. Hahahah. Patutla ayah gua, tok gua sume sgt otai dalam bidang memasak. Rupe2nye, moyang gua dulu, yg kalau x silap namenye Mat Dahad, merupakan seorg tukang masak dalam istana suatu ketika dulu.

Ayah gua citer, die penah nengok tok die, merangkap arwah moyang gua, memasak dgn penuh otainye. Kalau lue org nak tau, moyang gua dulu memasak hanya menggunakan 2-3 jari jer, jari manis dan jari kelingking tgn kanan die kalau x silap gua lumpuh kesan kene tembak. Memang betul punye otai memasak. Hahah.

Apsal die kene tembak? Haa die dulu seorg polis bantuan yg pergi ambush setiap komunis yg ade kat kawasan die. Padah menimpa apabila die ditembak di beberapa bahagian badan termasuk paha dan tangan. Fuhh nasib baik gua x hidup lg masa tu. Kalau x, naye je sape yg tembak tu gua tuntut bela mcm Hang Jebat!

Ini cerita gua rase adik-beradik gua pun xtau agaknya. Ayah gua baru terbukak citer pasal tok die dulu2. Entah mcmana ntah bleh terungkit kisah ni. Huhuhu. :P

Gua bile plak nak jadi otai memasak?


Tapi yg gua pelik, gua dan adik-beradik gua xder pulak bakat memasak seperti yg digambarkan oleh ayah gua mengenai keturunan kitorg. Fuh. Gua hanya tau memasak bende yg simple, se-simple banana split. Owh kalau pasal western food gile kacang je. Ape ade hal. Hahahah. :DD

BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua pun duduk kat rumah bujang skang, nanti ade la tu shot gua untuk menajamkan skill memasak gua. Peralatan dah ade cukup sume, masa je yg tak berapa nak ade. Hehehe. :)

Okay geng, tu je citer gua nak share malamni. Harap2 sume dah dinner lah kan. Gua mau gerak dulu, mau tgk Wales vs England kat tv daaa.

p/s: Sayonara apertura!

Friday, March 25, 2011

Kenapa England takut Gareth Bale?

Geng, minggu ni agak bosan disebabkan international friendlies. Tapi saga yg berlarutan pasal Wales vs England untuk kelayakan Euro 2012 ni jer yg gua rase cambest sikit. Bukan ape geng, gua nampak England mcm takut je dgn Gareth Bale, pemain sayap Wales yg turut beraksi untuk Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris. Hahah.

Bukti2 yg menunjukkan England seperti takut dgn Gareth Bale adalah seperti komen drpd Glen Johnson, rightback pasukan England. Johnson mengatakan,
"He has been playing really well this season and tearing teams apart. Hopefully he won't be doing that. He is obviously a good player, but we will be preparing right and concentrating on ourselves." - Glen Johnson

Sorg lagi pemain England, Peter Crouch, turut memberikan komen yg berbunyi,

"Gareth is top class and he can really hurt you. He travels with the ball so well, he has got fantastic technical ability. His pace and energy just scares teams to death. It is a shame at times he is not English. He is a player we will have to watch out for. He has done it at the top level before and I’m sure he’ll have no problems doing it again. But we will be able to cope with him, I’m sure, and have an emphasis on our attacking play." - Peter Crouch

Gareth Bale, Wales


BUT ON THE BRIGHT SIDE, team England ni agak boosted dgn berita bahawa Gareth Bale yg baru saja pulih drpd kecederaan belakang x dpt turun beraksi disebabkan mengalami kecederaan yg lain pulak. Hahah nasib baik lue org. Kalau x kesian la gua tgk Glen Johnson x terdaya nak control si Bale nih. :D

Okay geng tu je gua nak share, gua dah lambat ni. Ade tempat hendak dituju. Hahaha. Semoga berjumpa lagi di lain post!

p/s: Gua bukan peminat team bola England pun, tu yg suke je gua tgk England semacam cuak dgn player hebat drpd team lain. Heee. :P

Thursday, March 24, 2011

Fatin Liyana's dream guy.

Helo geng, gua rase lue org sume mesti kenal dgn Fatin Liyana kan? Alaa, blogger-girl yg femes tu. Sape x kenal. Dahla cun, putih macam dinding, bakal doktor pulak tuh. Sume lelaki mcm gua teridam2 nak bertemankan Fatin Liyana dlm hdup dorg. Hahah dalam mimpi lue lah bro. Tak dapatnye, tak payah la nak berangan. Hahaha. :DD

Dalam post cik Fatin ni hari ni, die ade mengulas pasal ciri2 dream guy die. Fuh2 berdebar2 dan gelabah lebih pulak tetibe. Takpe2 jom kite check em out yeah!

#1 Lelaki dengan suit.
#2 Lelaki yg pergi berjogging.
#3 Lelaki yg membeli barang2 dapur.
#4 Lelaki yg mencuci muka.
#5 Lelaki yg boleh pegang anak sendiri.
#6 Lelaki yg boleh jadi imam.

Hahah, drpd keenam2 ciri nih, gua rase gua lulus 4 atau 5 jek. Hehehe. Ciri yg pertama tu sgt2 bukan gua. Gua mmg x suke berpakaian formal. Gua hanya gemar berpakaian simple plain t-shirt dgn seasoned jeans, macam vocalist kumpulan Nickelback sewaktu ketika beliau berambut seperti singa dulu.

Ciri yg ke-2, ke-3, n ke-4 tu agak menunjukkan diri gua sikit2 yg mementingkan fitness selain mempunyai ciri2 particular dan cerewet mcm perempuan nak beli barang dapur. Hahahah. Muka gua pulak mmg gua cuci. Takde jerawat pun baq ang!

Haa ciri ke-5 plak agak menarik, sejak kebelakangan ni gua selalu terasa mcm nak pegang anak sendiri. Kwn2 gua kate gua mmg dah kene kawin ni kalau dah fikir mcmni. Okay gua bersetuju. Tapi bukan gua x nak kawin geng, calon je yg xde. Heeee. :P

Ciri ke-6 gua x berapa nak ulas sgt sebab nnti geng2 gua bahan gua plak kate gua perasan terlebih. Mampus gua kalau dorg bace bende yg gua tulis ni. Hahahaha. Okay2 kite skip je. :)





Fatin Liyana,oh Fatin Liyana. :))


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua citer2 pasal Fatin Liyana ni bukannye gua nak kat die pun. Gua kagum dgn kecantikan die, x gua nafikan. Cayaq gua tgk owh. Tapi gua sebenarnye mencari seorg guru bahasa Inggeris sebagai calon isteri. :)

Buat cik Fatin, gua harap cik Fatin jumpe lelaki idaman cik Fatin tu. Gua ni x layak pun. Sorila sekali sekala berangan. Huhuhu.

