Sunday, August 14, 2011

Hari ke-13 puasa.

Hari ke-13 puasa, gua bersahur buat ke-2 kalinya. Eh, baru 2 kali gua bangun sahur? Hahaha. Kalau dgn family gua, mesti ada je yg kejut gua bangun sahur. Kalau dekat rumah sewa gua. Sume pun tak boleh harap. Gua mintak tolong kejut pun dorg suruh sendiri2 bangun. Memang malas laa gua nak bangun kalau dah macamtu kan. Sakit hati je. Haha.

Lupekan dorg, haaa mak gua buat meal pagi2 yg paling gua suka setiap kali bersahur, roti goreng bersama sosej! Sumbat perut gua dgn benda ni banyak2 pun gua boleh sumbat. Memang kena sgt dgn time gua terkebil2 mata menahan kemengantukan. Kalau nasi, slow lah gua melantak, tapi kalau yg ni, laju, terbaik, kenyang, tido balik! HAHAHA.

Memang best dapat bersahur bersama keluarga, setidak2nya dapatlah gua sikit2 pahala bersahur, daripada gua tak bangun langsung seperti sebelum2 ni kan.

Sedap lah geng!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, malam ke-14, gua tidak melepaskan peluang untuk pergi terawikh, walaupun malam tu Liga Perdana Inggeris untuk musim baru bakal kick-off. Haha. Bola, bola jugak geng, terawikh jangan dilupakan. Betul tak?

Gua pergi terawikh dgn memakai jersi Liverpool FC yg baru semata2 nak bagitau pada tok imam bahawa gua support Liverpool! Hahahah. Gurau je, takdelah sampai macamtu. Adela semangat sikit je. Tak lebih dari tu. Hehehe.

Tapi, game Liverpool menentang Sunderland malam tadi hanya sekadar mencatat keputusan 1-1 di Anfield, dgn permulaan Liverpool yg garang pada awal separuh masa pertama gagal diteruskan sehingga wisel penamat, gua sangat kecewa, terutama Andy Carroll yg lembap, come on lah Khairol. Hish, Khairol, Khairol.

Okaylah geng, gua gerak ke next post pulak, keep in touch!

p/s: Khairol adalah nama melayu bagi Andy Carroll. HAHAHA!

No comments:

Post a Comment