Geng. Setelah penat menantikan first game pasukan gua dalam tournament bola sepak 11-sebelah yg bermula Selasa lalu, akhirnya, tiba pertembungan antara pasukan Red Army menentang pasukan The Crocs. Gua bermain dalam kesebelasan utama sebagai seorg left-back.
Nak tau ape itu left-back? Left-back adalah seorg pemain pertahanan kiri yg ditugaskan mengawal ketat pemain sayap kanan pasukan lawan, dan jgak digunakan untuk menandingi kelajuan pemain sayap kanan lawan tersebut. Seorg left-back juga turut akan membuat larian overlap untuk membantu serangan dari sebelah sayap kiri.
Gua jugak ditugaskan untuk mencantas sebarang loose-ball drpd pihak lawan di sebelah kiri dan melorongkan bola jauh ke hadapan utk diterima oleh pemain penyerang pasukan gua, di samping utk provide cover kepada center-back dan defensive midfielder yg cepat penat.
Okay geng kat bawah ni gua tunjukkan formasi asal pasukan gua iaitu 4-5-1, dgn gua sebagai left-back (LB), yg perlu banyak membantu center-back (CB), left-midfield (LM), center-midfield (CM), dan center-forward (CF).
Fulamak gua dah macam jurulatih bola sepak la pulak. Hahaha. Dulu memang ade terfikir nak jadi jurulatih pun, tapi jurulatih bola sepak sekolah rendah je la, tu pun kalau gua jadi cikgu PJ. Hahaha. :DDD
Formasi asal 4-5-1. Gua sebagai LB.
Formasi selepas half-time, 4-4-2. Hantaran jauh left-back kepada penyerang.
BUT ON THE BRIGHT SIDE, walaupun hanya mampu seri 1-1 tadi, gua tgk team gua yg berjersi serba merah dah nmpak macam Liverpool plak. Haaa, jgn nak kate mcm Man Utd. Gua tunjal2 nanti sume yg kata Man Utd, dan penyokong2 Man Utd skali. Pasukan lawan gua tadi, The Crocs plak berjersi hitam.
Melihatkan geng2 boss yg merangkap assistant manager, manager, dan senior manager yg turut membuatkan padang riuh rendah dgn sorakan dan pertaruhan bagai, buat gua rase semangat giler nak main untuk next game, Selasa ni.
Walaupun lutut kanan gua cedera dan terpaksa keluar sebelum game habis, gua sgt2 berpuas hati tgk team gua bermain. Baru dtg confidence terhadap pasukan gua sendiri yg sebelum ni gua mcm x yakin je bleh fight ngan team lain. Plak tu, merah menyala macam Liverpool. Hahaha.
Okay geng gua nak gerak dulu pegi cari makan dan buat ape2 yg patut dgn lutut kanan gua ni. Next game lawan ape ntah, Sonic Blue ke ape ke, gua dan yg lain2 sikit pun x gentar. Bring it on!
p/s: Gua dgr gua dpt pujian tadi. Hahaha dah lame gua dahagakan pujian, sungguh! :DDD
No comments:
Post a Comment