Apabila jurutera bersukan, semuanya mesti nak dikaitkan dgn rumus. Main bola kalau nak menang pun kene ade momentum. Kalau pasukan tu main lembab atau xde momentum dan tujahan masing2, alamatnya memang sayur la pasukan tu. Tak pun hambar, seri tanpa jaringan.
Apabila jurutera bersukan, semuanya nak kena teliti dan detailed. Main tarik tali pun kene timbang berat dan buat percaturan supaya berat keseluruhan penarik2 setiap pasukan tidak melebihi 500kg. Buah pisang juga disuruh makan supaya tidak mengalami sebarang masalah sampingan ketika dalam toilet akibat sukan tarik tali.
Apabila jurutera bersukan, setiap struktur venue sesuatu acara turut dikaji, seperti struktur padang apabila cuaca panas ataupun selepas hujan. Padang mana yg elok untuk cuaca lembap, dan padang mana yg elok untuk cuaca yg panas terik juga turut diambil kira.
Apabila jurutera bersukan, semua jurutera yg kononnya tekun dan serius bekerja akan berkecenderungan menunjukkan sikap 'sebenar' masing. Barulah tau yg mana yg kelakar, yg mana yg kuat terjerit2. Pecah lubang. Hahah.
Apabila jurutera bersukan.
BUT ON THE BRIGHT SIDE, apabila jurutera bersukan, semangat kesukanan tu tetap ada, malah semangat untuk menang yg cukup tinggi sehinggakan tidak nampak erti penat dan putus asa. Selagi ada acara yg boleh join, selagi itu jurutera2 ini selamba join.
Begitu jugak dgn gua, gua jugak terikut2 dgn mereka2 yg cukup fanatik bila tiba kejohanan sukan, tak kira sama ada gua join acara tu ataupun sekadar menonton. Ada juga yg x main apa2 langsung, tapi utk setiap acara, gua tgk mesti ada muka mereka2 tu datang menonton. Steady lah!
Penonton2 di kalangan jurutera di tempat gua bekerja juga turut meriah dan hiruk pikuk memberikan sokongan, cukup dgn bendera dan vuvuzela untuk menyorak pasukan masing2. Ada juga yg siap mem'bahan' pasukan lawan lagi. HAHAHA!
Haaa geng, ape macam? Siapa kata jurutera hanya tau nak bekerja je. Sekali sekala mestilah nak fun dan happy2 jugak, kan?
Okaylah geng gua gerak dulu. Jumpa lagi untuk post2 seterusnya. Wassalam.
p/s: Majulah sukan, untuk jurutera. :))