Salam geng, hari ni hari ke-9 sudah umat Islam berpuasa. Masuk hari ni dah 8 kali gua tak bangun sahur, sekali je gua bangun, itu pun hari minggu. Haa, hebat tak? Hahah. Takde ape, gua takde hal pun tak makan sahur, cuma faedah puasa gua la yg kurang sikit kan, sebab gua tak bangun. Heheh.
Hari2 berlapar kat tempat kerja pun takpe, paling busuk pun gua curi2 tido jela. Hahaha. Hm hm, bukan ni sebenarnye yg gua nak citer malam ni.
Pagi tadi gua dengar ada ura2 yg hampir2 sahih mengatakan gua dan yg lain2 tak dapat bonus untuk raya tahun ni. Terbakar gua mendengarnya, walaupun pada muanya gua buat2 tak tau, pura2 tak berharap pun nak dapat bonus. Kononnya takut tinggal harapan.
Tapi skang, ape sudah jadi, dalam pada kepura-puraan gua tidak berharap pada bonus raya tahun ni, diam2 gua susah hati. Alamak, macamana gua nak raya tahun ni, berapa banyak sangat je duit raya gua boleh bagi. Dahla raya pertama gua sebagai org bekerjaya. Baju melayu tak payah cakap la, dah tentu2nya gua pakai yg tahun lepas punya.
Give me money lah, NOOB!
BUT ON THE BRIGHT SIDE, dah agak2 raya tak berduit tu, pandai2 la cover dgn melebih2kan kasih sayang semasa beraya. Senang citer, orang beraya dengan duit bonus, gua beraya dengan kasih sayang. HAHAHA.
Amacam geng? Tak kesian ke, duit raya tak dapat, nak bagi kat budak2 pun belum tentu. Apelah sengal sangat nasib gua kat kilang X ni. Tapi takpe, tahun depan masih ada, itupun kalau gua hidup lagi. Kalau tak, gua jadi hantu gua pegi kacau kilang X buat kerja. Haaaa tau takut. Heheh.
Okaylah geng, itu je nak bagitau. Nak kata sedih, gua tak sedih pun. Pasrah jela kan? Ala, apa ada hal. Hehe. Gua OUT dulu, jumpa lagi di lain post. Wassalam.
p/s: Sekali lagi diulang, orang beraya dengan duit, gua beraya dengan kasih sayang. Peace brother!