Okay geng gua nak gerak dulu. Ade game futsal japgi. Dan kepada geng2 kat luar sana yg ade ciri2 idaman Fatin Liyana seperti di atas, sile2 lah masuk line cik Fatin Liyana ni. Gua support lue org sume dari belakang. After all budak Fatin ni sekampung dgn gua. Seremban 2 beb! HAHAHA :D

p/s: Cikgu BI, cikgu BI. Manelah cikgu BI gua. Hahaha.

Wednesday, March 23, 2011

MotoGP 2!

Geng, tetibe gua rase mcm nak main balik MotoGP 2, game yg dah cukup2 boleh dikategorikan sebagai oldies nih. Alahai tido lambat laa gua nmpak gayanya malam ni. Baru je lepas install ni haa. Esok kompem gua tersengguk2 depan workstation punye. Yay, terbaek lah geng!

Game nih memang best baq ang! Layan gile main superbike atas circuit yg x macam nak susah plak kan. Tibe2 teringat zaman2 gua minat moto2 besar ni dulu. Skang dah kurang dah. Tak bape dah, (Ayat org dah ade kete). Hahaha. :DD

Game nih mempunyai 16 litar rasmi, satu litar training, termasuk litar Suzuka, Jerez dan Sepang. Game ni jgak ade 22 official racers MotoGP berdasarkan season MotoGP tahun 2002.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua xnak citer banyak sbb dah x sabar nak start main. Lue org bleh tgk sndiri gmbar2 preview game MotoGP 2 ni kat bawah. Hehehe. Enjoy!


Carlos Checa melayan lap.


Fuh, siap dgn accident effects!


V Rossi. Eh, macam kenal litar ni. Sepang bro! Hehehe.


Haha ini gaya willie. Jgn buat selalu, nanti jatuh. :P


Berlumba ramai2. Siap bleh multiplayer tu geng. Jom main!


Okay tu jer kot yg gua nak share kat sini. Nak dapat feel lebih mendalam lagi, sila lah download dan install kat pc masing2 okeh? Game ni jgak agak sesuai utk pc2 yg x bape nak ckup spec tuh. Gua x tipu lue geng. Ringan je game ni, xder hal lah stakat nak install n main x berenti2. Heheh. :P

Gua nak gerak dulu, nak sambung main MotoGP 2. Hahah. Lame x main, excited terlebih! Vroom vroom, vroooooooooooooom!

p/s: Gua atas moto nih geng, jumpe lagi di lain post! :DDD

Tuesday, March 22, 2011

Breakfast, saat paling gua tunggu dalam sehari.

Helo geng, lue org nak tau x dalam byk2 moment gua dalam sehari, yg paling gua suke adalah waktu breakfast! Hahah. Time2 mcmni lah gua terasa sungguh tenang, dgn nikmat mengisi perut yg lapar di waktu pagi. Perghh. Ade lagi, ditambah pule dgn pemandangan kafe headquarters yg penuh dgn awek2 drpd bhgian management. Fuh. Kembang bijik mata gua syial. Berdarah hidung. Hahah. :D

Nak dijadikan cite, pagi tadi, contact lens gua dua2 belah jatuh ntah mana hala ntah. Gua setel mandi dalam 6.30am camtu, tibe mase nak pkai contact lens, sekali x lekat plak kat tgn gua, jatuh la yg satu tu. Pastu gua tertolak plak bekas yg ade lens sebelah lagi. Abis dua2 jatuh. Terbaek!

Gua nekad nak cari gak, sbb petang ade friendly match kot. Rugi la gua kalau x main. Gua pun satu. Beli lens sepasang, bukan nak beli 3 pasang terus tiap2 bulan. Hahaha. Bile gua dah macam hampir2 putus asa, setelah hampir setengah jam, dekat2 pkul 7.00am, baru lah gua jumpe lens gua. Fuh.

Gua sepantas tikus menyiapkan dan menyemat2kan diri. Dah lambat kan. Ape lagi. Hahah. Turun je bawah start kete capok gua terus belah. Hujan pulak dah. Kat sini plak pantang hujan. Asal hujan mesti jammed. Xbleh jadi. Gua kene kejar breakfast jugak. Perasaan lapar membuak2!

Gua buat keputusan, pagi tadi pagi untuk mencilok2. Selamba gua buat Proton Waja gua macam Perodua Kancil, err, ade kecik lg x nak bagi? Hahaha. Xbleh tgk line panjang je kat sepanjang2 perjalanan gua ke kilang, gua potong line sane, potong line sini. X tau la berapa kati sumpah-seranah yg gua dpt pagi tadi agaknye. Sori lah geng, gua dah lambat laa. Terpaksa. Huhu.

Dah dekat 7.40am, setelah penat berhempas pulas, sampai jgak gua kat kilang. Gua dgn cepat cari petak parking, park kete gua laju2. Dengan hujan yg masih lagi tak reti2 nak berenti, gua sentap payung laju2 dan terus pecut ke kafe headquarters.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, hasil yg gua dapat pagi tadi.............

Gua dapat melantak dgn tenang lagi penuh nikmat sekodeng! :P


p/s: Org lain kat tmpat kerja x sabar2 nak menunggu waktu balik, gua ni pulak x sabar2 nak menunggu waktu breakfast keesokannye. Huahuahuahua! :DDD

Monday, March 21, 2011

Ayam, ayam. Kenapelah kau sedap?

Helo geng. Kali ni gua malas nak citer pasal kemenangan Liverpool malam tadi. Rase mcm sume org dah tau kot. Penat lah gua asik nak update result jer kan. Hahahah. :DD Okay2, gua baru lepas menyentap "Nasi Kukus Ayam Dara". Bleh kate selain drpd nasi lemak, ni lah menu gua hari2 setiap kali gua balik kerja. Fuh2.

Kenape panggil 'ayam dara'? Haaa ni gua nak citer. 'Ayam dara' sebenarnye adalah.ayam kecil yg diperap dgn adunan rempah asli. Dalam istilah peniaga ayam, ayam kecil adalah baby chicken, tapi ramai peniaga yg x tahu dan menggunakan nama anak ayam, atau spring chicken sebagai alternatif.

Ayam die plak sekali dpt mcm 2-parts gitu. dada-kepak, n peha-pinggul mcmtu. Ayam ni jgak jarang dpt yg fresh, salu nye banyak yg frozen je, sebab snang jadi hanyir. Org cina guna ayam ni nak buat sup. Haaaaaa gitu. :P

Sebelum ni gua x pernah tau pun pasal 'nasi kukus ayam dara' ni. Gua bekerja di Lembah Klang baru lah gua tau pasal menu nih. Hahah. Menu ni mmg popular kat sini. Susunan bekas die nak kukus jer pun dah tinggi melangit, maknanye laku sgt2 lah tu kan. Huhuhu. Tokey die dulu pun gua rase nak cuba2 gak jual goreng pisang, tapi skang hanya mampu utk fokus pada jualan 'nasi kukus ayam dara sahaja. :))

Inilah die, 'nasi kukus ayam dara'. :)


Gua kalau pasal makan ni gua x kisah pun bagi penerangan yg panjang berjela2. BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua sendiri yg dah terliur balik ni haaa. Adeh, nak buat mcmane. Malam esok jelah gua rembat lg sebungkus nasi kukus yg sedap lg menggoda nih. Hehehe. :P

Okay geng, tue jelah kot yg gua nak share malam ni. Gua yg dah cukup kenyang ni xpasal2 bleh jadi lapar balik nanti tgk gmbar kat atas. Gua nak pergi meng-urus-kan diri dulu. Hahah. Jumpe lagi di laen post!

p/s: Oh yer, pasal Liverpool tadi, 2-0 baq ang! YNWA! :DDD

Sunday, March 20, 2011

Dunia sudah x betul!

Haa-yoh. Ape sudah jadi ntah dgn dunia ni. Negara Y yg menimbulkan huru-hara sebelum ni sudah pun kene serang dengan negara X. Negara Z pulak x habis2 bergelut nak counter-measure masalah reaktor nuklear dorg. Fuh2. Negara gua dah la kat tgh2 ni haa. Jgn la ade tempias ke ape ke. Kat mane gua nak kawin nanti. Hahaha. :P

Haih negara X, ape pasal laa lue suke masuk campur hal negara lain ek? Kalau buleh jadi makin aman xpe, ni tak, makin huru-hara dibuatnye. Gua bersimpati dgn rakyat2 negara Y, diktator lue org yg buat semak, lue org plak yg skang duk kuar masuk hospital je kene serangan udara. Huuu.

Kalau berterusan mcmni geng, mari bersedia dgn ilmu2 pahlawan Jedi! Siap dgn lightsaber lagi! Boleh capai lightsaber dgn kuasa minda je. Pergh. Gile cool! Hahaha!

Bzzzzt-zunggggggg! (bunyi lightsaber, kot) :D


BUT ON THE BRIGHT SIDE, geng, nasib baik la negara kite ni, (hm hm nak bg label huruf ape ntah), Okay, negara M kite ni gua rase masih stabil, susah nak timbul kekecohan mcm kat seberang sane, (harap-harapnye), so selagi boleh nak elakkan perang2 ni sume, paling busuk pun, main boikot2 je. Hahahah! :DD

Okaylah geng, saje merapu malam nih, yelah esok dah Isnin geng. Kene kerja balik. Hm, mood malas gua berlegar2 dlm kepala gua nih. Hahah. Okeh gua nak gerak dulu, mau layan mood. Yay.

p/s: Ape mau buat nih geng, bantai tido jek sampai pagi? Hahah. Terbaek. :D

Saturday, March 19, 2011

Bertanya tentang cuaca.

Geng, tak mcm bongek ke bertanya tentang cuaca hari ni sedangkan cuaca hari esok yg gua nak tau. sebenarnye? Hahahah. Mungkin ade bongeknye, mungkin ade jugak logiknye. Huhuhu. :P

Hahah tadi gua tanye kwn gua sorg nih, tentang cuaca di Rawang mcmane memandangkan gua berada di Seremban skang ni. Esok mungkin gua nak balik smula ke Rawang dgn moto gua. Tapi kalau hujan sepanjang jalan mmg bertabah je lah gua nanti kan?

So gua tanye lah cuaca hujan ke tak. Die pun jwb hujan main2 je. Die ingt gua nak balik Rawang hari ni ke, ape ke, sbb tibe2 gua tanya psl cuaca di sepanjang2 jalan ke Rawang. Gua pun ckp la xde, gua tanye sbb nak tau cuaca esok je, sbb esok baru gua nak balik. Hee.

Sekali kene gelak gua dgn kwn gua yg sorg tuh. Siot je. Hahahah. Alaaa. Mane la tau cuaca  hari esok berkadar terus dgn cuaca hari ni ke. Kan, kan? :D

Hujan je ni! Rafff raff raff!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, mungkin jugak x jadi gua balik dgn moto gua. Mak gua pulak tibe2 x bagi gua balik2 jauh2 dgn moto, hujan katenye. Xpelah, gua menurut je. Tapi dalam hati kering gua nih rase mcm nak bwk moto. Mcm nak tukar selera la plak. Nak berlawan dgn Haziq yg sorg lg dlm office gua tuh, alaa yg budak baru tuh. Huhuhu. :P

Okay2 geng. Termerapu lebih pulak. Hari ni gua tertido lebih mcm beruang kutub dah, so inilah jadinye. Gua x mintak pun jadi sebegini rupe. Penat terlebih agaknye on weekdays. Hehehe. ))

Okeh geng. Semoga berjumpa lagi di lain post, esok ke, lusa ke. Jgn risau, gua sentiasa update blog gua nih hari2. Heee.

p/s: Terasa rugi jadi seorg manusia hari ni. X guna keje tido je. Trimas kwn tuh, sebab gelakkan gua je hari ni. Huhu.

Friday, March 18, 2011

Braga embarrassment!

Hm hm. Mcmane tah gua nak mulekan post nih. Segan plak gua jadinye. Seperti yg geng sume telah sedia maklum, Liverpool telah pun tersingkir dari saingan Piala Europa malam tadi setelah hanya mampu seri 0-0 di Anfield, dgn aggregate 1-0. T T

Kata goal.com, ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pemilik Liverpool FC, John W Henry, lebih drpd 35juta pound diperlukan utk mengubah nasib dan hala tuju The Reds.

"The painful reality for the Liverpool owner is that this squad needs major investment in three or four players of the quality of Luis Suarez and Andy Carroll, who cost a combined fee of £57.8m in the January transfer window."
 - goal.com

Andy Carroll memulakan match pertamanya dalam kesebelasan utama utk Liverpool sejak pulih drpd kecederaan pangkal paha gagal mempamerkan prestasi memuaskan utk merobek gawang SC Braga. Kekurangan kreativiti di bahagian tengah juga menjadi punca kepada kegagalan Liverpool memperoleh sebarang jaringan. Hmm.

Andy Carroll, vs Braga


BUT ON THE BRIGHT SIDE, tugas Liverpool skang hanyalah memberi tumpuan sepenuhnya dalam Premier League bagi memastikan peluang kelayakan saingan Eropah musim depan cerah. Harap2 Liverpool akan terus bangkit. :)

Okay geng, gua gerak dulu. Mau pulang ke kampung halaman. Bleh terima ke dorg setelah lame gua tidak pulang2. Hahaha. :DD

p/s: (Gua kene bahan teruk Liverpool kalah malam tadi!) Grrr...

Thursday, March 17, 2011

Karma.

Geng, hari ni sejak dari pagi nak gi keje tadi gua bawak kete mcm seorg bully di jalan raya. Petang nak balik rumah dri tmpat kerja pun same. Gua speeding, cilok sane cilok sini, cucuk2, hon2, menyumpah2, semua ade lah geng.

"Tepi lah! Bawak kete mcm syial!"


Tapi tadi gua balik2 gua dpt call dari rumah, ayah gua accident pagi tadi otw nak pegi keje. Hampir2 luruh jantung gua x tertahan. Tapi nasib baik dpt dgr suara ayah gua sndiri menandakan bahawa beliau x ape2. Alhamdulillah. Lega sekejap. Kete je la yg teruk menurut drpd citer ayah gua. Tu xpe blakang kire, esok gua balik nanti gua tgk. 

Tibe2 gua rase mcm bersalah, gua banyak buat org lain susah hari ni, x sampai sehari, ayah gua yg ditimpa susah. Hish. Tulah. Buat org lagi. Kan dah Tuhan tunjuk. Nasib baek ayah gua xde pape. Kalau x, same ade gua yg menangis x berlagu, ataupun gua jadi INCREDIBLE HULK, kasi rampage satu bandar.

Karma. What goes around comes around. Gua mintak sgt2 dijauhkan. Gua sayang ayah gua, Gua sayang family gua. Gua belum bersedia nak jadi ape2. T T

Karma!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, rasenye gua dah xperlu susah hati dah memikirkan perkara ni sejak dari petang tadi. Esok kerja lagi utk sehari, lepastu gua balik tgk keadaan kat rumah parents gua macamane. Bertahan ibu, ayah. Dengan ini gua menyeru adik-beradik gua kat mane2 je lue org berada, balik la jap weekend nih, okay?

Hm hm gua nak gerak dulu, nak pergi cari makan, tenangkan hati. Semoga berjumpa lagi di lain post geng. Buat beberapa org pembaca setia blog gua ni, jgn risau pasal gua, gua okay. :)

p/s: Minggu depan beralih ke motor la nak pegi keje nmpak gayanye. Kete ayah gua siap lepas seminggu dah tu ngan ape lg die nak pegi keje, ngan kete gua la geng. Huuuu.

Wednesday, March 16, 2011

STFU noob!

Geng, hari ni gua nak kasi kluar sikit emosi-roller-coaster gua kat blog nih. Utk mereka2 yg tertentu yg telah membuat gua rase sedikit terganggu sejak kebelakangan ni, ingin gua ucapkan di sini, STFU, noob! Hahahaha! :DD

Hee xtau ke ape bendenye tu geng? Meh sini gua kasi shout sikit. Kpd mereka2 yg tertentu yg keje nak buat gua rase annoyed je selama ni, SHUT THE F*CK UP, NOOB!! Geram syial gua ni. Xtau nak ckp mcmane dah sampai gua diam je. X reti2, yg lue tu pun satu keje nak 'up' je drpd org lain kenape ah syial? Gua dah muak dah dgn perangai lue! Lemak!

Amik kau!


Hahah. Geram gua, nak pijak2 je rasenye. Tapi bak kate kwn gua sorg lagi, be professional beb, xper, biase la tu. Hahaha yer sbb biasela maka gua tahan je. Kalau sampai gua x tertahan lg dah nnti mmg gua tayang tapak kasut gua je nnti kat lue kan? Manis tu beb.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, malam ni gua bakal melepaskan geram utk hal2 kerja hari ni dgn futsal! Yeah malam ni senior vs junior lagi. Hahah. X sabar nak membelasah dorg mcm 2 mggu lepas!

Okay geng, gua nak gerak dulu, nak pegi amik org kat KTM Rawang. :)) Jumpe lagi di lain post, next time! Selamat!

p/s: Gua dan bola, x dpt dipisahkan. Bagai air yg dicincang xkan putus. Bagai aur dgn tebing! XD

Tuesday, March 15, 2011

Earthquake and tsunami, the aftermath.

Helo geng. Gua nak update sikit untuk aftermath drpd kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun. Pihak berkuasa Jepun berkata tahap radiation di sekitar kawasan nuclear plant yg terjejas akibat gempa bumi tempoh hari telah mencapai paras bahaya selepas satu letupan berlaku di loji penyimpanan nuclear fuel rods.

