Sunday, August 14, 2011

Hari ke-12 puasa.

Hari ke-12 puasa hari tu, hajat di hati nak berbuka puasa dgn family gua di rumah. Jadi gua shoot terus ke Seremban drpd tempat kerja. Agak awal sebab baru pukul 5. Tapi takpe just in case ade ape2 ke along the way, gua dapat la sampai right on time sebelum waktu berbuka.

Tapi gua hanya merancang, Tuhan yg menentukan segalanya, kali ni gua terkena. Sekali gua berbuka dalam kereta jelah. Terpaksa geng. Ni semua penangan jammed hari Jumaat. Gua jarang balik terus lepas kerja, padahnya, inilah. HAHAHA.

Paling worst, gua hanya berbuka puasa dgn Clorets je. Nak berenti mane2 susah, sebab traffic yg sgt heavy. Nak singgah mane2, takut nanti lambat sampai lah pulak. Jadi, berbekalkan Clorets yg dah memang ada dlm kereta gua, gua berbuka. Ey, ini Clorets dah lame ade okay, sebelum puasa lagi. Bukan gua tak puasa!

Berbuka dalam kereta lah!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, setelah 3 jam berada dalam kereta, hampir pukul 8, gua tiba di rumah. Gua tak buat ape, tak mandi, tak salin baju, gua terus mengadap meja makan. Hahaha. Gua makan kenyang2. Nikmat sebab berbuka dgn family, biasalah, macam2 jenis makanan adalah geng!

Setelah kekenyangan, berbekalkan 'penat' sebagai alasan, gua tak pergi terawikh. Haha takdela penat sangat pun. Saje prepare alasan supaya mak gua tak bising. Heee.

Morale of the story, jangan cakap besar, jangan overconfident. Hahah. Perbuatan cakap besar dan overconfident gua sebelum gua gerak balik, kononnya dapat sampai right on time, tidak mengendahkan pendapat kawan2 yg mengatakan jalan bakal jammed, menjadi balasan Tuhan terhadap gua, siap cash lagi Dia bagi. Insaf. Hahah.

Hm hm gua nak berganjak ke post seterusnya, selamat berbuka puasa!

p/s: Terbau2 sudah juadah untuk berbuka puasa kejap lagi!

Thursday, August 11, 2011

Hari ke-11 puasa.

Salam geng, hari ke-11 puasa, gua berbuka KFC daa. Haha saje gua melayan ajakan member2 yg cukup suke berbuka di restoran fast-food bagai neh. Ini first time gua join berbuka puasa di fast-food, haha sebab terliur sejak dari semalam lagi. Danggg.

Gua kalau ke KFC memang xleh belah dgn ayam2 yg boleh buat gua muak dan muntah. Sebagai solution, gua gerenti akan order mane2 set yg ade seketul je ayam, then yg lain2, burger ka apa lanc*u ka gua beli ala carte. HAHAHA. Baru kenyang dan happy geng, xdela kenyang teramat sampai nak termuntah. Hehehe.

Meng-order mengikut nafsu ketika bulan puasa memang best. Tapi nak menghabiskannya yg paling renyah. Taktau la org lain mcmane kan, tapi gua tengok geng2 gua tadi ber-passing2 ayam. Takleh habis beb, mane nak habis ayam besar gajah, 3 ketul sorg pulak. Aiyark.

Nom nom nom!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, hari2 makan nasi masak sendiri dgn lauk, ini hari makan ayam dan twister bagai pun macam layan jugak. Sekali sekala tukar selera. Ape salahnye kan geng?

Hm hm the best part, sambil order usha awek, sambil tunggu waktu berbuka usha awek, sambil makan pun mesti mau usha awek. Apesal ramei sangat hah awek kat luar tadi? Semua pun mau berbuka kat luar kah? Hahah. Kenyang nafsu dalaman gua. HAHAHA.

Okaylah geng, xmau merapu dah. Gua nak OUT dulu, nak packing barang, esok mau pulang berbuka puasa di kampung mak ayah lah pulak! Haha tak sabar geng! Naku keluar kejap dari gaya hidup bujang makan nasi ala rambo. Hah!

Semoga berjumpa lagi di lain post geng2 semua, dan selamat meneruskan ibadah puasa! Wassalam.

p/s: Dah sampai mood untuk menulis kad raya, siapa mau, roger gua!

Wednesday, August 10, 2011

Hari ke-10 puasa.

Eh geng, dah 10 hari puasa? Hahah sekejap nye! Hm hm. Salam geng, hari ni gua sendiri tak perasan dah 10 hari kita berpuasa. Dah 10 hari gua post pasal puasa je sebab gua memang tak sabar nak beraya, walaupun beraya tanpa apa2 advance drpd company gua. Huuu.

Aah tu tak penting, ikut suka dorg la xmau bagi pun, gua takdenye nak merayu suh bagi jugak. Gua pun ada maruah ape. Hahaha. Oo budak baru tak cukup setahun tak buleh dapat advance ye, takpe.

Hm hm hari ni gua banyak keje geng, tu satu sebab jugak gua sedar tak sedar dah hari ke-10 Ramadhan. Haih. Terawikh ke mana apa ke mana ni. Nak kena start balik la ni. Tiap2 malam gua malas. Asal lepas berbuka je gua malas. Aiyaya.

Haa gua kene kasi motivated sikit la bulan puasa ni, kalau tak buat ape nak countdown berapa hari lagi nak raya pun. Huuu. Skarang ni gua kena focus untuk teruskan berjimat, dan menambahkan kerajinan untuk ke surau tiap2 malam. Barula gua rasa penuh bermakna Ramadhan gua kali ini.

"ECECE."

Ikat perut geng, perut ada shape, duit pun jimat!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, boleh tahan banyak jugak simpanan gua bulan ni. Tak sia2 gua menahan nafsu serakah gua. Hahah. Kalau tak tak bolehnye gua kaya macamni. Alaa lagi pun sebagai langkah persediaan, sebab duit advance raya tak dapat!

Haa beginilah hidup gua di bulan puasa sementara gua bujang nih. Gua dah tak bujang nanti kirim salam jela dgn hidup 'rambo' macam ni kan. Ade org jaga beb! Itu yg best! LAGI BEST!

Eh eh nak promote kilang X pulak dah. Hahaha okaylah geng gua OUT dulu. Jumpa lagi di lain post geng! Selamat meneruskan puasa!

p/s: Aiyaya banyaknye kerja menunggu gua esok!

Tuesday, August 9, 2011

Hari ke-9 puasa.

Salam geng, hari ni hari ke-9 sudah umat Islam berpuasa. Masuk hari ni dah 8 kali gua tak bangun sahur, sekali je gua bangun, itu pun hari minggu. Haa, hebat tak? Hahah. Takde ape, gua takde hal pun tak makan sahur, cuma faedah puasa gua la yg kurang sikit kan, sebab gua tak bangun. Heheh.

Hari2 berlapar kat tempat kerja pun takpe, paling busuk pun gua curi2 tido jela. Hahaha. Hm hm, bukan ni sebenarnye yg gua nak citer malam ni.

Pagi tadi gua dengar ada ura2 yg hampir2 sahih mengatakan gua dan yg lain2 tak dapat bonus untuk raya tahun ni. Terbakar gua mendengarnya, walaupun pada muanya gua buat2 tak tau, pura2 tak berharap pun nak dapat bonus. Kononnya takut tinggal harapan.

Tapi skang, ape sudah jadi, dalam pada kepura-puraan gua tidak berharap pada bonus raya tahun ni, diam2 gua susah hati. Alamak, macamana gua nak raya tahun ni, berapa banyak sangat je duit raya gua boleh bagi. Dahla raya pertama gua sebagai org bekerjaya. Baju melayu tak payah cakap la, dah tentu2nya gua pakai yg tahun lepas punya.

Give me money lah, NOOB!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, dah agak2 raya tak berduit tu, pandai2 la cover dgn melebih2kan kasih sayang semasa beraya. Senang citer, orang beraya dengan duit bonus, gua beraya dengan kasih sayang. HAHAHA.

Amacam geng? Tak kesian ke, duit raya tak dapat, nak bagi kat budak2 pun belum tentu. Apelah sengal sangat nasib gua kat kilang X ni. Tapi takpe, tahun depan masih ada, itupun kalau gua hidup lagi. Kalau tak, gua jadi hantu gua pegi kacau kilang X buat kerja. Haaaa tau takut. Heheh.

Okaylah geng, itu je nak bagitau. Nak kata sedih, gua tak sedih pun. Pasrah jela kan? Ala, apa ada hal. Hehe. Gua OUT dulu, jumpa lagi di lain post. Wassalam.

p/s: Sekali lagi diulang, orang beraya dengan duit, gua beraya dengan kasih sayang. Peace brother!

Monday, August 8, 2011

Hari ke-8 puasa.

Salam geng. Hari ni hari ke-8 puasa, dan gua terasa masa berjalan dgn terlampau pantas sampai gua sendiri tak sedar gua dah ade kat office drpd awal pagi sampai petang tadi. Biasanya nak tunggu waktu balik bukan main menyeksakan. Cuba teka ape yg gua buat sampai terlupa semua benda hari ni?

Hahaha gua main GBA: Pokemon Emerald lagi hari ni. Bagi yg belum mengenali dunia GameBoy, terutama Pokemon, geng sume patut tau yg benda ni sgt2 buat gua jadi addict dan pulun untuk main sampai habis. Haa.

Gua main sampai waktu tghari bila staff sume tido waktu lunch hour, tapi gua tak tido. Sibuk dgn Pokemon. Hahah. Bila dah dekat pukul 3 lebih, baru gua gelabah. Gua teringat ade benda nak kene submit sebelum pagi esok!

"Aiyayaya."

Gua dah addict!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, nasib baik siap kerja2 gua, sempat jugak submit sebelum pagi esok. Hahah. Balik tetap sharp. Itu sudah semestinya. klau tak dah susah hati la gua malam ni, tak tenteram, silap2 esok kene dtg awal pukul 5 pagi. HAHAHA. Owh lupe nak cakap, boss gua sgt2 tegas dan garang! Aiyaya!

Tapi geng, lepas dah submit, esok kira macam free lagi, sebab next due date untuk task gua dalam 2 minggu lagi. Hahah. Geng tgk apa dah jadi dgn gua bulan2 puasa ni. Tak berapa ada mood kerja beb! Semua nak bertangguh. Tak elok! Hehe.

Jadi, jgnla tiru ape yg gua buat ni okay, cerita ni hanyalah sekadar pengajaran untuk geng2 sume, supaya tak terjebak dalam kemalasan berlipat ganda di bulan Ramadhan ni. Sepatutnya, bulan2 macamni lah kita rajin berlipat kali ganda betul tak? Hahah, okay geng, jumpa lagi di lain post. Selamat berterawikh! Wassalam.

p/s: Esok boleh main Pokemon lagi! HAHA!

Sunday, August 7, 2011

Hari ke-7 puasa.

Salam geng, sedar tak sedar, hari ni hari ke-7 puasa, dah seminggu lah geng. Haa. Macamtu je masa berlalu meninggalkan gua terkejar2. Hahah.

Hm hm. Mula dgn sahur, ecece rjin pulak gua bangun sahur hari ni. Pelik! Haha makan tomyam plak tuh. Habis nasi se-periuk. Lepastu ape lagi, kerja2 meng-clear-kan sink dilakukan di awal pagi, kedengaran bunyi seakan bertukang2. Memang macamni agaknye bila lelaki buat kerja2 dapur. Hee.

