Thursday, July 21, 2011

Asia Tour 2011 round-up.

Geng, dgn berakhirnya game Malaysia XI vs Chelsea tadi, maka berakhirlah siri jelajah Asia Tour 2011 oleh pasukan2 Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea, menjelajah Asia dan Malaysia. Err. Men'jelajah' ke men'jajah' entah. Gua pun tak tau. Tapi Arsenal dan Liverpool mungkin kire menjajah kot. Chelsea? TAK!

Jadi geng jom tgk gua round-up sikit game2 Arsenal, Liverpool dan Chelsea menentang Malaysia XI pada 13, 16 dan 21 Julai. Kita tgk siapa yg boleh kitai Malaysia, siapa yg fight2 dgn Malaysia, dan siapa yg mengharapkan hanya sebijik own goal kontroversi untuk hampir2 kitai Malaysia. :HAHAHA.

Enjoy!

Malaysia XI [0-4] Arsenal
Scoresheet:
0-1 Ramsey (pen) 5′
0-2 Walcott 37
0-3 Vela 58
0-4 Rosicky 90

KITAI ke TAK KITAI? = KITAI!!

Alex Song (Arsenal) vs Asraruddin (Malaysia XI)


Carlos Vela (Arsenal) vs Khairul Fahmi (Malaysia XI)


Malaysia XI [3-6] Liverpool
Scoresheet:
0-1 Adam 26′
1-1 Safiq 42
1-2 Ngog 58
1-3 Ngog 69
1-4 Maxi 74
2-4 Safee 79
3-4 Safee 81
3-5 Maxi (90+1)
3-6 Kuyt (90+3)

KITAI ke TAK KITAI? = FIGHT2!!

Charlie Adam (Liverpool) vs Safiq Rahim (Malaysia XI)


Safee Sali (Malaysia XI) vs Liverpool


Malaysia XI [0-1] Chelsea
Scoresheet:
0-1 Tarmizi (o.g) 80′

KITAI ke TAK KITAI? = TAK KITAI!!

Fernando Torres (Chelsea) vs Daudsu (Malaysia XI)


BUT ON THE BRIGHT SIDE, Tahniah kepada semua pemain2 Malaysia, skuad pilihan Malaysia yg sekurang2nya berjaya memberikan tentangan sengit kepada setiap pihak lawan yg datang memberi cabaran terhadap bola sepak negara, walaupun mereka ternyata jauh lebih hebat drpd kita.

Dan semoga berjaya juga gua ucapkan untuk perlawanan seterusnya yg melibatkan skuad bola sepak negara menentang pasukan Singapura sebagai perlawanan Pra Piala Dunia 2014, back to back, pada 23 dan 28 Julai ini.

Diharapkan semoga skuad bola sepak negara mampu menghadiahkan kemenangan bermakna menentang musuh tradisi negara kita sejak dari dahulu lagi, InsyaAllah.

Akhirkata drpd gua, majulah bola sepak untuk negara. Syabas dan trimas semua! OUT dulu geng, jumpa lagi di lain post!

p/s: Goal line technology, wajar ke tak wajar? Selamat berfikir dgn maju jaya. :))

No comments:

Post a Comment