Fuh. Macam pembaca berita syial gua malam nih. Hahah. Okay. Baru2 ni, kejadian letupan loji nuklear di Fukushima telah meletakkan Jepun berada dalam high alert. Sile ushar2 video rakaman letupan loji nuklear tersebut di bawah. :)



Kita di Malaysia ni turut risau seandainya letupan nuklear tersebut bakal mengundang hujan gerimis radiasi yg nampak je mcm xde pape tapi sebenarnye mampu menyebabkan kanser. Jadi kawan, sila amik langkah berjaga2 lepasni okay. Nak pegi mane2 tu bawak la payung. Just in case.

Untuk keterangan lanjut mengenai penjelasan terhadap bahaya radiasi dan keracunan yg mungkin menimpa kita sebagai negara2 jiran tempias Jepun, sila lihat video yg ni plak. :)



BUT ON THE BRIGHT SIDE, ape yg gua faham, yg meletup tu sebenarnya hanya lapisan sekeliling loji tersebut yg terdiri drpd gas nitrogen yg berfungsi sebagai medium utk menyejukkan uranium yg mempunyai kadar radiasi tinggi. Nuklear yg betul2 nye belum lagi nak meletup kot.

Tapi semua tu x mustahil. Same2 lah kite tawakal je supaya bende2 buruk x terjadi bukan stakat di Jepun tu saje, malah di negara2 sekelilingnye yg turut merasakan tempias bencana2 sebegini. Peace brother! :D


Okay lah geng tu je yg dpt gua update kat sini. Nak update lebih2 nanti takut gua sendiri yg tersalah bagi info jgak kan. So ckupla kat sini. Jumpe lagi di laen post. Wassalam.

p/s: Gua masih terasa boss2 besar gua yg berbangsa Jepun masih tidak senang duduk memikirkan perkara ni dkat saudara-mara mereka kat Jepun sane tu. :)

Monday, March 14, 2011

Layout baru baq ang!

Hahah geng. Blog gua kini dah berwajah baru. Bukan stakat interface je baru, siap ade maskot lagi! Xbleh blah. Hahaha. Kalau sebelum ni blog gua dipenuhi ngan kucing je, kali ni gua nak try penuhkan blog2 gua dgn pics drpd Domo, maskot baru blog gua. :)

Domo, seekor makhluk ape ntah yg pelik dikatakan berasal drpd telur yg menetas. Heheh. Jadi geng, Memperkenalkan, Domo si Raksasa!! Rafff-raff-raff!!

Domo, si Raksasa


Domo, drawn by Suraya Razak.


Domo si Raksasa ni merupakan seekor raksasa berwarna coklat, dengan gigi2 tajam seperti gergaji, dan mulut yg sentiasa terbukak luas. Haha. Nampak jer ganas geng, tapi sebenarnye, raksasa coklat ni suke buat2 cute. Menyampah. Hahah. :D

Domo merupakan maskot rasmi NHK television network kat Jepun, memunculkan dirinya dlm beberapa animasi pendek selama 30saat, jgak known as 'stop-motion interstitial sketches'. So geng2 Jepun kat sane, mintak halal yer gua nak buat si Domo ni jadi maskot blog gua pulak. Hahaha!

BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua semacam berpuas ati pulak bile tgk balik layout-sendiri-bikin gua nih. Dah lepas post entry tiap2 malam pun nak bukak jugak. Suke pulak jadinye gua tgk si Domo nih! :P

Okaylah geng, gua ade keje sikit nak buat malam nih. Semoga berjumpa lagi di lain post. Sayonara apertura!

p/s: Background music baru yg turut diselitkan dlm blog gua ni bertajuk Thunder, drpd Boys Like Girls. Enjoy! :))

Sunday, March 13, 2011

What the fish?

Geng, ni kat bawah ni gua nak tunjuk sket short comic drpd paper ape ntah baru2 ni pasal fenomena tsunami kat Jepun yg baru je berlaku 2, 3, 4 hari lepas. Betul ke? Gua pun x sure. Ahh kartunis die name Zoy. Lelaki ke perempuan, ke pondan? Heh.

Hahahah. Okay....

Wooosh!


What is this man?? Bro, x lawak langsung lah lue. Gua dan yg lain2 punye lah concerned pasal bencana alam ni, kot la ade sedara-mara gua ke, crush gua kat New Zealand ke, x pun Maria Ozawa kat Jepun tu ke, lue buleh plak buat lawak spastik macam ni?! :D

Kamon lah bro, banyak lagi kot lawak lue buleh buat. Lue buleh buat lawak pasal gua ke, gelak2 kat gua sebab loser xde awek ke, ape ke. Lue dgn boss2 lue same je. Bajet klaka lah? Hahaha. Tetibe gua pulak yg nak tergelak. This is serious matter lah!

BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua bangga melihat ramai org kat Facebook gua yg concerned pasal ni. Ini menunjukkan dorg sume care pasal ape yg terjadi kat dunia ni dan bukannye nak meperbodohkan org lain ataupun diri sendiri mcm abg brader kat atas neh. Hahah.

Okay2, xnak kutuk banyak2 dah. Lu org kasi timbal balik sendiri lah yeh. Gua cume nak share2 je. Heee. Sori bro terkutuk terkata, salah silap harap dilupa. Wassalam. :))

p/s: Gua pun pandai gak melukis ape. Hahahah. :DD

Saturday, March 12, 2011

OUT.

Helo geng. Gua nak bgtau yg gua nak out untuk menghabiskan cuti weekend gua, ade keje skit. Hehehe. Gua akan kembali pada hari Ahad, almost midnight. :) Please take care everyone n jgn berada di tepi2 pantai, especially yg dkat New Zealand tu. Okay?

Hm hm. Hujan lg ke kat luar tu?


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua jgak nak bersama family di hujung minggu ni. Sume org dah ade kat rumah parents gua kat Seremban tu kecuali gua. Huhuhu.

Okay geng. Gerak dulu. Semoga berjumpa lagi di laen post. Wassalam. :))

Friday, March 11, 2011

Tsunami menyerang lagi.

Geng, gua nak melaporkan di sini, bahawa Asia Pasifik sedang hebat diserang tsunami, susulan drpd beberapa gegaran dri dasar laut dgn bacaan plg tggi mencecah 8.9 skala Richter. Perghh. Cuuukup kuat tu geng. Gegaran2 susulan lepas tu dgn purata 6.0 skala Richter dan ke atas.

