Tuesday, April 19, 2011

Tak pernah gua terfikir.

Geng. Gua semakin hampir menjadi seorang automotive design engineer yg tetap, dalam erti kata lain, dapat cormfirmation offer lah. Alaaaa, permanent staff. Hahaha. :DDD

Kilang tempat gua bekerja x besar, kecik je. Bukan kilang pengeluar kereta yg terbesar di Malaysia pun. Sikit2 tu ade laa. Hahah betul punye rendah diri. Sedar x sedar, dah dekat 6 bulan gua 'bergelumang' dgn dunia kejuruteraan automotif ni. Gua jugak hampir2 x pernah pun terfikir nak jadi jurutera dalam bidang automotif, design engineer plak tu. Sikit2 terfikir tu ade lah kot entah gua x ingat.

Gua ingat gua ni lepas grad jadi jurutera lasak2 sikit yg main2 dgn spanar ke playar ape ke. Baru maskulin. Hahah. Gua jugak hampir2 menjadi jurutera elektronik, jurutera pembuatan besi waja, x pun jurutera kat syarikat pembuatan tembakau. Tapi gua x dpt pun, sebab ade yg lebih layak drpd gua. Hm hm mungkin rezeki gua di sini agaknye, agaknye lah. :))

Lambat lagi la nak beli kete, baru nak comfirm ni haa. T T


BUT ON THE BRIGHT SIDE, esok gua dan rakan nak kene mengadap geng HR balik, entah ape yg nak di-interview lagi ntah. Harap2 sumenye berjalan dgn baik. Ibu ayah, kawan-kawan, geng2 bloggers, kasi wish yg terbaik okeh.

Haha geng, itu saje gua mau update hari ni, satu lagi hari yg membimbangkan. Bukan bimbang ape2, bimbang akan tibanya hari esok je. Hahaha biasela tu kan. Budak baru nak mule hidup. Berape byk punye interview daa yg gua dah hadapi nih, ditambah dgn esok plak. Huuu.

Okay2 gua gerak dulu geng2 bloggers sekalian, semoga berjumpa lagi di lain post. Sekian, wassalam.

p/s: .....will never walk alone tomorrow? Guess so. :))

No comments:

Post a Comment