Geng, hari ke-6 puasa tahun ni, jatuh pd hari Sabtu daa. Macam biasa lah bila tiba Sabtu, ape lagi yg gua buat melainkan tido setido-tidonye? Tak payah tunggu bulan puasa beb, sebelum bulan puasa pun gua boleh terbongkang dari pagi sampai ke petang. DAHSYAT lah.
Harap2 diterima la ibadah puasa gua. Kepenatan bekerja di hari2 bekerja membuatkan sesiapa sahaja yg macam gua ni boleh pengsan satu hari. Ape nak jadi lah.
"HAIH." T T
Tapi geng esok gua ingat gua nak jadi manusia berguna la, yg tak tido je satu hari suntuk, kalau nak dikira berapa lama dah gua habiskan masa dgn tido ni geng, memang gua rugi sangat2 jadi seorg manusia. Hahah. Segan lol.
Terbongkang.
BUT ON THE BRIGHT SIDE, sekali lagi bulan puasa menjadikan gua seorg yg bersabar apabila hampir2 bergaduh dengan rakan serumah. Haha jgn risau, xde ape2 yg buruk terjadi pun. Nasib baik gua masih mempunyai kewarasan utk menyelesaikan masalah tanpa menggunakan apa jua bentuk kekerasan dan perasaan tidak puas hati di hari2 kemudian.
Kadang2 gua ade jugak terfikir, alangkah bagusnye kalau housemates yg ada ni semuanya strangers, yg gua tak pernah kenal sebelum ni, dan jgak bekerja lain2 tempat. Takdelah terlalu mudah mencetus konflik? Tak betul ke geng?
Sebabnya, kebanyakan org yg hari2 kita jumpa mungkin akan membuatkan kita makin lama makin kenal baik buruknya, kalau banyak yg baik drpd yg buruk takpe. Tapi kalau banyak yg buruk drpd yg baik? Err mintak dijauhkan. Ada org kata tak perlu nak buat baik sgt ngan org, tak perlu nak jaga sgt hati org yg tak jaga hati kita. Tapi gua tak setuju, kalau semua org jadi selfish, sape lagi yg nak bertimbang rasa dalam dunia ni?
Akhirkata, selamat meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni, moga2 puasa kita diterima Tuhan. Walau kita tak ada sape2 yg peduli, kita masih ada Tuhan utk kita peduli, dan dipedulikan. Jumpa lagi di lain post geng! Selamat beramal!
p/s: Biar org buat jahat pada kita, kita jgn buat jahat balik pd dorg kalau tak tak ada perbezaan pun antara kita dgn org yg buat jahat tu. Same je, kan? Peace!
No comments:
Post a Comment