Salam geng, hari ni hari ke-3 berpuasa, gua rasa sungguh hilang fokus, dek kerana office gua yg hari ni sejuk semacam, buat gua terbeku dalam diam. Nasib baik time balik gua terus cabut. Kalau tak mati beku gua dalam tu, dah la mati beku, kelaparan pula. HAHAHA.
Takleh jadi la kalau esok ini macam lagi. Gua tak tau nak lari kat mana dah nak mencari haba yg masih ada. Sume tempat pun mau sejuk! Aaaaaaaaaaaaaa!
Ey. Office ape yg sejuk sgt ni haaaa?
Dahla tu, keluar2je, hujan plak. Bazaar ke mana apa ke mana. Hahah, gua pecut balik rumah, salin2 sikit, online2 sikit, golek2 sikit, gua keluar balik mencari sup panas yg diidam2kan, diliur2kan sejak dari pagi tadi. Hasilnya, makan sup lah gua malam ni geng!
BUT ON THE BRIGHT SIDE, keluar lewat sikit mencari juadah berbuka puasa takdelah seteruk pergi membeli selepas habis waktu bekerja. Kalau lepas time kerja, mmg gua tersepit nak ke mana2 pun dgn moto gua. Lori la kete la ape la, sume mau kepit gua.
Haa kan dah membebel jap gua kat sini lapar2 macamni. Okaylah geng, dah nak masuk waktu berbuka puasa. Gua gerak dulu. Owh yer, malam ni gua nak cari masjid yg takde tazkirah sebelum terawikh boleh tak? Lemau gua tazkirah panjang2 neh. Hehe. Bukan taknak dgr, tp panjang sgt lah geng. :P
Okay, OUT dulu, jumpa lagi di lain post! Selamat berbuka puasa. Hee.
p/s: Nak cari masjid yg takde tazkirah, dan belambak lebihan kuih-muih! HAHAHA! Peace brother. :))
No comments:
Post a Comment