Sunday, August 14, 2011

Hari ke-14 puasa.

Geng, hari ni dah hari ke-14 puasa lah! Dah hampir2 separuh bulan kita berpuasa, malam ni dapat la tgk bulan penuh. Melihat bulan penuh adalah salah satu drpd kegemaran gua setiap bulan. Terasa diri gua lebih dekat dgn alam. Untung2 leh jadi werewolf ke, gorilla ke lepas tgk bulan mengambang. Boleh gua attack sape2 je yg gua tak suka. HAHAHA.

Ahh itu tak penting, yg penting skang bulan Ramadhan dah separuh jalan nih ape citer nih. Amalan2 gua pun macam dah separuh jalan ke? Hahah harap2 lah tidak. Aiyaya. Hari ni pertama kali dalam tahun ni gua dgr lagu yg sememangnya legend dari dulu setiap kali tiba bulan puasa, Man Bai & Raihan - Harapan Ramadhan. Pergh. Sayu geng. Insaf. T T

Nah geng gua tujukan lagu ni untuk semua umat Islam kat mana2 je. Enjoy video nih, dan sila lah insaf. Ada lirik lagi tuh, sila hayatinya. Huuu.

 
 Man Bai & Raihan - Harapan Ramadhan


BUT ON THE BRIGHT SIDE, tak sampai sejam lagipun dah nak masuk waktu berbuka puasa. Sekajap sangat masa berlalu, gua belum puas pun lagi bercuti di rumah ni. Malam ni dah nak balik ke rumah yg gua tak happy mendiaminya.

Haa esok dah nak kerja. Belambak kerja yg menanti gua esok. Selamba gua tinggalkan sebab excited nak balik sini. Hahah. Tulaa lainkali balik, balik jgak, kerja kena siapkan. Kan dah tak sedap hati menanti hari esok ni haa. Apelah yg akan terjadi esok ek? Hm hm.

Okaylah geng, semoga berjumpa lagi di lain post. Gua nak OUT dulu, ada masa gua tulis lagi dalam ini blog. Owh yer, selamat berbuka puasa gua ucapkan pada semua!

p/s: See no evil, hear no evil, speak no evil. :)

No comments:

Post a Comment