Eh geng, dah 22 hari ke puasa? Hahaha. Cepat owh! Hari ni hari Isnin, macam biasa, hari yg paling malas dalam setiap minggu2 gua bekerja. Oh, lupa, ada SE-BEBAN kerja menunggu gua dari Jumaat lepas. Hahah. Terbaek lah! Pergi awal la citenye gua pagi tadi kan. Ape la nak jadi.
Seperti biasa, gua bertungkus-lumus cuba menyiapkan kerja2 gua yg nampak macam taknak siap je. Hahaha. Member2 gua yg masing dah datang mood nak raya ajak bersembang, tak gua hiraukan, paling busuk pun gua "Hm, hm, hm" kan aje. Malas. Hee.
Sambil gua bekerja, terdengar perbualan member2 gua mengenai advance raya sebanyak sebulan gaji yg tidak diperolehi. Tersentap jgak gua dalam diam.
Gua dah gak pada awalnya yg gua dan yg lain2 tak dapat bonus raya tahun ni, sebab itu jgak gua tak berharap sgt pun. Tapi melihat ade yg dapat dan menayang2 slip bank depan gua, terbakar jugak beb! GRRRrrr!
Dalam hati gua, "SH*T, dorg ni terlepas pandang gua yg rajin ni ke hape?" Okay, malas nak amik tau dah, gua sambung kerja gua. Tak dapat bonus dgn kene maki depan org lain sebab kerja gagal submit, mane lagi gempak? HAHAHA.
Lalala. Tak nak dengar korg bersembang. Lalala.
BUT ON THE BRIGHT SIDE, dah boleh cari kerja baru kot, fed-up dengan company yg asyik terlepas pandang gua dan yg lain yg dalam diam dah pun menaikkan nama division dorg. Kalau tak, org tak kenal pun. Huh. Amacam? Jom2 kita update resume beramai2. Pergh dah bersawang agaknye resume gua. Penuh experience dah kot, boleh demand2 dah. HAHAHA.
Okay geng, gua OUT dulu, masih tidak berpuas hati dgn apa yg terjadi, mood raya pun masih tak sampai2 lagi. Ade ke tidak agaknya mood raya untuk tahun ni?
p/s: Kilang X = adios amigos, get lost, foot loose, BERAMBUS. Hahah. :DDD
No comments:
Post a Comment