Monday, April 18, 2011

Arsenal vs Liverpool update.

Selamat pagi geng! Ini ade sedikit update tentang game malam tadi, Arsenal vs Liverpool yg berakhir dengan keputusan seri 1-1. Kedua2 gol dijaringkan melalui sepakan penalti di masa tambahan selepas minit ke-90. Gua hampir2 tutup tv dan blah setelah Arsenal mendapat sepakan penalti di hujung2 permainan.

Gua jugak turut memerhatikan gelagat Arsene Wenger yg dimaki oleh Kenny Dalglish selepas masing2 enggan bersalaman selepas permainan. Wenger yg pada awalnya tak puas hati dgn keputusan pengadil untuk memberi sepakan penalti kepada Liverpool cuba menyatakan rasa x puas hatinya terhadap Kenny Dalglish sebelum bersalaman tetapi akhirnya perkataan yg keluar drpd mulut Dalglish, ialah 'f*ck off'.

Okay geng, ni die scoresheet untuk match malam tadi yg gua sendiri susah nak percaya. Gua ingatkan gol penalti Arsenal tu dah last-kick of the game, rupenye2 Liverpool pun turut mendapat penalti seminit lepas tu.

Scoresheet:
1-0 van Persie (pen.) 90+6′
1-1 Kuyt (pen.) 90+8

Goal celebration Arsenal selepas sepakan penalti Robin van Persie.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, padan muka Arsenal. Elok2 tgh leading di akhir2 perlawanan, dan ketika peluang mengejar title masih lagi terbuka, Emmanuel Eboue menolak Lucas Leiva di dalam kotak penalti di saat free-kick drpd Luis Suarez hampir2 menjadi last-kick of the match. Dirk Kuyt dengan yakin menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Berkecai harapan Arsenal mengejar title Liga Perdana Inggeris.

Hm hm match malam tadi menunjukkan fighting spirit Liverpool, walaupun dah hampir2 kalah. Gua turut berbangga dengan prestasi Liverpool malam tadi. Game malam tadi turut menyaksikan masa tambahan berlarutan sehingga 10 minit kerana sepakan penalti kedua2 belah pihak. Padah Arsenal. Hahah.

Okay geng, gua nak gerak pergi kerja dulu. Semoga berjumpa lagi di lain post. Oh yer, happy monday! Sayonara apertura Arsenal fans!

p/s: .....and you'll never walk alone.....

No comments:

Post a Comment