Monday, May 9, 2011

Arsenal, Chelsea sama bingai. Liverpool TIDAK.

Helo geng. Malam semalam, Arsenal dan Chelsea, dua team bola sepak Liga Perdana Inggeris yg gua harap2kan dapat menyekat kemaraan Man Utd untuk merangkul kejuaraan liga buat kali ke-19, gagal melakukan seperti yg diharapkan.

Arsenal yg bermain lebih awal semalam, turun ke Stoke City dgn penuh keazaman (kononnye), tewas 3-1 di tangan Stoke yg terkenal dgn kejayaan mereka sebelum ini menyekat beberapa team2 besar EPL. Chelsea pula yg turun ke Old Trafford, Manchester, tewas 2-1 sekali gus membuka jurang perbezaan mata kepada 6 mata dgn berbaki hanya 2 perlawanan.

Berikutan kegagalan kedua2 team ini, peluang Man Utd merangkul kejuaraan liga serta mencipta rekod memenangi kejuaraan ke-19 lebih cerah skali gus mengatasi rekod yg sebelum ini dimiliki oleh Liverpool dgn jumlah 18 kejuaraan liga.

Jadi geng ni die scoresheet utk malam semalam. Memang mengecewakan gua, tak boleh harap langsung dua2 team nih. Huh.

Stoke City [3-1] Arsenal
Scoresheet:
1-0 Jones 28′
2-0 Pennant 40
2-1 v. Persie 81
3-1 Walters 82

Andrei Arshavin, prestasi merudum untuk Arsenal. Huh.


Man Utd [2-1] Chelsea
Scoresheet:
1-0 Hernandez 1′
2-0 Vidic 23
2-1 Lampard 68

David Luiz hebat, tp masih byk kene blajar. T T


BUT ON THE BRIGHT SIDE, Liverpool tetap no.1. Kenapa? Tengok video clip YouTube kat bawah ni baru lue tau. Entah kenapalah org suke buat filem pasal Liverpool. Kenapa? Sebab Liverpool adalah inspirasi sejati. Bukan inspirasi palsu ala Man Utd.

Arsenal? Chelsea? Heh. Lagilah palsu. Hahah jom geng enjoy video clip di bawah. Betul2 inspiring. Hee. :))

YNWA!


Okaylah geng, cukup setakat ini. Gua cukup2 kecewa dan kesal mengharapkan team2 lain yg bingai mengekang kemaraan team yg paling gua benci Man Utd. Lepas ni gua nak focus pasal Liverpool je, kerana gua tau Liverpool lebih hebat. :)

Malamni ade lg match EPL, Fulham vs Liverpool, hahaha. Apesal la Liverpool selalu main lewat2. Kan ke susah nak tgk nanti. Hish. Prediction drpd gua? Tak banyak, 3-0 je, xpun 3-1. Hahaha. Alaa Fulham je pun. Ape lah sgt. Tak luak pun geng. :P

Tapi xpe, semangat The Kop yg lebih penting, mengatasi segala semangat bola sepak yg lain, selain semangat bola sepak tanah air, (tetap no.1) Hehehe. 

Gerak dulu geng! Jumpe lg di lain post!

p/s: .....and you'll never walk alone.... :))

No comments:

Post a Comment