Geng, bulan depan mungkin gua akan menyertai pertandingan armwrestling a.k.a gusti lengan antara jurutera2 dan executive dalam department kilang tmpat gua bekerja. Gua amat2 menggemari sukan sebegini dan berminat untuk share sikit2 mengenai armwrestling.
Armwrestling a.k.a Gusti Lengan.
Armwrestling adalah sukan di antara dua org peserta. Setiap peserta mempertaruhkan sebelah lengan mereka, sama ada kanan ataupun kiri, dgn syarat kedua2 mereka menggunakan lengan yg sama. Lengan mereka diletakkan di atas satu permukaan, dgn siku dibengkokkan dan menyentuh permukaan tersebut sementara menggenggam tangan masing2.
Matlamat utama sukan gusti lengan ini adalah untuk menindih lengan pihak lawan ke permukaan, dgn tangan yg menang menghempap tangan yg kalah. :)
Jika kedua2 peserta dilihat hampir sama kuat dan kedua2nya tidak mahu mengalah, keputusan seri mungkin akan diberikan untuk mengelakkan kedua2 peserta mengalami kekejangan otot lengan, melainkan salah seorg peserta menyerah kalah.
Sukan gusti lengan ini juga mudah mengundang kecederaan. Sukan ini mengenakan daya torque atau twist ke atas tulang humerus pada bahagian atas lengan. Lengan yg cedera biasanya gagal disebabkan pematahan diagonal pada atau di bawah titik tengah di antara bahu dengan siku.
Typical fracture.
BUT ON THE BRIGHT SIDE, sebagai persediaan untuk berjaya dalam sukan armwrestling ni, beberapa langkah perlulah dibuat. Antaranya seperti:
- Bermain dumbell sekurang2nya 10kg.
- Berlatih untuk melemahkan psikologi pihak lawan.
- Ambil masa untuk berehat, tapi dalam keadaan sentiasa berjaga2 semasa perlawanan.
- Paling penting, NEVER GIVE UP. :))
Ini practice ke buat lawak ni? HAHAHA!
p/s: Jumpa lagi di lain post! ^^
No comments:
Post a Comment