Helo geng. Memetik kembali
post gua di Facebook sebelum ni pasal '
Kenapa perempuan kena kawin dgn engineer?', berbanding dgn graduan2 drpd jurusan undang2, pentadbiran, seni, mahu pun perubatan, teruk giler gua kene hentam dgn beberapa perempuan, terutamanya drpd golongan bakal doktor yg sama sekali tidak bersetuju dgn hujah2 dalam
post terbabit. :)
Untuk original post pasal tu, yg sememangnye cambest untuk dibaca di kalangan wanita yg masih mencari2 calon suami, sila klik dgn
happynye di sini;
http://www.facebook.com/note.php?note_id=195421467145401&id=1284602243.
Enjoy!
Okay, kali ni gua nak citer kat sini plak, bukan di Facebook lagi dah. Gua nak citer pasal '
Kenapa lelaki memilih seorang cikgu sebagai isteri?', :)) Gua sendiri sebagai lelaki yg sudah bekerjaya, turut memasang niat untuk mencari calon isteri di kalangan cikgu2.
Nak tahu ape sebab2 gua dan kebanyakan lelaki2 lain yg turut mempunyai hasrat same mcm gua, sila teruskan membaca. :D
Antara sebab2 gua mencari2 seorg cikgu ataupun bakal cikgu sebagai calon isteri adalah:
1. Hidup berjadual.
Bukan kata wanita yg mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan, sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau lu org tgk cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam
periodic table tu. Jadi kalau suami dia tu seorg jurutera, mcm gua ni, memang senang nak kejut org bangun pagi. Hahah!
05.00am: Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
05.50am: Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
06.20am: Bersiap nak keluar rumah, menuju ke sekolah.
07.10am: Sampai di sekolah.
07.30am: Mula kelas.
10.10am: Rehat.
10.30am: Masuk kelas balik.
02.00pm: Balik rumah, kalau xde kelas tambahan atau aktiviti sekolah.
Senang kan? :P Jadi kalau dah berkahwin, si isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dgn lebih sempurna, InsyaAllah.
Pagi: Sarapan + kemas rumah + memasak.
Tghari: Makan tghari + duduk dgn suami,
Petang: Rehat + minum petang + sediakan makan malam.
Malam: Buatlah aktiviti ape2 yg perlu. :)
2. Dedikasi, commited dan penuh commitment.
Seorg guru yg hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat2 kerja biasanya akan penuh sifat2 di atas. Bukan ape, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu 100peratus dan budak2 pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yg diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah lu org dengar org lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya apabila berlakunya keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada! X0
Semua nak salahkan cikgu, Maka, cikgu mestilah kena
commited. Konsep yg same lah. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan
commited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain.
Eh? (Sambil asah pensel dgn pisau di tepi) :DD
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak tanda kertas, ada skema jawapan. Nak bagi markah, ada garis panduan. Pakaian ke tempat kerja, ada etika. Sampai sekolah isi waktu kedatangan. Balik sekolah kena tekan lagi nombor di komputer. Yuran murid semua ada hitam putihnya. Nak kutip duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya? Nak berpeleseran?
Jauh sekali! ^^
Kena tangkap boleh kene buang kerja tau x? Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dgn tajuk, 'GURU..........'. Gila lue. Mane nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan berada dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan. Budak yg tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik2 yg basuh pinggan dan masak di kedai2 makan pun tertekan. Tak masuk lagi nak rebus daging dgn periuk bertekanan tinggi tu kan? Tapi mcmane nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu2 biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan. Selalunya ada, cuma akhir2 ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus2 semakin berkurangan dan beban kerja semakin bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ni.
Aktiviti luar seperti berbasikal lasak, memanjat gunung, berkayak, dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru2.
Plus, boleh ajak pasangan bersama. Elok2 dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti bersama suami sekali kan?
Pukul budak2 di sekolah? Grrr...
Itu bukan satu benda yg mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yg menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yg semua org suka betul pada kerjaya guru. Pengalaman peribadi geng2 gua yg bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu mintak tolong gua carikan mereka pasangan yg bekerja sebagai seorg guru.
Bakal doktor: Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nantu, habis belajar.
Gua: Okay, baguslah. Akhirnya.
Bakal doktor: Carikan aku calon isteri sorg?
Gua: Lue nak yg mcmana?
Bakal doktor: Aku nak yg kerja cikgu.
Gua: Eh, kenape xnak yg sama2 doktor jugak?
Bakal doktor: Susah, nanti waktu kerja x sama, nak cuti pun susah.
Gua: Ceh! Memilih syial. Habistu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor: Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun, mesti ada di rumah. Tak payah pening nak fikir nak ambil cuti ke jadah ape ke.
Gua: Hahahaha sempoi lah camtu bro. :)
6. Penampilan.
Ini sengaja gua tambah sebab org sana ada tulis pasal rupa. Dari segi wajah dan sebagainya, gua tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru2 biasanya punya penampilan yg sedap mata memandang.
Baju kurung tu geng. Hahah. Pergi sekolah mesti kena dgn gaya, Setiap hari ada je beberapa pasang mata yg akan memerhatikan langkah guru itu.
Masuk kelas tu, budak2 tengok. Masuk kelas sana, ada budak2 lain plak tengok. Budak2 yg suka, akan puji, "Cikgu lawa gila hari ni!". Sudahlah cukup dgn lawa, cantik, ada plak gila. Haih!
Sebab tu cikgu2 kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa? Sebab setiap org yg suka, biasanya budak2 yg akil baligh kalau sekolah menengah, dan budak2 yg jujur dan telus mcm budak sekolah rendah; selalu puji cikgu. Jadi, bukan satu masalah dan lu org x akan nmpak cikgu tu kemban2 bagai bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?
BUT ON THE BRIGHT SIDE, bende ni gua
post bukan untuk memburuk2kan mana2 graduan perempuan drpd jurusan lain, mahupun sang jejaka yg ber-awek-kan gadis2 drpd jurusan selain drpd perguruan. :D Kalau lu org marah, marah lah. Gua sekadar ingin berkongsi.
Are we cool? :)
Gua sentiasa berharap dipertemukan jodoh kalau boleh cepat lah kan, Gua dah penat dengar org laen cakap, "Nanti ade lah tu.....". Nak gua rembat je laju2. Hahah. Gua dah xnak jadi
playboy or casanova yg bajet mcm cool dah. Gua dah penat. Dah tiba masa gua mencari cinta sejati untuk diperisterikan. :)) Ini gua x tipu.
Okaylah geng, gua mau gerak dulu, mau sambung layan TV balik. Semoga lu org
enjoy menghabiskan saki-baki malam ni, sebab esok kena pergi kerja balik, atau pergi ke kelas kepada sesiape yg masih belajar. Hehehe.
p/s: Gua mencari cikgu bahasa Inggeris sebagai calon isteri. Ada ok x? Heeeee. :P