Monday, August 1, 2011

Hari pertama puasa.

Geng, selamat menyambut bulan Ramadhan gua ucapkan, mcmana juadah berbuka puasa tadi? Sedap tak? Cukup ke tidak? Eheh macam tulis surat pulak dah ayat2 neh. Haha takdela. Gua nak citer pengalaman hari pertama kita semua berpuasa tahun ni, dari sudut pandangan kakitangan swasta. :)

Gua yg juga penjawat di sebuah syarikat swasta pengeluar kereta terkenal di tanahair, malam ni ingin melaporkan bahawa, siang tadi di office, keadaan sgtlah membosankan di mana semua org kelihatan letih, lesu, tak bermaya, dan yg paling penting, semuanya macam malas! HAHAHA.

Ada juga yg bercerita tentang pelbagai makanan pada seawal jam 10 pagi! Bikin panas, geng. Sebelum masuk bulan puasa dulu, tak pernah2 pun nak cerita pasal makanan ke ape ke. Bikin nafsu makan gua bergetar je. Ayam golek lah, ikan bakar lah bagai. Haiyoh!

Ada juga yg tido setido-tidonye di office sampaikan dah balik kerja pun siap cakap nak sambung tido lagi! Hahaha. Macam2 lah geng. Letih gua melayan. Sampai gua sekali terikut2. Huhuhu. :P

Lemau lah geng, lapar, tak makan sahur!


BUT ON THE BRIGHT SIDE, mari kita jadikan bulan Ramadhan kali ni sebagai satu platform utk kita bekerja dgn lebih tekun dan sabar menahan kelaparan. Kita tak patutla jadikan puasa ini sebagai satu alasan utk bermalas2an, betul tak geng?

Haha siapalah gua utk berpesan2, sebab gua sendiri pun bersepah jugek. Tapi peduli ape, ini blog gua. Hahaha. Okay2 geng, gua gerak dulu. Nak tido lah. Heh macamlah siang tadi gua tak tido, nak masuk tido awak pulak. Hehehe.

Gua OUT dulu geng, jumpa lagi utk post hari esok! Selamat berpuasa semua geng! Jangan lupa bangun sahur, okay?

p/s: Apalah yg menanti gua hari esok ni, tido lagi? Aiyaya. T T

No comments:

Post a Comment