Perghh. Ini teruk ni geng. Jepun antara negara yg paling teruk menerima kesan gegaran, sampai tsunami melambung2 dan sudah pun menenggelam satu bandar. X percaya lu org leh tgk kat bawah ni. Nauzubillah.



Menurut updates drpd Google.com, New Zealand, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii dan tempat2 laun yg berdekatan sudah pun menerima amaran tsunami. Ombak besar punye dijangka akan terus melambung2 tempat ni dalam beberapa jam lepas ni, disebabkan gegaran gempa bumi  8.9 di Jepun.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, nasib baik la negara kita Malaysia terletak di luar lingkaran api Pasifik. Kalau x dah sah2 kite akan terlibat same hebat dgn bencana2 alam yg mcm kat Jepun ni. Bersyukur geng.

Okay geng, gua nak menkaji sikit2 pasal tsunami hebat ni. Semoga panjang umur dan berjumpe lagi di laen  post. Gerak dulu! Wassalam.

p/s: Gua minat gile Geografi. Kalau la dpt tgk National Geographic pasal bende ni!

Thursday, March 10, 2011

Mooooody.

Aaaaaaaa! Emosi ibarat roller coaster! Geng, gua sebu lah malam ni. Tak brape nak ade mood. Ini yg org putih katekan mixed feelings. Gua sendiri x tau ape la yg gua fkirkan sepanjang2 malam ni.

Mungkin sbb bende yg terjadi siang tadi, di mana gua secara tidak sengajanya ter-sound budak rumah gua secara berlebih2an. Akibat drpd itu, die pun touching la sikit dgn gua. Huuu. Camne ni geng. Gua x bleh la. Gua dah rase bersalah ni. Gua adela pujuk sikit tadi, ajak maen futsal, tapi x menjadi plak.

Haih. Kalau gua tau, gua diam je petang tadi, tp kalau x bersuara sakit ati lak. Lagi pun gua sound bagi pihak org lain jugak. Hish. Baru gua tau, dgn housemate ni kalau nak sound pun kene sound manja2 sikit. Hahah. Yela name pun duduk serumah. Xkan nak bermasam muke lame2. Gua x sanggup la.

Gua x reti la nak pujuk lue bro.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, esok okay lah tu kot. Pondan la merajuk lame2 kan. Hahah. Relax2 bro. Gua xbermaksud pun nak buat lue mcm tu. Gua mntak maaf banyak2. Tapi lue kene fhm la. X semua org mcm lue dan x semua org mcm gua. :)

Okay geng gua pun dah lemau. Main futsal smpai dkat pkul 12 baru balik. Gua nak terjah tilam gua laju2 neh. Jumpe lagi di laen post. Wassalam.

p/s: Malam ni x sempat mkn, dah lewat sgt. Tido jelah. Slamat malam!

Wednesday, March 9, 2011

Persaingan antara engineer = Persaingan antara haiwan.

Hari ni ade 2 org engineer baru masuk kat section gua dan yg lain2. Pergh entah kenape gua dan yg lain2 terus rase terancam. Hahah. Same2 baru la kate kan. Bezanya gua dan yg lain2 dgn engineer 2 org yg baru masuk ni adalah, dorg dah kene training 3 bulan kat Production sebelum diserapkan ke R&D, manakala kitorg belum. lagi ke Production, tapi dah 4 bulan dah kat R&D ni. :)

Hahahah. Tak tau la plak ape motif gua dan yg lain2 yg same2 baru rase tergugat tibe2, melainkan bile memikirkan persaingan yg bakal berlaku. Hahaha. Macam persaingan antara haiwan2 plak kan. Alaa macam subjek Sains Tahun 5 dulu2 tu. Heee.

Hm hm tadi dorg xleh bukak pintu utama section kitorg dgn access card dorg. Gua plak selamba dgn x kerek langsungnye tolong bukak pintu tersebut dgn access card gua, maka dorg pun boleh la keluar. Pergh. Lain kali nak buat kerek boleh x lepas2 ni? Hahaha gurau je. :P

Okay, meh sini gua nak citer sket pasal persaingan antara kitorg yg dah nmpak macam persaingan antara haiwan ni. Hahah.

Ready, fight2!


Pertama, akan berlaku 'persaingan untuk pasangan'. Ecece xdela yg ni bukan gua la. Gua xnak pun mencari2 pasangan dlm tmpat yg same ni. Bagi la cun mcmane skali pun. Gua xnak. Lue org amik aje lah okay newbies. :))

Kedua, 'persaingan untuk wilayah ataupun ruang'. Haa yg ni baru betul. Huhu section kitorg adalah section yg plg ramai engineer, dekat 60 org lah jugak. Nasib baik boss2 besar still kate x cukup engineer lagi. Sedap lah sikit hati gua mendengarnye. Hahah.

Ketiga, 'persaingan untuk tempat berteduh'. Haha yg ni mcm x relevan sgt. Tapi boleh je gua nak kasi bende ni berkait dgn gua. Hahah. Katekan lah peningkatan kadar pemecatan benar2 berlaku, n lue org punye prestasi plak bagus semacam manakala kitorg masih x maju2, mesti kitorg hilang tempat berteduh lepas ni. Bukak Jobstreet balik lah jawabnye. Haih. Harap2nye x lah kan. Huuu.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, bile gua fikir2 balik, persaingan2 ni sume sikit je. Tak luak pun lah. Hahah. Gua dapat rasa nanti akan wujud teamwork gile2 punye antara engineer2 baru seperti kitorg neh. Yelah x lame lagi bakal datang 2,3 projek besar sampai x cukup2 engineer nak menanganinye. Hahah. :DD

So lets pray for good. Selamat datang ke R&D gua ucapkan kepada lue mangkuk 2 org. Ape lagi, kalau berani ajak lah kitorg lawan futsal. Gua dan yg lain2 anytime je. :P Okay geng gerak dulu. Nak tido lah, mengantuk dari tadi lagi ni haaa! Semoga berjumpa lagi di laen post. Wassalam.

p/s: Tak sabar nak buli budak baru esok. Tido dulu, selamat malam geng!

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa lelaki memilih seorg cikgu sebagai isteri?

