Tuesday, June 14, 2011

Jordan Henderson ke Liverpool.

Helo geng, sedikit tentang bola sepak. Buat geng2 kipas-susah-mati Liverpool FC sekalian, berita baik buat geng2 sume iaitu Liverpool telah berjaya memnyempurnakan perpindahan Jordan Henderson, pemain tengah dari Sunderland. Good job, Liverpool.

Jordan Henderson yg bakal meraikan ulangtahun hari lahirnya yg ke-21 17 Jun ini telah menandatangani kontrak perjanjian jangka panjang dgn Liverpool FC setelah bersetuju dgn personal terms yg ditawarkan oleh Liverpool. Beliau juga melawati pusat latihan Liverpool FC di Melwood sebelum menjalani medical check-up.

Pemain tengah yg highly-rated ini telah berhijrah ke Liverpool dengan yuran perpindahan yg bernilai 13juta pound, dengan David Ngog digunakan sebagai pertukaran pemain ke Sunderland. Jumlah yuran perpindahan keseluruhan Henderson ke Liverpool dikatakan mencecah 20juta pound.

Laman web rasmi Liverpool FC memetik bahawa,

"Liverpool Football Club have completed the signing of Jordan Henderson after the 20-year-old passed a medical and agreed personal terms."
- liverpoolfc.tv

Damien Comolli, bersama Jordan Henderson.


Jordan Henderson, Liverpool FC


Jordan Henderson bersama koleksi kasut bolanya. :))


Pada awalnya, gua turut meragui apa betulkah Jordan Henderson ni layak dgn yuran perpindahan hampir 20juta pound. Adakah beliau akan menjadi seorg lagi pembelian yg gagal buat Liverpool FC seperti Alberto Aquilani?

BUT ON THE BRIGHT SIDE, bile gua fikir2 balik, Jordan Henderson ni berpotensi untuk menjadi pengganti Steven Gerrard sebagai talisman pasukan Liverpool di masa akan datang, selain dapat bergandingan antara satu sama lain pada musim depan.

Haha gua harap jersi no.10 Liverpool FC akan diberikan kepada Jordan Henderson yg memakai jersi no.10 ketika di Sunderland. Oh yer, Joe Cole silelah belah ye kalau dah macam x berminat nak main bola sepak. Hehehe.

Okay gua OUT dulu Liverpudlians sekalian!

p/s: .....and you'll never walk alone!

Friday, June 10, 2011

Angry Birds dalam 'live action'.

Helo geng, gua ade jumpa video menarik utk gua share kat sini. Hahaha. Geng sume mesti pernah main game 'Angry Birds' kat IPhone yg menggunakan MAC operating system (OS) atau smartphones yg lain yg menggunakan Android sebagai *OS. Pernah main kan? Haa kali ni gua nak tunjuk satu video Angry Birds dalam live action!

"HAHA. Kalaulah gua ade smartphone kan."

BUT ON THE BRIGHT SIDE, takdenye smartphone pada gua tak bererti gua tak boleh main langsung game yg sgt addictive ni. Gua boleh main guna PC dan laptop! Hm hm bagi yg pro mungkin boleh jadi so addictive, tapi bagi yg noob tu, sekejap jela da jadi bosan. HAHAHA!

Okay geng, ini die video live action Angry Birds. Haha tgkla macamana org ramai menggunakan simple smartphone untuk bermain game Angry Birds dan amik feel permainan tersebut dalam life-size version! Betul2 punye beb!

"Nampak real! MUAHAHA!"

Angry Birds, versi life-size.


Angry Birds on PC!


Hahaha camne geng? Sempoi tak? Gua beberapa bulan lepas tak tido malam melayan burung2 neh sume. Skang dah cukup busy dah takde masa sangat dah, :)

Okaylah geng. Gua nak OUT dulu. Jumpe lagi di lain post!

p/s: Message tone pun nak pakai Angry Birds background music. Hahah!

Thursday, June 9, 2011

Tug of war.

Geng, bersama gua lagi, doktor sukan anda semua mengulas tentang sukan, sukan, dan sukan lagi. Hahaha. Dalam post kali ni gua nak share sikit2 kat geng2 sume tentang sukan 'tarik tali' atau nama org putihnya 'Tug of War'.

Tug of War, adalah sukan yg secara directnya antara dua pasukan dgn gabungan berat badan tertentu sesama ahli pasukan masing2, dalam ujian menguji kekuatan, kerjasama dan persefahaman antara ahli2 pasukan. Istilah 'Tug of War' merupakan sebuah metafora untuk menyifatkan perbuatan yg melibatkan ujian kekuatan dan ketahanan yg brutal di antara dua pasukan yg berlawan.

