Helo geng. entry gua kali ni gua tujukan specially untuk ibu gua, yg berada di Seremban, dgn ucapan "Selamat Hari Ibu,". Gua minta maaf sebab minggu ni gua x balik, rindu rasanya. Maafkan anakmu ibu yg banyak berdosa padamu, sekarang akan gua berterima kasih atas segala jasamu yg x akan dapat gua balas sepenuhnya, sampai bila2.
Di bawah ni ade some quotes untuk ibu gua, dan juga semua wanita, yg selalu memiliki cinta kasih, yg x akan pernah habis untuk diberikan. Selamat menyambut Hari Ibu. :)
"MOM,
You did so much for me.
You always working so hard.
So I've been thinking
and I've been decided,
that I'm not going to ask,
for any more FAVOURS."
"I LOVE YOU MOM." - haziq.nafis
Warna ungu dan bunga orkid, kegemaran ibu gua. :))
BUT ON THE BRIGHT SIDE, next Friday gua balik, gua bawakla ape2 buah tangan. Lagipun sebab nak amik adik kat UTP kan. Gua kena jugak balik. Tak sabar nak berjumpa semua family members gua, walaupun baru minggu lepas kita bersama. :)
Bersempena Hari Ibu ni, gua nak dedicate sebuah video clip, "A song for Mama" drpd Boyz II Men, kepada ibu gua, dan semua ibu2 yg tidak jemu mengasuh selama ini dan juga tidak pernah lupa membelai dan membimbing gua dan geng2 sepanjang masa.
Maafkan gua yg selama ini masih belum mengucapkan terima kasih atas jasamu ibu, maka bersama entry blog ini gua mengucapkan terima kasih atas jasamu ibu selama ini. Mungkin hanya ini yg mampu gua berikan untuk saat ini kerana kesemua jasamu ibu tidak akan termampu gua balas sampai bercerai gua daripada jasad dan nyawa pun.
Hm hm, dengan penuh rasa sayang dan berterima kasih lagi gua ucapkan, "Selamat Hari Ibu,". ;)
Okay, gua gerak dulu geng, ingin menelefon rumah bertanyakan khabar. Geng sume dah wish ke belum silalah wish. Sementara org tua masih ada, hargailah sebaik-baiknya. Enjoy the video clip!
p/s: Semoga berjumpa lagi di lain entry. Happy Mother's Day. :)
No comments:
Post a Comment