Selamat petang geng, hari ni hari ke-2 umat Islam seluruh dunia berpuasa pada tahun 1432H (errr, betul ke?) ni. Semalam gua berterabur sikit mencari port utk membedal juadah berbuka puasa. Nampak macam susah nak dapat bazaar Ramadhan sekitar rumah gua ni. Kalau ade pun, JAUH LAH!
Hari ni gua kembali dgn plan yg berbeza drpd semalam, beli lauk yg dekat2 je, dan masak nasi sendiri! Sugguh tidak berbaloi pergi ke bazaar yg jauh mak aih tak hengat. Plak tu, amat bahaya sekiranya hanya bermotosikal. Nak naik kereta, jammed pula. Huuuuh. T T
Jadi geng, jom kita memasak!! XD
Jadi geng, jom kita memasak!! XD
Hahaha. Mcmni lah agaknye hidup membujang. :P
BUT ON THE BRIGHT SIDE, dgn plan yg agak bijak sebegini, takdela gua penat balik2 kerja serbu bazaar yg jauh tu. Dgn hanya melanting duit sikit je utk sekampit beras, kini gua selangkah lebih ke hadapan utk berjimat-cermat di bulan Ramadhan ni.
Bulan ni gua kene berjimat setelah mengalami kesempitan yg tersangat sempitnye bulan lepas. Tapi berjayakah gua berjimat-cermat tanpa terikut2kan nafsu makan gua? Sama2la tgk gua berusaha dan berharap. Selebihnya, Insya-Allah. :))
Okaylah geng, gua nak gerak dulu, nak masuk waktu berbuka puasa dah pun. Selamat berbuka puasa geng!
p/s: Lapar, lapar jugak, jgn gelojoh dahla geng. Nanti tercekik! :P
No comments:
Post a Comment