Metafora ini adalah ibarat dua department berlainan yg saling bersaing dalam suatu company beradu kekuatan dgn melibatkan pihak ketiga iaitu 'TALI' atau 'rope' dalam sukan Tug of War.

Sukan tarik tali ini dikatakan bermula sejak zaman dahulu kala lagi di mana asal usul sukan ini masih lagi tidak diketahui. Dua pasukan yg masing2 terdiri drpd 7 atau 8 org anggota, dgn gabungan berat badan yg tidak boleh melebihi jumlah berat yg telah ditetapkan mengikut kelas. Tali yg digunakan ditanda dgn garisan tengah dan dua lagi tanda masing2 berkejauhan lebih kurang 2 meter dari garisan tengah tersebut.

Pasukan A.


Pasukan B.


Kalau dulu org lihat sukan tarik tali ini adalah untuk golongan berbadan besar semata2, Tapi sekarang golongan berbadan kecil juga turut berpeluang menyertai acara ini untuk memenuhi peraturan supaya setiap pasukan tidak mempunyai kuota gabungan berat badan yg berlebihan, biasanya 500kg atau 600kg maksimum untuk setiap pasukan.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, pada pendapat gua selain drpd berat badan ahli2 pasukan, semangat dan kudrat juga memainkan peranan penting. Apa guna badan je besar, tapi kudrat org yg berbadan lebih kecil melebihi drpd mereka yg berbadan besar.

Seperti juga sukan 'armwrestling' yg gua dah share kat geng2 sume malam semalam, tips yg paling penting dalam acara 'Tug of War' ini adalah..........

"NEVER GIVE UP. NEVER BACK DOWN."

Hahaha gua rasa itu je kot untuk post malam neh. Selain daripada sukan tarik tali. Lelaki dan perempuan yg saling menyukai antara satu sama lain juga kerap diibaratkan seperti main 'tarik tali'. :))

Okay gua OUT dulu. Jumpa lagi di lain post! Sayonara apertura!

p/s: Amaran. Sukan 'tarik tali' boleh menyebabkan sakit pinggang. Adeh! T T

Wednesday, June 8, 2011

Armwrestling a.k.a Gusti Lengan.

Geng, bulan depan mungkin gua akan menyertai pertandingan armwrestling a.k.a gusti lengan antara jurutera2 dan executive dalam department kilang tmpat gua bekerja. Gua amat2 menggemari sukan sebegini dan berminat untuk share sikit2 mengenai armwrestling.

Armwrestling a.k.a Gusti Lengan.


Armwrestling adalah sukan di antara dua org peserta. Setiap peserta mempertaruhkan sebelah lengan mereka, sama ada kanan ataupun kiri, dgn syarat kedua2 mereka menggunakan lengan yg sama. Lengan mereka diletakkan di atas satu permukaan, dgn siku dibengkokkan dan menyentuh permukaan tersebut sementara menggenggam tangan masing2.

Matlamat utama sukan gusti lengan ini adalah untuk menindih lengan pihak lawan ke permukaan, dgn tangan yg menang menghempap tangan yg kalah. :)

Jika kedua2 peserta dilihat hampir sama kuat dan kedua2nya tidak mahu mengalah, keputusan seri mungkin akan diberikan untuk mengelakkan kedua2 peserta mengalami kekejangan otot lengan, melainkan salah seorg peserta menyerah kalah.

Sukan gusti lengan ini juga mudah mengundang kecederaan. Sukan ini mengenakan daya torque atau twist ke atas tulang humerus pada bahagian atas lengan. Lengan yg cedera biasanya gagal disebabkan pematahan diagonal pada atau di bawah titik tengah di antara bahu dengan siku.

Typical fracture.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, sebagai persediaan untuk berjaya dalam sukan armwrestling ni, beberapa langkah perlulah dibuat. Antaranya seperti:
  1. Bermain dumbell sekurang2nya 10kg.
  2. Berlatih untuk melemahkan psikologi pihak lawan.
  3. Ambil masa untuk berehat, tapi dalam keadaan sentiasa berjaga2 semasa perlawanan.
  4. Paling penting, NEVER GIVE UP. :))
Hahah. Amacam? Nak follow gua bersedia dari segi mental dan fizikal? Jom kite mulakan skang. Gua OUT dulu. Practice, practice!

Ini practice ke buat lawak ni? HAHAHA!


p/s: Jumpa lagi di lain post! ^^

Tuesday, June 7, 2011

Wayne Rooney = Si Botak

Hahaha geng, ini ada cerita klaka gile tentang seorg pemain bola sepak terkemuka di England. Khabarnya, penyokong2 Man Utd akan melihat Wayne Rooney dgn penampilan baru musim depan kerana pemain  penyerang itu telahpun menjalani hair transplant. :DDD

Rooney mendedahkan dalam account Twitter beliau bahawa beliau sudah bosan menjadi botak, takde rambut pada seawal usia 25 tahun. Oleh sebab itu beliau membuat keputusan utk pergi ke klinik rambut Harley Street di London utk menyuburkan sedikit akar rambut beliau. Hahaha lawak2.

