Monday, May 23, 2011

Liverpool & Juventus: Nasib yang sama.

Helo geng, sedikit pasal bola. Kancah bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris dan Serie A Itali bagi musim 2010/2011 telah pun berakhir dgn Man Utd dan AC Milan memenangi kejuaraan liga utama buat negara masing2.

Pelbagai rekod telah berjaya dipecahkan. Antaranya, Man Utd berjaya memintas Liverpool dgn memenangi kejuaraan liga yg ke-19 setelah kedua2 pasukan terikat dgn 18 kejuaraan sejak 2 musim lepas. Manakala di Itali, Zlatan Ibrahimovic yg bermain utk AC Milan berjaya memecahkan rekod selaku pemain pertama yg berjaya memenangi kejuaraan liga utk 8 musim berturut2 di mana2 sahaja kelab yg disertainya.

Namun, perhatian lebih ditumpukan kepada Liverpool dan Juventus. Dua buah kelab gergasi Eropah, masing2 mewakili Liga Perdana Inggeris dan Seria A Italy, gagal melayakkan diri ke sebarang kejuaraan Eropah pada musim hadapan. Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris dgn 58 mata drpd 38 perlawanan. Juventus pula menduduki tangga ke-7 Seria A juga dgn 58 mata drpd 38 perlawanan liga.

Persoalannya? Apa sudah jadi, dan kenapa jadi macamtu? Hahahah. Selaku peminat fanatik Liverpool, gua sudah semestinya akan menyalahkan Roy Hodgson, jurulatih Liverpool pada awal musim kerana kegagalan beliau memacu Liverpool ke kedudukan liga yg lebih bermaruah. Gua dah tentu2 tidak akan menyalahkan Kenny Dalglish, lagenda Liverpool suatu ketika dahulu yg telah bersusah-payah menaikkan kembali prestasi Liverpool bermula dari Januari hingga ke akhir musim.

Bagi Juventus pula, permulaan yg lembap di awal musim, dan pembelian musim panas yg tidak menyerlah menjadi punca utama kejatuhan kelab dari Turin itu. Kebangkitan semula melalui pembelian pemain baru pada Januari lalu tetap seakan sudah terlambat.

Kesimpulannya...................

"LIVERPOOL DAN JUVENTUS TIDAK AKAN KE EROPAH MUSIM DEPAN."

Joe Cole, seperti tidak berminat utk bermain utk Liverpool. GAGAL.


Alessandro Del Piero, kecewa dgn prestasi merudum Juventus.


BUT ON THE BRIGHT SIDE, ini bukan penghujung dunia (kata peminat yg positif), kedua2 pasukan ni mungkin akan dapat memberikan lebih tumpuan terhadap setiap perlawanan liga kerana tidak terlibat dgn mana2 liga kejuaraan Eropah. Walk on!

Maka dengan berakhirnya satu lg musim yg gagal, sebagai peminat setia Liverpool, gua nak buat situasi ni tetap bersesuaian dgn lagu tema Liverpool FC. :))

p/s: Gerak dulu geng! YNWAEnjoy! :DDD

You'll Never Walk Alone

When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden sky
And the sweet silver song of the lark
Walk on, through the wind
Walk on, through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone :))

No comments:

Post a Comment