Tuesday, May 17, 2011

Final: Red Army vs The Crocs

Akhirnya, setelah hampir seminggu gua nervous menunggu tertunggu-tunggu, barulah tiba detik perlawanan akhir bola sepak kat kilang gua. Sebelum perlawanan bermula, gua macam dah nampak ada sinar medal yg bakal diperolehi, (cuma xtau medal kaler ape lah). Hahaha.

Hm thm ak banyak yg gua nak update, sebab gua betul2 dah lemau ni. Tersalah makan. Nak muntah, nak tido. Jadi geng, perlawanan akhir bola sepak 11-sebelah petang  tadi dimenangi oleh....................

"RED ARMY!!"

Haha pasukan gua, Red Army berjaya menewaskan musuh tradisi, The Crocs dgn keputusan 3-2. Hehe gua memang geram dgn The Crocs ni. Dulu dah jumpe dah sekali. Perlawanan pertama peringkat kumpulan. Haha sebab lawan dgn pasukan ni la lutut gua problem smpai skang.

Berbagai jenis aksi dan drama dapat dipertontonkan kepada para penyokong kedua2 pasukan tadi, antaranya sepakan penalti yg x masuk, sliding tackle yg kdg2 terlebih slide (yelah, padang basah) sampai mencetuskan kad, kerja2 mem-psiko team lawan, dan juga aksi buang padang yg dibalas dgn gol sepakan penalti drpd team lawan.

BUT ON THE BRIGHT SIDE, team gua champion geng! Waa-HAHAHAHAHAHA!!

Juara, juara! XD


"DAN...................."

Malas nak geng dgn yg kalah. Hahahaha!


Okay geng, gua gerak dulu, tilam dan bantal memanggil2. Semoga tahun depan team gua tetap maintain kuat macam skang ni. :)

Sebenarnye gua pun x bajet team gua hebat, dahla hebat, juara terussssss. Hahahah. Turun sebagai pasukan bukan pilihan pada mulanya, namun selepas beberapa siri persembahan mantap drpd pemain2, akhinya kitorg berjaya bergelar JUARA!!!

OUT dulu. Jumpe lagi di lain post! :DDD

p/s: We are the champions, and we keep on fighting til' the end!

No comments:

Post a Comment