Helo geng. Memetik kembali post gua di Facebook sebelum ni pasal 'Kenapa perempuan kena kawin dgn engineer?', berbanding dgn graduan2 drpd jurusan undang2, pentadbiran, seni, mahu pun perubatan, teruk giler gua kene hentam dgn beberapa perempuan, terutamanya drpd golongan bakal doktor yg sama sekali tidak bersetuju dgn hujah2 dalam post terbabit. :)

Untuk original post pasal tu, yg sememangnye cambest untuk dibaca di kalangan wanita yg masih mencari2 calon suami, sila klik dgn happynye di sini;

http://www.facebook.com/note.php?note_id=195421467145401&id=1284602243Enjoy!

Okay, kali ni gua nak citer kat sini plak, bukan di Facebook lagi dah. Gua nak citer pasal 'Kenapa lelaki memilih seorang cikgu sebagai isteri?', :)) Gua sendiri sebagai lelaki yg sudah bekerjaya, turut memasang niat untuk mencari calon isteri di kalangan cikgu2.

Nak tahu ape sebab2 gua dan kebanyakan lelaki2 lain yg turut mempunyai hasrat same mcm gua, sila teruskan membaca. :D

Antara sebab2 gua mencari2 seorg cikgu ataupun bakal cikgu sebagai calon isteri adalah:

1. Hidup berjadual.

Bukan kata wanita yg mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan, sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau lu org tgk cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam periodic table tu. Jadi kalau suami dia tu seorg jurutera, mcm gua ni, memang senang nak kejut org bangun pagi. Hahah!

05.00am: Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
05.50am: Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
06.20am: Bersiap nak keluar rumah, menuju ke sekolah.
07.10am: Sampai di sekolah.
07.30am: Mula kelas.
10.10am: Rehat.
10.30am: Masuk kelas balik.
02.00pm: Balik rumah, kalau xde kelas tambahan atau aktiviti sekolah.

Senang kan? :P Jadi kalau dah berkahwin, si isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dgn lebih sempurna, InsyaAllah.

Pagi: Sarapan + kemas rumah + memasak.
Tghari: Makan tghari + duduk dgn suami,
Petang: Rehat + minum petang + sediakan makan malam.
Malam: Buatlah aktiviti ape2  yg perlu. :)

2. Dedikasi, commited dan penuh commitment.

Seorg guru yg hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat2 kerja biasanya akan penuh sifat2 di atas. Bukan ape, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu 100peratus dan budak2 pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yg diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah lu org dengar org lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya apabila berlakunya keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada! X0

Semua nak salahkan cikgu, Maka, cikgu mestilah kena commited. Konsep yg same lah. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan commited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain.

Eh? (Sambil asah pensel dgn pisau di tepi) :DD

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak tanda kertas, ada skema jawapan. Nak bagi markah, ada garis panduan. Pakaian ke tempat kerja, ada etika. Sampai sekolah isi waktu kedatangan. Balik sekolah kena tekan lagi nombor di komputer. Yuran murid semua ada hitam putihnya. Nak kutip duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya? Nak berpeleseran?

Jauh sekali! ^^

Kena tangkap boleh kene buang kerja tau x? Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dgn tajuk, 'GURU..........'. Gila lue. Mane nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan berada dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan. Budak yg tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik2 yg basuh pinggan dan masak di kedai2 makan pun tertekan. Tak masuk lagi nak rebus daging dgn periuk bertekanan tinggi tu kan? Tapi mcmane nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu2 biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan. Selalunya ada, cuma akhir2 ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus2 semakin berkurangan dan beban kerja semakin bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ni.

Aktiviti luar seperti berbasikal lasak, memanjat gunung, berkayak, dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru2. Plus, boleh ajak pasangan bersama. Elok2 dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti bersama suami sekali kan?

Pukul budak2 di sekolah? Grrr...

Itu bukan satu benda yg mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yg menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yg semua org suka betul pada kerjaya guru. Pengalaman peribadi geng2 gua yg bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu mintak tolong gua carikan mereka pasangan yg bekerja sebagai seorg guru.

Bakal doktor: Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nantu, habis belajar.
Gua: Okay, baguslah. Akhirnya.
Bakal doktor: Carikan aku calon isteri sorg?
Gua: Lue nak yg mcmana?
Bakal doktor: Aku nak yg kerja cikgu.
Gua: Eh, kenape xnak yg sama2 doktor jugak?
Bakal doktor: Susah, nanti waktu kerja x sama, nak cuti pun susah.
Gua: Ceh! Memilih syial. Habistu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor: Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun, mesti ada di rumah. Tak payah pening nak fikir nak ambil cuti ke jadah ape ke.
Gua: Hahahaha sempoi lah camtu bro. :)

6. Penampilan.

Ini sengaja gua tambah sebab org sana ada tulis pasal rupa. Dari segi wajah dan sebagainya, gua tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru2 biasanya punya penampilan yg sedap mata memandang. Baju kurung tu geng. Hahah. Pergi sekolah mesti kena dgn gaya, Setiap hari ada je beberapa pasang mata yg akan memerhatikan langkah guru itu.

Masuk kelas tu, budak2 tengok. Masuk kelas sana, ada budak2 lain plak tengok. Budak2 yg suka, akan puji, "Cikgu lawa gila hari ni!". Sudahlah cukup dgn lawa, cantik, ada plak gila. Haih!

Sebab tu cikgu2 kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa? Sebab setiap org yg suka, biasanya budak2 yg akil baligh kalau sekolah menengah, dan budak2 yg jujur dan telus mcm budak sekolah rendah; selalu puji cikgu. Jadi, bukan satu masalah dan lu org x akan nmpak cikgu tu kemban2 bagai bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

BUT ON THE BRIGHT SIDE, bende ni gua post bukan untuk memburuk2kan mana2 graduan perempuan drpd jurusan lain, mahupun sang jejaka yg ber-awek-kan gadis2 drpd jurusan selain drpd perguruan. :D Kalau lu org marah, marah lah. Gua sekadar ingin berkongsi. Are we cool? :)

Gua sentiasa berharap dipertemukan jodoh kalau boleh cepat lah kan, Gua dah penat dengar org laen cakap, "Nanti ade lah tu.....". Nak gua rembat je laju2. Hahah. Gua dah xnak jadi playboy or casanova yg bajet mcm cool dah. Gua dah penat. Dah tiba masa gua mencari cinta sejati untuk diperisterikan. :)) Ini gua x tipu.