Isteri Wayne Rooney, Colleen, dan rakan sepasukan, Rio Ferdinand  turut menambah dan siap melawak2 lagi rentetan drpd kata2 Wayne Rooney dalam account Twitter beliau:

"I was going bald at 25, why not? I'm delighted with the resultWhen it dies down you will be the first to see it. Anyone recommend any good hair gel?"
- Wayne Rooney

"Wayne's had his hair done! His own decision, not me asking him like a lot of people are saying! Pleased for him and it will look great."
- Colleen Rooney

"Just don't go down the wearing an alice band route! You'll be doing Head & Shoulders adverts."
- Rio Ferdinand

Jadi geng, macamana kah rupa kepala Wayne Rooney musim depan? Adakah kekal kelihatan seperti Shrek, walau macamana pun rambut beliau digayakan? Hahahah.

Wayne Rooney, berangan nak tumbuh rambut. :DDD


Hahaha jadi ke? Macam alien dah gua tgk. :DDD


Style rambut yg mungkin masuk dgn kepala budak Shrek ni? :DDD


BUT ON THE BRIGHT SIDE, cuba lue org usha2 balik. Ade ke player Man Utd yg hensem2? Mane ade kan? Semuanya tak ada rupa belaka. Tak macam player2 Liverpool. Kelab bola sepak yg best dan ramai peminat lahir drpd pemain2 yg berpenampilan menarik dan tak seperti raksasa belakanya.

Amacam, tercabar tak geng2 'Setan Merah' sekalian? Ni gua nak kutuk lagi. Kalau dah ada rambut tu, jgn sampai x reti buat gol pulak lepas ni. Hahah.

Okay geng, nak OUT dulu. Jumpa lagi di lain post! Huahuahua pada Wayne Rooney!

p/s: .....and you'll never walk alone.....

Monday, June 6, 2011

Happy birthday, Liverpool FC!

Geng, hari ni kelab bola sepak Liverpool meraikan hari ulangtahun ke-119 sejak ianya diasaskan. The Reds diasaskan apabila John Houlding menerima sebuah certificate untuk menukar nama kelab di Anfield itu drpd Everton Football Club & Athletic Grounds Co. Ltd. kepada Liverpool Football Club & Athletic Grounds Co. Ltd.

Liverpool FC ditubuhkan pada 15 Mac 1892 di kediaman Houlding di Anfield Road setelah beliau dan rakan2 meninggalkan Everton FC untuk menubuhkan kelab baru.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, ianya tidak rasmi sehinggalah 3 Jun nama Liverpool Football Club & Athletic Grounds Co. Ltd. telah secara rasminya dikenali oleh Board of Trade, dan dengan itu Liverpool FC telah mula melakarkan sejarah demi sejarah. :))

"YOU'LL NEVER WALK ALONE."

Liverpool FC, est. 1892.


Geng, di mana pun tahap Liverpool FC sekarang ni, hati gua tetap bersama Liverpool FC, di mana pun pemain2 Liverpool FC meninggalkan kelab Liverpool FC, hati gua tetap juga bersama Liverpool FC, sampai bila2. :)

Gua nak OUT dulu geng. Jumpa lagi di lain postYNWA!

p/s: Liverpool FC telah mengumumkan bahawa mereka akan bermain menentang Malaysia XI pada 16 Julai semasa tempoh Jelajah Asia Liverpool Fc, ditaja oleh Standard Chartered. :))

Sunday, June 5, 2011

Kejadian terbodoh.

Geng, apesal la gua ni degil? Haa tgk kat bawah tu. Kan dah kene clamp! RM200 bro. Cool ke tidak? Hahahah cube lue org gelak sikit. :P

"HAHAHAHAHA!"

Hoi! Dia bantai gelak betul2 pulak dah. Gua dah la tgh kusut neh duit melayang macamtu je! F! F! F! Err. Bukan melayang lagi dah. Hangus terus ni haaa. Tu dia kan dah banyak perkataan yg ada huruf 'F' keluar. Hahaha!

Hahaha. Silly. :P


BUT ON THE BRIGHT SIDE, lepas ni gua rase takde dah la gua pergi KLCC lagi dah. Hambik nak! Hee ecece xdelah. Hm hm maksud gua lepas ni takde dah la gua letak kete bersepah tepi jalan macamtu je dah. Sebab sampai begini gaya org lain mau amik kesempatan buat duit.

"STUPID SHIYT"

p/s: Gua OUT dulu. Sambung balik, F! F! F! >:D