Geng. Malang betul bile dah dekat2 5.45pm, time nak balik, boss gua bagi keje dan nak petang tu jugak. Haih boss, tau lah lue selalu balik lambat dan lue tak kisah pun balik lambat. Tapi kenape dah dekat nak balik sgt, barula nak bagi gua keje itu ini, urgent, nak cepat bagai. Masa gua free, rilek2, takde pun keje datang cari gua. Dem lah boss.
Tapi takpe boss. Gua layankan aje. Lagi pun hari ni Jumaat kan, esok pun cuti weekend, n gua plak tak balik kampung pun minggu ni. Nasib baik boss, nasib baik. Hahah. Pergh tu dia gua balik dekat pukul 7 hari ni. Dah maghrib barula nak sampai rumah. Hish.
"MENGELUH JE TAU."
Buat keje, buat keje. Huh.
Aiyaya workstation hanged plak, org nak cepat ni!
Okay dah nak siap.
Siap pun. Balik! Eh, dah pkul 7?
BUT ON THE BRIGHT SIDE, bleh la gua enjoy je weekend nih tak payah nak fikirkan keje yg belum setel ke ape ke. Nice one, really. Hahah. Jadi geng, ape plan geng2 sume untuk weekend kali ni? Gua dah ada plan gua. Hahah.
Esok ade sukan sikit. Gua main golf putting. Simple je. Boleh menang ke tak gua tak peduli. Hm, Ahad plak, gua tido je kot. Cover balik hari2 yg gua tak cukup tido tuh. Hahah. Can't wait!
Gua gerak dulu geng, Jumpa lagi di lain post. Enjoy your weekend!
p/s: Buat kerja tu ikhlas la, jangan merungut. HAHAHA. :DD
No comments:
Post a Comment