Tuesday, June 14, 2011

Jordan Henderson ke Liverpool.

Helo geng, sedikit tentang bola sepak. Buat geng2 kipas-susah-mati Liverpool FC sekalian, berita baik buat geng2 sume iaitu Liverpool telah berjaya memnyempurnakan perpindahan Jordan Henderson, pemain tengah dari Sunderland. Good job, Liverpool.

Jordan Henderson yg bakal meraikan ulangtahun hari lahirnya yg ke-21 17 Jun ini telah menandatangani kontrak perjanjian jangka panjang dgn Liverpool FC setelah bersetuju dgn personal terms yg ditawarkan oleh Liverpool. Beliau juga melawati pusat latihan Liverpool FC di Melwood sebelum menjalani medical check-up.

Pemain tengah yg highly-rated ini telah berhijrah ke Liverpool dengan yuran perpindahan yg bernilai 13juta pound, dengan David Ngog digunakan sebagai pertukaran pemain ke Sunderland. Jumlah yuran perpindahan keseluruhan Henderson ke Liverpool dikatakan mencecah 20juta pound.

Laman web rasmi Liverpool FC memetik bahawa,

"Liverpool Football Club have completed the signing of Jordan Henderson after the 20-year-old passed a medical and agreed personal terms."
- liverpoolfc.tv

Damien Comolli, bersama Jordan Henderson.


Jordan Henderson, Liverpool FC


Jordan Henderson bersama koleksi kasut bolanya. :))


Pada awalnya, gua turut meragui apa betulkah Jordan Henderson ni layak dgn yuran perpindahan hampir 20juta pound. Adakah beliau akan menjadi seorg lagi pembelian yg gagal buat Liverpool FC seperti Alberto Aquilani?

BUT ON THE BRIGHT SIDE, bile gua fikir2 balik, Jordan Henderson ni berpotensi untuk menjadi pengganti Steven Gerrard sebagai talisman pasukan Liverpool di masa akan datang, selain dapat bergandingan antara satu sama lain pada musim depan.

Haha gua harap jersi no.10 Liverpool FC akan diberikan kepada Jordan Henderson yg memakai jersi no.10 ketika di Sunderland. Oh yer, Joe Cole silelah belah ye kalau dah macam x berminat nak main bola sepak. Hehehe.

Okay gua OUT dulu Liverpudlians sekalian!

p/s: .....and you'll never walk alone!

No comments:

Post a Comment