Thursday, June 9, 2011

Tug of war.

Geng, bersama gua lagi, doktor sukan anda semua mengulas tentang sukan, sukan, dan sukan lagi. Hahaha. Dalam post kali ni gua nak share sikit2 kat geng2 sume tentang sukan 'tarik tali' atau nama org putihnya 'Tug of War'.

Tug of War, adalah sukan yg secara directnya antara dua pasukan dgn gabungan berat badan tertentu sesama ahli pasukan masing2, dalam ujian menguji kekuatan, kerjasama dan persefahaman antara ahli2 pasukan. Istilah 'Tug of War' merupakan sebuah metafora untuk menyifatkan perbuatan yg melibatkan ujian kekuatan dan ketahanan yg brutal di antara dua pasukan yg berlawan.

Metafora ini adalah ibarat dua department berlainan yg saling bersaing dalam suatu company beradu kekuatan dgn melibatkan pihak ketiga iaitu 'TALI' atau 'rope' dalam sukan Tug of War.

Sukan tarik tali ini dikatakan bermula sejak zaman dahulu kala lagi di mana asal usul sukan ini masih lagi tidak diketahui. Dua pasukan yg masing2 terdiri drpd 7 atau 8 org anggota, dgn gabungan berat badan yg tidak boleh melebihi jumlah berat yg telah ditetapkan mengikut kelas. Tali yg digunakan ditanda dgn garisan tengah dan dua lagi tanda masing2 berkejauhan lebih kurang 2 meter dari garisan tengah tersebut.

Pasukan A.


Pasukan B.


Kalau dulu org lihat sukan tarik tali ini adalah untuk golongan berbadan besar semata2, Tapi sekarang golongan berbadan kecil juga turut berpeluang menyertai acara ini untuk memenuhi peraturan supaya setiap pasukan tidak mempunyai kuota gabungan berat badan yg berlebihan, biasanya 500kg atau 600kg maksimum untuk setiap pasukan.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, pada pendapat gua selain drpd berat badan ahli2 pasukan, semangat dan kudrat juga memainkan peranan penting. Apa guna badan je besar, tapi kudrat org yg berbadan lebih kecil melebihi drpd mereka yg berbadan besar.

Seperti juga sukan 'armwrestling' yg gua dah share kat geng2 sume malam semalam, tips yg paling penting dalam acara 'Tug of War' ini adalah..........

"NEVER GIVE UP. NEVER BACK DOWN."

Hahaha gua rasa itu je kot untuk post malam neh. Selain daripada sukan tarik tali. Lelaki dan perempuan yg saling menyukai antara satu sama lain juga kerap diibaratkan seperti main 'tarik tali'. :))

Okay gua OUT dulu. Jumpa lagi di lain post! Sayonara apertura!

p/s: Amaran. Sukan 'tarik tali' boleh menyebabkan sakit pinggang. Adeh! T T

No comments:

Post a Comment