Malam ni geng, 9.30pm, satu pertembungan yg sentiasa menjanjikan aksi luar biasa, penuh kontroversi dan hiburan tidak terkawal sebelum ini, Liverpool vs Man Utd, di Anfied, satu persaingan penuh bersejarah yg juga sering menimbulkan emosi berlarutan. 2 perkara yg bakal menjadi elemen yg paling menonjol malm ni adalah misi revenge dan winning mentality.
Selama lebih satu abad English Premier League dipertandingkan setiap musim, kedua2 pasukan masing2 telah pun memenangi 18 title kejuaraan setakat ini, ditambah plak dgn permusuhan antara kedua2 jurulatih Liverpool dan Man Utd sejak era lewat 80-an dan awl 90-an, sehingga kini.
Bebudak lama Old Firm, Kenny Dalglish (kiri), dan Sir Alex Ferguson.
Liverpool menunggu ketibaan match ni dgn beberapa prestasi hambar sebelum ni, terbaru dorg tewas 3-1 kpda West Ham, begitu jugak dgn Man Utd yg tewas 1-2 kpda Chelsea di Stamford Bridge beberapa hari lalu.
BUT ON THE BRIGHT SIDE, demi menghadapi pertembungan yg penuh berprestij dan high-voltage nih, segala prestasi buruk kedua2 pasukan dalam perlawanan sebelum ni mungkin akan dilupakan dan sebaliknya masing2 mahu meningkatkan focus dan keazaman untuk mengatasi satu sama lain.
So geng ini die possible line-up kedua2 pasukan untuk match malam ni:
LIVERPOOL
Possible starting line-up: Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Aurelio, Kuyt, Lucas, Gerrard, Meireles, Maxi, Suarez.
Potential match winner: Steven Gerrard, kapten Liverpool yg mempunyai passion untuk Liverpool, dengan talent yg tidak dapat dibandingkan serta mampu mengulangi prestasi baik beliau ketika match di Old Trafford.
Steven Gerrard, midfield maestro Liverpool.
MAN UTD
Possible line-up: Van der Sar, O'Shea, Brown, Smalling, Evra, Nani, Scholes, Carrick, Fletcher, Giggs, Rooney.
Possible match winner: Wayne Rooney, penyerang Man Utd, 5 gol dalam 5 perlawanan terakhir beliau, juga big-game player, telah kembali kepada prestasi yg membanggakan penyokong2 Man Utd.
Wayne Rooney si muka Shrek, akhirnya menemui cara utk melakukan jaringan.
PREDICTION
Statistik menunjukkan hanya satu drpd 21 pertembungan Premier League antara kedua2 pasukan berakhir dengan keputusan seri. Walaupun keputusan seri yg dilihat agak mustahil malam ni, disebabkan pungutan mata drpd perlawanan ini amat penting bagi kedua2 pasukan, gua memilih utk kedua2 pasukan hanya mampu seri, 1-1. :))
So geng, jom kite gerak ke mane2 port yg ade skrin besar utk match malam ni, esok jela baru fikir balik pasal kerja. Betul x? Hahaha! :DD
p/s: Gua masih lagi mengharapkan kemenangan bagi Liverpool, dan kemunculan Andy Carroll utk match malam ni! :)
No comments:
Post a Comment