Geng, entry blog kali ni dipost adalah sebagai satu review ala-ala "Kalaulah gua tidak menjadi seorg jurutera pada hari ini, tentu gua akan menjadi seorg ..........". Selain drpd seorg arkitek, businessman, pemain bola sepak, pelumba kereta dan bermacam-macam lagi, kalau gua tidak menjadi seorg jurutera, gua mungkin menjadi seorg GURU.
Kenapa gua memilih utk menjadi seorg guru? Kerana dgn menjadi seorg guru, kehidupan dan cara kerja anda setiap hari mungkin akan berubah2. Hari ni mungkin anda perlu menjadi seorg pendidik dan pembimbing, esok lusa anda mungkin pula perlu menjadi seperti seorg psychologist, paramedic, tech support, pelakon, ahli meditasi, pengurus, jurulatih, pembantu peribadi, mahupun pekerja sosial.
BUT ON THE BRIGHT SIDE, semua ini hanyalah semata2 demi memastikan didikan yg diberikan terhadap anak2 murid adalah sempurna dan membentuk masa hadapan mereka. Jadi geng, dah tentu2nya hidup anda tidak akan pernah bosan sekiranya menjadi seorg guru, kan? Hahah.
Melatih budak2 mengenai Pendidikan Jasmani? Memang gua suka!
p/s: Kadang2, kita perlu keluar drpd 'zon keselesaan diri' supaya tidak bosan dgn kehidupan yg hampir sama setiap hari. MUAK!
No comments:
Post a Comment