Friday, July 22, 2011

Roller-coaster, emotionally.

Geng, emosi yg sangat tidak stabil selalunya diberi jolokan 'emosi roller-coaster', sebab roller-coaster tu sendiri bergerak pada kelajuan dan kedudukan yg berubah2. Kejap laju, kejap perlahan, kejap kat atas, tiba2 kat bawah plak.

Tapi geng gua ade definisi sebenar mengenai 'emosi roller-coaster' ni. Untuk pengetahuan lanjut sila layan video clip di bawah ni dulu. :)

Haha enjoy!



Haha macamane geng? Sekejap je kan emosi budak ni berubah? Mule2 cuak gile muke budak ni gua tgk. Lepas tu bleh die bantai nangis. Sikit lagi mau terkencing dalam seluar. Fuhh nasib baik. Kalau tak sampai ke tua budak ni tak dapat awek. Tak macho punye pasal. HAHAHA.

Main roller-coaster ni bukan kali pertama utk budak ni. Tapi perasaan takut pada awal2 stage tu mesti akan ada. Lepas2 tu dah okay laa. Siap nak ajak ayah die naik lagi skali beb, dan berkali2 lagi lepas tu gua pun tak tau. Hahah.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua sendiri tak penah tgk sebegitu cepat emosi seseorg boleh berubah. Good job gua ucapkan kepada si ayah yg berjaya test power tahap keberanian anak die. Sweet memory macamni mmg dorg anak-beranak ni boleh ingat sampai bile2 beb. Yeah!

Mungkin lepas ni gua pun patut try main roller-coaster, nak jugak test power keberanian dan emosi gua neh. Tak penah try geng, tak penah ade peluang. Masa kecik takde org nak bawakkan, dah besar ni busy segala macam hal. :)

Mesti BEST!!


Okaylah geng gua nak OUT dulu, hujung minggu datang lagi, kepada yg sibuk semasa hari2 bekerja tu, rehatla puas2 okay? Gua pun nak membongkang je esok kalau larat. HAHAHA.

Enjoy your weekend!

p/s: A good "WHOOOOOO!" solves problem sometimes. :)

No comments:

Post a Comment