Tuesday, April 12, 2011

Andy Carroll, nampak ganas atau betul2 mengganas?

Geng. Andy Carroll, penyarung jersi no.9 yg baru bagi Liverpool berasa lega apabila akhirnya beliau berjaya membuka koleksi jaringannya untuk Liverpool, setelah menghasilkan 2 gol ketika menentang Man City awal pagi semalam.

Dengan brace yg dilakukan Andy Carroll, beliau kini tampak seperti pembelian bernilai 35juta pound yg berbaloi untuk Liverpool berbanding Fernando Torres yg dibeli oleh Chelsea dgn nilai 50juta pound dan Edin Dzeko yg dibeli  Man City dgn 27juta pound.

Fernando Torres sehingga kini masih lagi gagal membuka jaringannya untuk Chelsea setelah beraksi dalam 10 perlawanan bersama Chelsea manakala Edin Dzeko masih lagi gagal menemui jaringan dalam Liga Perdana Inggeris setelah hanya menjaringkan gol ketika Piala FA dan Liga Europa.

Andy Carroll, Liverpool - LULUS


Fernando Torres, Chelsea - GAGAL


Edin Dzeko, Man City - GAGAL


BUT ON THE BRIGHT SIDE, hasil jaringan dua gol drpd Andy Carroll, dgn bantuan hantaran terbaik Raul Meireles dan Luis Suarez yg banyak mengucar-kacirkan pertahanan lawan, ditambah pula dgn gol drpd Dirk Kuyt, Liverpool berjaya membenam Man City dgn selesa, 3-0, pagi tadi.

Berikut adalah highlights untuk match pagi tadi di Anfield:

Scoresheet:
1-0 Carroll 13′
2-0 Kuyt 34
3-0 Carroll 35

Ini juga adalah persembahan terbaik gandingan pernyerang baru Liverpool, Luis Suarez dan Andy Carroll di Anfield, sejak pembelian mereka Januari lalu.

Okay geng, itu je gua nak update malam ni. Sorry gua x dapat letak video highlights untuk match Liverpool vs Man City pagi tadi disebabkan copyrights policy drpd Liga Perdana Inggeris di YouTube.

Okay, gua kene gerak dulu. Semoga berjumpa lagi di lain post. Trimas kerana menjadi pembaca setia untuk blog gua ni. :)

p/s: .....and you'll never walk alone.....

2 comments: