Thursday, April 28, 2011

Bumble Bee vs Red Army

Geng, petang tadi berlaku pertembungan antara pasukan Bumble Bee menentang pasukan Red Army, yg dimenangi oleh team gua, Red Army dgn 4-0 tanpa berbalas sikit pun. Hahah. Hm hm kali ni gua hanya berada di tepi sideline setelah gagal pulih drpd kecederaan lutut.

Geng2 boss besar yg merangkap assistant managermanager, dan senior manager seperti biasa turut turun ke padang dan membuatkan keadaan menjadi riuh rendah dgn sorakan dan pertaruhan bagai, buat gua rase nak pulih cepat drpd kecederaan ni dan bersemangat giler nak main untuk next game, minggu depan.

Reaksi gua di tepi padang sebijik dgn mamat penyerang drpd Liverpool nih, dgn air muka yg teruja, senyum sinis melihat team gua yg bermain penuh keyakinan, dan gaya tepukan menyaksikan gol2 drpd team gua. Hahah.

Berdebar tapi tetap tenang menonton game.


Kagum melihat open-game yg cantik.


Bangga dengan gol2 yg dihasilkan.


Tepukan untuk kemenangan hebat 4-0. :))


BUT ON THE BRIGHT SIDE, gua juga tetap merasakan gua seperti sebahagian drpd team berjersi Merah yg main tadi walaupun gua tidak bermain. Gua selamba join 'war-cry' sebelum start game, dan sebelum half-time kick-off, dan turut memberikan high-applause dan menjerit2 suruh pemain penyerang bubuh gol. Heheh.

Selepas tamat permainan, ade jgak player yg pergi kat gua dan menjerit keseronokan, "Weh ko bile nak recover balik?!" Hahah. Terasa diperlukan jugak atas padang tu walaupun team gua pada hakikatnya dah menang besar. Gua ingat xde gua pun xpe tadi, dah leading kaw2 kan, ape lagi nak, level of confidence pun menggunung. Hahaha!

Next game lawan Sonic Blue, juara tahun lepas. Alah, gua dan yg lain2 sikit pun x gentar. Dengar kata Sonic Blue kalah 4-0 dengan The Crocs. Hahaha. Secara matematiknya, team gua yg seri 1-1 dgn The Crocs minggu lepas, mungkin akan turut membelasah Sonic Blue 4-0, macam game petang tadi. Hahah. Jadi, tak takut lah geng, bring it on! :DDD

Okay geng gua nak gerak dulu pegi cari makan dan buat ape2 yg patut dgn lutut kanan gua ni. Jumpe lagi di lain post!

p/s:  Team yg menang piala tahun lepas x semestinya tahun ni pun dorg menang jugak! Sonic Blue, boooooooo......... :P

No comments:

Post a Comment