Hari ni pun takde ape sgt yg gua buat, melainkan bermain permainan emulator GBA: Pokemon. Hahah. Tak pelik ke geng, seorg jurutera berusia 23 tahun masih lagi gian bermain Pokemon? Tak payah pelik, hakikatnye, gua memang kebudak2an dalam bab2 gaming neh. HAHAHA.

Terperangkap dalam dunia gaming. Hahah.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, berjam2 main, sedar2 dah petang dah. Masa membeli makanan utk berbuka la plak. Tapi main game ni tak habis mission lagi ni mcmane? Nak beli dulu ke nak teruskan main? Jwpannye, gua teruskan main!

Hahaha dah lewat sgt2, dkat pukul 6.30 petang baru gua keluar mencari sesuap lauk, sedangkn budak rumah gua dah pergi seawal pukul 5.00. Ahh gua tak kisahla makan sedap ke, kat bazaar ke kat mane ke, yg penting gua kenyang lepas berbuka. :P

Kalau tak pergi bazaar untung jugak sebab tak membazir melayan nafsu makan gua. Hahah. Jadi geng, teruskan berjimat di bulan puasa ni okay? Nafsu je sume tu. Ingat.

Okaylah, jumpa lagi di lain post. Selamat berpuasa semua! :)

p/s: Terasa macam cepat sangat masa berlalu tahun ni. Haih. T T

Saturday, August 6, 2011

Hari ke-6 puasa.

Geng, hari ke-6 puasa tahun ni, jatuh pd hari Sabtu daa. Macam biasa lah bila tiba Sabtu, ape lagi yg gua buat melainkan tido setido-tidonye? Tak payah tunggu bulan puasa beb, sebelum bulan puasa pun gua boleh terbongkang dari pagi sampai ke petang. DAHSYAT lah.

Harap2 diterima la ibadah puasa gua. Kepenatan bekerja di hari2 bekerja membuatkan sesiapa sahaja yg macam gua ni boleh pengsan satu hari. Ape nak jadi lah.

"HAIH."  T T

Tapi geng esok gua ingat gua nak jadi manusia berguna la, yg tak tido je satu hari suntuk, kalau nak dikira berapa lama dah gua habiskan masa dgn tido ni geng, memang gua rugi sangat2 jadi seorg manusia. Hahah. Segan lol.

Terbongkang.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, sekali lagi bulan puasa menjadikan gua seorg yg bersabar apabila hampir2 bergaduh dengan rakan serumah. Haha jgn risau, xde ape2 yg buruk terjadi pun. Nasib baik gua masih mempunyai kewarasan utk menyelesaikan masalah tanpa menggunakan apa jua bentuk kekerasan dan perasaan tidak puas hati di hari2 kemudian.

Kadang2 gua ade jugak terfikir, alangkah bagusnye kalau housemates yg ada ni semuanya strangers, yg gua tak pernah kenal sebelum ni, dan jgak bekerja lain2 tempat. Takdelah terlalu mudah mencetus konflik? Tak betul ke geng?

Sebabnya, kebanyakan org yg hari2 kita jumpa mungkin akan membuatkan kita makin lama makin kenal baik buruknya, kalau banyak yg baik drpd yg buruk takpe. Tapi kalau banyak yg buruk drpd yg baik? Err mintak dijauhkan. Ada org kata tak perlu nak buat baik sgt ngan org, tak perlu nak jaga sgt hati org yg tak jaga hati kita. Tapi gua tak setuju, kalau semua org jadi selfish, sape lagi yg nak bertimbang rasa dalam dunia ni?

Akhirkata, selamat meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni, moga2 puasa kita diterima Tuhan. Walau kita tak ada sape2 yg peduli, kita masih ada Tuhan utk kita peduli, dan dipedulikan. Jumpa lagi di lain post geng! Selamat beramal!

p/s: Biar org buat jahat pada kita, kita jgn buat jahat balik pd dorg kalau tak tak ada perbezaan pun antara kita dgn org yg buat jahat tu. Same je, kan? Peace!