Okaylah geng, gua mau gerak dulu, mau sambung layan TV balik. Semoga lu org enjoy menghabiskan saki-baki malam ni, sebab esok kena pergi kerja balik, atau pergi ke kelas kepada sesiape yg masih belajar. Hehehe.

p/s: Gua mencari cikgu bahasa Inggeris sebagai calon isteri. Ada ok x? Heeeee. :P

Monday, March 7, 2011

Liverpool menang baq ang!

Hahahaha. Kemenangan bergaya 3-1 di tempat sendiri, Anfield. Tu pun kalau x lalok sket tadi dah clean sheet agaknye Pepe Reina. Tapi xpela, menang tetap menang geng. Kasi gelak sikit kat geng Man Utd. HAHAHAHAHAHA!!

Hat-trick hero Liverpool, Dirk Kuyt kelihatan sungguh tajam kali ni, nampak aje lubang2 gol. Hahaha. Tapi ape pun, pujian harus diberikan pada Luis Suarez, yg telah menyumbangkan assist untuk 2/3 gol2 Kuyt. Oh yer, malam ni jgak kite dpt saksikan debut untuk Andy Carroll. Masuk2 je dah dpt header on goal. Cayalah!

So geng ni die scoresheet utk malam ni. Sayang lah jugak kan x dpt mantain clean sheet sampai habis perlawanan. Huuuu. :P

Scoresheet:
1-0 Kuyt 34′
2-0 Kuyt 39
3-0 Kuyt 65
3-1 Hernandez 90

Luis Suarez, Dirk Kuyt & Stevie-G


Ramai yg bertanya sebelum ni, kenape Liverpool sanggup jual bintang kesayangan mereka sebelum ni, Fernando Torres. Jwpn gua senang je, utk pass masalah Liverpool selama ni kpd team lain! Sayang skali Chelsea pulak yg menjadi mangsa lembu. Hahaha. Fernando Torres yg terlalu mengejar kejayaan sanggup meninggalkan kelab yg memuja diri beliau sendiri. T T

BUT ON THE BRIGHT SIDE, dgn pemergian Torres, Liverpool buat counter balik attacking probs dorg dgn membawa masuk Luis Suarez dan Andy Carrol. Setakat ni ternyata membuahkan hasil. Yeah!

Andy Carroll, Kenny Dalglish & Luis Suarez


Ape yg dapat gua rumuskan di sini, gandingan serangan terbaru Liverpool adalah drpd golongan kanibal, iaitu 'org makan org'. Tgk je Andy Carroll dah nmpak mcm org barbarian dah, Luis Suarez plak sebelum ni dah sah2 penah gigit telinga player lain. Hahahaha! Tapi xpe, korg berdua mmg unik. Harapan anak bangsa Liverpool!

Okaylah geng. Cukup lah pasal bola utk malam ni. Esok gua kerja la plak. Dah start weekdays balik dah. Hish. Malasnye. Huhuhu. Gua nak tido dulu geng. Jumpe lagi di laen post!

p/s: And you'll never walk alone. :))

Sunday, March 6, 2011

EPL Preview: Liverpool vs Man Utd.

Malam ni geng, 9.30pm, satu pertembungan yg sentiasa menjanjikan aksi luar biasa, penuh kontroversi dan hiburan tidak terkawal sebelum ini, Liverpool vs Man Utd, di Anfied, satu persaingan penuh bersejarah yg juga sering menimbulkan emosi berlarutan. 2 perkara yg bakal menjadi elemen yg paling menonjol malm ni adalah misi revenge dan winning mentality.

Selama lebih satu abad English Premier League dipertandingkan setiap musim, kedua2 pasukan masing2 telah pun memenangi 18 title kejuaraan setakat ini, ditambah plak dgn permusuhan antara kedua2 jurulatih Liverpool dan Man Utd sejak era lewat 80-an dan awl 90-an, sehingga kini.

Bebudak lama Old Firm, Kenny Dalglish (kiri), dan Sir Alex Ferguson.


Liverpool menunggu ketibaan match ni dgn beberapa prestasi hambar sebelum ni, terbaru dorg tewas 3-1 kpda West Ham, begitu jugak dgn Man Utd yg tewas 1-2 kpda Chelsea di Stamford Bridge beberapa hari lalu.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, demi menghadapi pertembungan yg penuh berprestij dan high-voltage nih, segala prestasi buruk kedua2 pasukan dalam perlawanan sebelum ni mungkin akan dilupakan dan sebaliknya masing2 mahu meningkatkan focus dan keazaman untuk mengatasi satu sama lain.

So geng ini die possible line-up kedua2 pasukan untuk match malam ni:


LIVERPOOL

Possible starting line-up: Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Aurelio, Kuyt, Lucas, Gerrard, Meireles, Maxi, Suarez.

Potential match winner: Steven Gerrard, kapten Liverpool yg mempunyai passion untuk Liverpool, dengan talent yg tidak dapat dibandingkan serta mampu mengulangi prestasi baik beliau ketika match di Old Trafford.

Steven Gerrard, midfield maestro Liverpool.


MAN UTD

Possible line-up: Van der Sar, O'Shea, Brown, Smalling, Evra, Nani, Scholes, Carrick, Fletcher, Giggs, Rooney.

Possible match winner: Wayne Rooney, penyerang Man Utd, 5 gol dalam 5 perlawanan terakhir beliau, juga big-game player, telah kembali kepada prestasi yg membanggakan penyokong2 Man Utd.

Wayne Rooney si muka Shrek, akhirnya menemui cara utk melakukan jaringan.


PREDICTION

Statistik menunjukkan hanya satu drpd 21 pertembungan Premier League antara kedua2 pasukan berakhir dengan keputusan seri. Walaupun keputusan seri yg dilihat agak mustahil malam ni, disebabkan pungutan mata drpd perlawanan ini amat penting bagi kedua2 pasukan, gua memilih utk kedua2 pasukan hanya mampu seri, 1-1. :))

So geng, jom kite gerak ke mane2 port yg ade skrin besar utk match malam ni, esok jela baru fikir balik pasal kerja. Betul x? Hahaha! :DD

p/s: Gua masih lagi mengharapkan kemenangan bagi Liverpool, dan kemunculan Andy Carroll utk match malam ni! :)